Anak Bergaduh Waktu Main Sama-Sama, Biarkan. Waktu Ni Dia Belajar Cara Selesaikan Masalah

Share

Bergaduh atau berebut permainan adalah normal ketika anak-anak sedang bermain. Waktu awalnya bukan main baik, saling berkongsi. Tiba-tiba tengah seronok bermain tu, ada ‘peperangan’ berlaku. Biasanya sebagai ibu ayah, kita akan masuk campur untuk selesaikan masalah tersebut.

Sebenarnya, bila kita terlibat dalam situasi tersebut akan mengganggu proses anak-anak belajar. Ketika bermain, banyak perkara yang mereka explore. Sebab itulah, jangan diganggu ketika mereka sedang bermain.

Terapis Cara Kerja, Siti ‘Aisyah Rozalli berkongsi lima perkara yang pantang dilakukan oleh ibu ayah ketika anak-anak sedang bermain bersama.

Artikel Lain: [Jangan Suka-Suka Salin Baju, Tanggal Seluar Depan Anak. Khuatir Itu Yang Dia Suka Tengok!]

5 PANTANG BILA ANAK TENGAH MAIN SAMA-SAMA

Seronokkan tengok anak-anak main sama-sama dengan penuh senyuman macam ni?

Haa…

Dah dekat 1 jam setengah juga la diorang main di tempat yang sama dengan alat permainan yang sama ni.

Tapi…

Jangan tak tahu pula.

Beberapa kali juga dengar perbualan kasar begini:

“HUSAM!!! Abang punya kan??!!”

“IMDAD!!! Yang tu Husam nak lah!!!!”

“MAMA!!!!! THUFAYL KAN… TAK NAK SHARE!!!”

Ada lah 2, 3 kali juga bunyi:

LEPAK LEPUK!!! dan “SAKITLAH IMDAD!!!”

PRANGG!!!!! dan “JANGANLAH BALING THUFAYL PUNYA!!! MAMA!!!!!”

Haa….

Anak-anak namanya kan….

Tapi, sebenarnya banyak sangat yang mereka belajar masa main bersama macam ni tau.

Antaranya:
*Bonding adik-beradik
*Empati dengan orang lain
*Bergiliran
*Kerjasama
*Penguasaan bahasa & komunikasi
*Faham kelebihan orang lain

Banyak kebaikannya dalam gaduh-gaduh tu.

Tapi…

Untuk pastikan masa main bersama ni jadi semakin indah setiap hari, dan anak kita boleh betul-betul kuasai point-point yang saya senaraikan di atas…

Ada 5 PANTANG yang kita sebagai ibu ayah perlu alert:

1. Pantang MASUK CAMPUR dalam permainan mereka.

Biarkan mereka main sendiri.

Sebab mereka tengah develop skills yang sangat penting untuk mereka bertoleransi, berkomunikasi dan bersosial sesama adik-beradik.

2. Pantang SELESAIKAN MASALAH semasa mereka bermain bersama.

Kalau terdengar macam ada pergaduhan baru nak mula tercetus, atau ada terdengar ada yang macam tak berjaya main dengan betul, BIARKAN DULU.

Tak perlu terus “mama-to-the-rescue”.

Kalau diorang tak datang minta bantuan, biarkan dulu. Biar mereka cuba selesaikan sesama mereka dulu.

3. Pantang RESOLVE-KAN PERGADUHAN yang tidak melibatkan fizikal.

Kalau setakat gaduh jerit, gaduh baling barang, gaduh jentik-jentik sikit, BIARKAN DULU.

Most of the time, kalau kita tak kacau, diorang pandai je nak resolve-kan sendiri. Hadap je dengar jeritan tu sekejap.

Tapi, kalau bunyi jeritan dan lolongan yang macam bahaya, atau dah melibatkan pergaduhan fizikal ala-ala kungfu. Cepat-cepat asingkan mereka.

4. Pantang HALANG PENGGUNAAN ALATAN yang mereka nak guna semasa main.

Sebab tu, kita make sure alatan yang memang kita benarkan untuk main sahaja yang ada di kawasan mereka bermain.

Sebab…

Bila anak dah mula kreatif, akan menghilangkan kekreatifan mereka kalau kita stop mereka tengah main tu.

5. Pantang BAGI APA-APA ARAHAN CARA MAIN semasa anak main sama-sama.

Tok sah kacau…

Biar diorang main sendiri-sendiri diorang.

Tak payah nak structured kan permainan diorang tu.

Tak payah nak ajar macam mana nak main.

“Bapak kecik-kecik dulu main macam ni lah!!”

Tak payah, pak…

Biarkan mereka main dalam dunia mereka. Apak pergi duduk baca buku ke, masak ke ye

Hehehehehe…

Artikel lain: [Jangan Biasakan Anak Rampas Barang Orang, Boleh Melarat Sampai Ke Besar]

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit penjelasan kepada ibu ayah tentang kaedah untuk menangani anak-anak yang berebut permainan atau bergaduh ketika bermain. Tak sangka pula, sewaktu bermain selain berfikir secara kreatif, banyak perkara lain yang dapat mereka kuasai. Selagi tak melampau, biarlah mereka selesaikan masalah sendiri.

Published by
Emy Haznida Hazairul Sham