Anak bila dah umur 5 tahun ke atas ketika disuruh baca buku, jawabnya nak main dulu. Lepas tu bila suruh lagi, asyik bertangguh je. Tapi pernah tak anda tertanya-tanya kenapa anak anda suka ke hulu ke hilir membawa barang penuh di tangannya?
Sebenarnya semua tingkah laku dan pergerakan ini amat penting ke atas perkembangan dan pembelajaran seorang kanak-kanak dan ia bukanlah sia-sia. Waktu ini berilah anak main puas-puas.
Hal ini turut dipersetujui oleh Terapis Pertuturan Dan Bahasa, Iffah Rashida.
“Anak saya asyik main je”! Tidak mengapa wahai ibu bapa sekalian. Main is fitrah kanak-kanak. Normal. Tak bermain itu abnormal.
Kasi la main puas-puas. Bila bermain dia bermain sambil belajar. Tiada main-main kosong.
Bila bermain lagi cepat dia tangkap konsep pembelajaran berbanding dengan membuat worksheet. Impak bermain lagi awesome!
It is the POWER of PLAY.
IKLAN
Apa yang anak belajar semasa main?
1) maklumat baru untuk diproses dan disimpan dalam otak (perasaan, sentuhan, pengalaman, perkataan baru)
2) fungsi,penggunaan dan cara bermain alat atau sesuatu permainan
3) menggunakan daya imaginasi dan kreativiti membina imaginasi, membayangkan sesuatu situasi
IKLAN
4) memegang permainan menggunakan jari jemari (manipulatif and fine motor skills)
5) melompat, berlari, memanjat, berjalan, merangkak ( gross motor skills)
6) konsep (besar, kecil, berat, ringan, muat, x muat, kotor, bersih, panas, sejuk, banyak , sikit)
IKLAN
7) penyelesaian masalah (cubaan, penerokaan, trial and error, cause and effect)
8) membina perhubungan sosial/ berkawan sesama adik beradik dan rakan – bertolak ansur, berkongsi, mengikut-ikut persekitaran situasi sosial budaya tmpat tersebut
9) mengenali dan memahami ttg perasaan (emosi)
10) konsep2 akademik (warna, abjad, bentuk, nombor)
Perasan tak bila ada adik baru, abang atau kakak mula menunjukan sikap yang boleh mencabar kesabaran ibu bapa. Sampaikan ibu sendiri rasa tak mampu nak urus anak yang dilihat sedikit nakal berbanding sebelumnya.
Persoalannya kenapa hal ini berlaku dalam sekelip mata? Ok jika ada ibu bapa yang mengalami situasi ini, jangan marahkan anak sepanjang masa tapi kena cari punca.
Berdasarkan perkongsian dari Puan Ezzaty Suffian, sikap si abang atau kakak berubah disebabkan mereka rasa tergugat dengan kehadiran adik baru.
Ibu ayah yang planning atau dah memang on the way nak dapat baby baru especially anak kedua memang kena betul-betul ready dari segi mental dan emosi.
Tak kisahlah anak kedua ni beza umur dengan yang sulung tu setahun, dua tahun, even 5 tahun. Kita akan tetap dapat kejutan yang tak disangka daripada anak sulung. So, get ready dari sekarang.
Secara logiknya, selama ni anak sulung rasa dialah satu-satunya kesayangan ibu ayah. Selama ni perhatian ibu ayah hanya pada dia. Makan bersuap, tidur berdodoi, sepanjang masa dapat belaian, pelukan, ciuman, gurauan.
Tiba-tiba ada satu hari tu, ibu dia bawa balik baby baru. Ibu dia peluk dan cium adik baru. Sepanjang masa ibu asyik dengan baby baru. Sepanjang masa juga ibu sibuk dengan tempoh berpantang.
Haa, waktu ni anak sulung akan mula keliru. Siapa yang ibu dukung dan dakap tu. Kenapa perhatian ibu dah mula bukan pada dia, tapi pada “pendatang baru” tu. Kenapa ibu macam ignore kewujudan dia kat dalam rumah tu.
Anak sulung sendiri tiba-tiba jadi “culture shock”. Semalam ibu baru layan dia macam raja. Hari ni ibu dia dah macam tak nampak dia kat depan mata.
Apa yang anak sulung rasa? Of course emosi dia terganggu. Rasa sedih, marah, tak puas hati. Akhirnya akan berlaku protes dengan tunjukkan sikap yang berbeza atau perangai yang tiba-tiba berubah.
1) Anak akan menangis, meragam, mengamuk tanpa sebab. Contoh : Tengah elok-elok makan, tiba-tiba dia tantrum.
2) Anak akan mula ignore suara kita dan buat sesuatu yang mencabar kesabaran kita. Contoh : sebelum ni main mainan dia cermat je. Tiba-tiba sekarang dia baling semua mainan dia. Lagi kita tegur, lagi galak dia buat.
3) Anak akan mula menjauhkan diri dari kita dan pencilkan/asingkan diri dia. Contoh : kita lepak kat ruang tamu, dia lari duduk dalam bilik senyap-senyap
*macam-macam lagi anak akan buat bergantung pada personaliti yang ada pada diri dia.
Apa persediaan ibu ayah untuk hadapi situasi ni ?
1) seboleh-bolehnya, si ayah cuba untuk ambil cuti paling kurang seminggu lepas baby baru dilahirkan. Jangan biarkan ibu sorang yang handle situasi ni. Lagi-lagi badan tengah lemah sebab baru lepas bersalin.
So, ayah kena banyak duduk dan setelkan anak sulung. Dari segi keperluan dia, emosi dia. Biar perhatian ayah 100% diberikan pada anak sulung.
2) Banyakkan atau kerap peluk, belai dan cium anak sulung. Ini cara yang efektif untuk legakan emosi anak.
Dengan pelukan mampu tenteramkan perasaan dia, boleh terus create bonding atau attachment kita dengan dia sama macam sebelum dia dapat adik baru.
Pelukan yang erat pada anak memang satu signal kata kita tetap sayangkan dia walau dia dah dapat adik baru.
3) Elakkan dari marah dan marah anak. Setiap perbuatan nakal atau tantrum dia sebenarnya hanya untuk tarik perhatian kita pada dia.
Dia tahu hanya dengan cara macam tu, baru kita bagi perhatian pada dia. Dia tak kisah kalau kena marah sekalipun. Janji kita tengok dia.
Sebab tu lagi kita tegur atau marah, lagi galak dia buat perangai. So, kita kena cuba jadi cool. Kalau boleh ignore atau buat tak nampak dengan kenakalan dia, kita buat je tak nampak.
Kalau tak terkawal juga, guna cara yang zaty share pagi semalam. Doa je kuat-kuat kat depan dia. InshaaAllah menjadi.
4) selalu kenalkan anak sulung dengan adik baru dia. Selalu cakap yang adik baru dia akan jadi kawan dia bila dah besar nanti.
Selalu beritahu anak sulung yang kita sayang kedua-dua/semua anak-anak kita. Cerita kat anak sulung yang kita terpaksa layan adik baru sebab baby masih kecil dan perlukan kita untuk menyusu, tukar diapers dan sebagainya.
Dapat baby baru memang seronok. Tapi dalam pada seronok tu, kita perlu jaga perasaan dan emosi diri-sendiri, anak sulung dan baby baru. Untuk penjagaan emosi ni, ibu berpantang memang takkan boleh handle sorang-sorang.
Pastikan kita dapatkan bantuan daripada orang yang boleh faham situasi kita dan situasi anak sulung. Minta bantuan suami, mak atau mak mertua untuk sama-sama handle situasi macam ni.
Bayi comel yang pernah menjadi perhatian netizen sebelum ini, Dhuhaa Sophea Stumbrys telah pun menginjak usia setahun. Melihat wajahnya yang comel, putih, gebu dan bermata besar rasa macam nak cubit je pipi.
Bayi kacukan Rusia-Melayu ini yang menjadi tular di media sosial baru-baru ini mempunyai ramai pengikut dan rata-ratanya teruja melihat aksi dan keletahnya yang semakin bijak.
Persis seperti anak patung, Dhuhaa Sophea juga impian kepada pasangan suami isteri yang mahukan anak comel sepertinya.
Dalam temubual eksklusif bersama ibunya, Siti Safuraa Hamzah yang berasal dari Terengganu, dia tidak menyangka Dhuhaa Sophea akan menjadi bayi popular.
Mungkin ini rezekinya dan Dhuhaa juga membesar sama seperti kanak-kanak lain. Jika nak diikutkan tiada apa tip yang istimewa.
Cuma saya dan suami memang akan bagi dia meneroka selagi tak mendatangkan bahaya.
Cara ini sebenarnya untuk meningkatkan keyakinan dalam dirinya. Mungkin dia belum tahu apa-apa di usia ini tapi baik untuk aktiviti fizikalnya.
Begitu juga apabila waktu makan atau tidur. Saya memang tak akan paksa sebaliknya beri kebebasan. Contohnya jika dia bangun pukul 8 pagi, saya biar je dia main dulu sehinggalah dia bagi isyarat untuk makan.
Waktu ini apabila dia betul-betul rasa lapar, memang menu yang saya buat untuknya akan habis. Selain tak paksa, anak juga akan rasa seronok bila tiba waktu makan.
Biasanya setiap ibu akan kenal cara anak-anak. Jadi lebih mudah kita nak buat sesuatu untuk memudahkan kedua-dua pihak.
Siti Safuraa berkata, walaupun membesar di negara orang, Dhuhaa Sophea sangat mudah menyesuaikan diri. Macam di Sweden banyak sangat kemudahan untuk kanak-kanak disediakan.
Pelbagai aktiviti boleh dibuat bersama kerana disana kemudahan untuk ibu dan anak memang dititikberatkan. Biarpun anak tu baru berusia 3 atau 4 bulan dah ada aktiviti disediakan.
Paling seronok ada kumpulan mama dan bayi. Jadi masa untuk bermain dengan anak memang tak terhad dan anak sekecil Dhuhaa pun dah mula diajar berkawan.
Kelebihan Berbahasa
Dalam komunikasi pula, Dhuhaa dikira istimewa kerana kami suami isteri akan bercakap dalam bahasa Inggeris, Melayu, Russian dan Lithuanian.
Bila saya dan suami, kami akan bercakap dalam bahasa Inggeris. Jadi Dhuhaa pun turut sama memahami. Bagaimanapun jika suami bercakap dengan ahli keluarga atau rakannya, bahasa Russian dan Lithuanian menjadi bahasa pengantar.
Setakat ini walaupun Dhuhaa tak boleh nak cakap tapi dia dah faham apa yang kita cakap.
Biarpun saya berada di negara orang, bahasa Melayu tetap di hati dan apabila saya bersama Dhuhaa memang saya akan bercakap sepenuhnya dalam bahasa Melayu.
Mungkin orang akan fikir budak sekecil Dhuhaa akan mudah keliru, tapi saya percaya dia boleh menerima situasi ini perlahan-lahan mengikut usianya.
Yang penting saya akan terus serapkan budaya Melayu dalam diri Dhuhaa walaupun masanya banyak dihabiskan di luar negara. Saya tak mahu dia lupa asal-usulnya.
Sebak melihat kejutan yang diberikan kepada Yusuf ini. Netizen juga rasa terharu dan sebak. Comel pula melihat aksi Yusuf menerima kejutan.
Sempena hari lahir Yusuf kedua, keluarga Hanis telah membuat kejutan dengan datang beramai-ramai tanpa pengetahuan Yusuf sambil membawa sebiji kek hari jadi. Reaksinya menunjukkan dia sangat gembira dan melompat keriangan.
Ternyata instafamous cilik ini sudah tahu bagaimana untuk memberi reaksi kepada kejutan dan elemen surprise. Dia sudah pandai menghargai. Hubungan kekeluargaan yang erat ini memberikan kesan positif kepada diri anak kecil seperti Yusuf.