Bila anak mula buat perangai, menangis dan berguling-guling di lantai kerana ingin mainan, mak ayah mulalah naik berang dengan perangai anak. Malu dengan orang sekeliling yang memandang. Adakalanya anak memang tidak boleh dikawal bila dia berkehendakkan sesuatu.
Sebagai mak ayah, sebenarnya ada cara untuk mengatasi masalah seperti situasi ini. Menurut Ibu Rose- Mesejnya Kasih, sayang pada anak bukan bermakna kita turuti sahaja kehendak anak-anak dalam semua perkara. Namun melarang anak perlu ada caranya. Berlembut tetapi bertegas. Ini tip yang dikongsikan oleh Ibu Rose, buat panduan untuk mak ayah.
7 langkah jika anak meragam hendakkan barang berguling-guling di lantai kedai.
“Haa….kan dah kena cubit. Kan mama dah kata, jangan mengamuk menjerit macam ni. Rasakan. Mama cakap baik-baik tak nak dengar.”
“Aduhh..nak buat macamana ni. Main kuat pulak dia menangis. Ish..geram betul.”
Siapa pernah lalui situasi begini?. Lagi-lagi masa umur anak tu 4 tahun ke bawah.
Mari Ibu share macamana nak buat ye. Baca dan hadam betul-betul sharing Ibu ni. Lepas tu amal dan kongsi ilmu ni ye.
Harus dingat, bila kita sebagai ibu bapa sayang kepada anak-anak kita, tidak bermaksud kita mesti mengikut segala telunjuk mereka.
7 langkah jika anak meragam hendakkan barang berguling-guling di lantai kedai :
1. ANGKAT ANAK DAN BEREDAR
Angkat dia dan bergerak dari situ. Jika dia meronta pegang dia kemas-kemas.
2. ELAKKAN.
Elakkan dari membebel, menengking walaupun pada ketika itu, anda mahu sahaja memukulnya agar dia diam, elakkan dulu.
3. I AM IN-CHARGE
Cuma tinggikan sedikit suara untuk dia faham anda mahukan anda ‘in-charge’ dan bukan dia. Sekarang ini, dia sedang power struggle dengan anda.
4. BERTENANG – ANDA TARIK NAFAS DALAM-DALAM
Lagi anda tenang lagi mudah anda mengawalnya. Lagi anda serabut, lagi mudah dia mengawal anda. Oleh itu tarik nafas anda dalam-dalam.
5. NYATAKAN ‘TIDAK’ DENGAN TENANG DAN TEGAS
Nyatakan, TIDAK dengan tegas tapi tak perlu menengking. Jika dia terus meragam, biarkan dulu.
6. BASUHKAN MUKANYA
Jika ada air, bacakan doa dan basuhkan mukanya. Air boleh menenangkan.
7. JELASKAN BILA DAH TENANG
Bila dia sudah tenang, barulah anda menjelaskan mengapa anda tidak mahu mengikut kehendaknya. Jika dia tidak juga tenang, bawa balik dan lakukan sesuatu yang berbeza untuk menukar keadaan ‘state’ dirinya.
Selalu yang menjadi masalah dan mengapa anak ‘naik kepala’ ialah ketidaktegasan. Sekejap boleh, sekejap tidak. Mula-mula tidak beri, tapi bila dia mengamuk dan meragam, lalu diikutkan kehendaknya. lama-lama dia sudah tahu strategi apa yang dia hendak menggunakan kepada anda.
Remember being firm is about being loving.