Anak Bergaduh, Jangan Terus Menangkan Salah Seorang. Bab Ni Ibu Ayah Kena Adil!

Share

Nak selesaikan perselisihan anak-anak memang uji kesabaran kan. Fuh, breath in, breath out je ketika nak hadap tu. Ada ketikanya ibu tak boleh nak kawal kesabaran itu.

Seperti perkongsian Puan Wan Nur Syakira yang banyak berkongsi ilmu parenting, beliau juga akui kadangkala macam nak ambik jalan cepat, menangkan je salah seorang kalau ada konflik. Letihnya nak tanya satu-satu.

Tapi, bertahan, ambil nafas . Tanya apa cerita ni ,gaduh ni. Walaupun dah nampak apa yang berlaku, tanya juga , ” Apa yang berlaku sebenarnya ? Kalau tak tahu apa yang berlaku, lagilah kena tanya keduanya apa yang berlaku.

Biar mereka yang bercerita. Ummi kena sabar dahulu dari tuduh mana -mana pihak.
Kerana jalan cepat menuduh tanpa dengar nampak je cepat, tapi lama-lama ketidakadilan ini akan buahkan dendam dan kurangkan kasih sayang antara adik beradik.

Kalau ummi tak daya dah nak runding, ummi bagi kat Abi. Nak adil, memang susah. Tapi kalau tak cuba adil, nescaya nanti lagi banyak perasaan terpendam dari kecil.

Habis mereka cerita, tenangkan hati, bagitahu siapa yang salah, siapa yang kena betulkan dengan tegas. Akhiri dengan kena minta maaf dan salam serta peluk.

Dan puji apabila mereka berdamai. Paling penting nak elakkan gaduh, Fokus masa mereka tengah tak gaduh. Main sesama elok-elok. Kongsi makanan dan mainan. Cakap baik-baik. Ha, masa tu pulun puji habis-habisan.

” Gembiranya ummi tengok abang dan adik main elok-elok “.
” Happynya ummi tengok abang share makanan dengan adik, pemurahlah abang ni “.
” Bagusnya adik cakap elok-elok dengan abang, lembut je ummi dengar “.
” Kagum ummi tengok abang sabar ajar adik main tu. Berkali-kali abang ajar adik, penyabar betul abang ni . Ahsanta! “.

Simple yet powerful words. Untuk settingkan mindset mereka. Yang mereka ni selalu je elok-elok , kadang-kadang yang berselisih.

Biasalah kan bergaduh, kita orang tua yang berdekad hidup ada masa bergaduh, apatah lagi anak yang tak sampai sedekad hidupnya.

Untuk elakkan pergaduhan dan selesaikan perselisihan antara adik beradik sangat perlukan kesabaran dan teknik yang betul serta keadilan untuk mereka semua. Ianya sangat perlukan kesabaran nak bina kasih sayang antara adik beradik. Fuh, bukan senang.

Setiap anak perlu dididik bertanggungjawab atas kesalahan dan kebaikan mereka. Bukan dipertanggungjawabkan atas kesalahan adik beradik lain. Di samping dididik saling menegur, menyayangi dan menjaga sesama adik beradik.

Bukan sebab abang besar, abang dipersalahkan. Bukan sebab adik jenis personaliti senyap, terus dihukum abang tanpa bertanya. Kalau adik pukul, kena beritahu tak boleh pukul.
Begitulah sama dengan abang juga, kalau dia pukul, kena bagitahu tak boleh pukul.
Marah macam mana, jangan guna fizikal.

Ikut pengalaman peribadi, agak susah nak imbangkan. Kena konsisten dan tak boleh ambil jalan cepat. Jalan cepat tu, salahkan aje salah seorang bila bergaduh instead bertanya dan negotiate dengan kedua-dua pihak.

Jalan cepat itu akan cetuskan dendam dan konflik yang tak berkesudahan di masa depan.
Jangan dipandang remeh, pergaduhan kecil yang diselesaikan secara berat sebelah yang buat anak bercakaran selalu.

Tak boleh duduk dekat. Kalau rasa, lecehlah nak tanya satu-satu apa yang berlaku,
Ingat lah jangan kerana kita ambil mudah, bila perasaan anak sesama adik beradik sentiasa tercalar.

Hingga ke besarlah kesannya akan terasa. Bila dengar anak-anak cakap tanpa disuruh,

” Sayang adik ”
” Sayang abang Adam “.

Alahai, berbunga hati ummi. Rasa macam berbaloi sakit dada tahan sabar dan laburkan air liur bercakap instead marah-marah.

Bukan senang kan nak dapatkan keharmonian hubungan, tapi bila diselesaikan dengan baik, berhikmah, ambil tahu keadaan kedua-dua pihak, InsyaAllah, kasih sayang antara mereka sentiasa akan membesar.

Kredit: Wan Nur Syakira

Mama jom rileks jap, klik link ni!

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

 

Published by
Wan Amy