Setiap kali bersin setiap pagi, mulalah rasa tidak selesa. Makin jadi tidak keruan bila anak pun turut mengalami alahan yang sama setiap pagi. Bersin tanpa henti.
Bukan kita sahaja yang mengalami masalah resdung atau sinus tetapi turut sama dialami anak kecil kita. Tak perlu bergantung pada ubat-ubatan selalu, Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar kongsikan petua tradisional paling mudah untuk meredakan masalah ini.
Saya selalu dengar orang sebut pasal resdung. Bersin jangan cerita. Sana sini dengar achuw sana achuw sini.
Saya dulu dulu pun kaki bersin. Tapi lepas amalkan petua yang saya nak kongsi ni, hilanglah bersin bersin. Tak de lah lagi resedung resdung ni.
Ads
Petua dia macam ni:
1) Ambil 3-4 ulas bawang putih. Buang kulit. Hancurkan macam kita dok tengok rancangan memasak tu.
2) Masukkan 2 cawan air dalam periuk. Panaskan lebih kurang 4 minit atau sampai nampak wap mula naik. Masukkan bawang putih yang dah hancur tu.
Ads
3) Ambil tuala kecil. Letak atas kepala atau cover kepala. Letakkan muka atas air yang dah berwap.
Ads
4) Sedut bau yang keluar dari wap tu. Bawang yang dah diketuk tu akan keluarkan Allicin. Bahan lain pun keluar juga. Geng ni lah yang akan hilangkan jangkitan.
Paling best lendir akan keluar. Boleh bernafas dengan lapang.
Pada yang kena sinus bolehlah buat. Nanti rasa lega banyak. Power bawang putih ni.
Ada segelintir ibu bapa gemar memberikan ubat bontot ataupun nama perubatannya suppository (supp) kepada anak sebaik sahaja mendapati anaknya demam.
Ya, itulah yang dilakukan oleh doktor jika mendapati suhu badan pesakit ciliknya melebihi 39°C. Hal ini kerana ubat bontot atau supp lebih mudah diberikan kepada kanak-kanak berbanding ubat berbentuk sirap.
Sementara itu, sebagai ibu bapa anda perlu tahu cara betul penggunaan ubat supp ini. Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi pengetahuannya tentang ubat supp.
Jika anak anda demam dan sukar makan ubat, lazimnya doktor akan berikan ubat supp paracetamol (PCM). Ia sama seperti ubat yang diberi menerusi mulut.
Ubat supp lebih memudahkan terutamanya bagi anak yang kerap termuntah selepas diberi ubat sirap. Malah jika anak dalam keadaan tidur, ubat supp boleh digunakan. Jika suhu badan anak adalah 38°C, anda boleh beri supp PCM.
Anda perlu tahu bahawa jarak pemberian supp dan sirap PCM hendak 4 – 6 jam bagi mengelakkan isu terlebih dos.
Untuk kanak-kanak, dos ubat dikira berdasarkan berat badan. Dalam pada itu, terdapat dua jenis dos ubat supp iaitu 125mg dan 250mg.
Ikuti saranan pemberian ubat supp kepada anak seperti berikut.
Umur 6 bulan – 4 tahun
1 biji supp PCM 125mg, 4 kali sehari
Umur 5 – 8 tahun
2 biji supp PCM 125gm, 4 kali sehari atau 1 biji supp PCM 250mg, 4 kali sehari
Umur 8 – 12 tahun
2 biji supp PCM 250mg, 4 kali sehari
Anda diingatkan untuk meneliti dos ubat supp sama ada ia 125mg atau 250mg. Jangan salah beri pula.
Cara betul beri ubat supp
1. Seelok-eloknya masukkan ubat supp selepas anak membuang air besar. Namun, ia boleh diberi pada bila-bila masa.
2. Baringkan anak dalam posisi mengiring. Angkat lutut anak ke bahagian dadanya.
3. Buka pembalut ubat supp. Sapukan supp dengan air.
4. Masukkan bahagian ubat supp yang tajam ke dalam dubur dan tolak ia sehingga masuk ke dalam kesemuanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mendidik anak-anak dengan keperluan khas memerlukan kesabaran dan kreativiti daripada tenaga pengajar.
Tidak kira sama ada kanak-kanak berkeperluan khas atau normal, keduanya sangat teruja untuk belajar apabila teknik pembelajaran yang digunakan menyeronokkan terutama apabila melibatkan alat bantu mengajar yang menarik dan berkesan.
Secara tidak langsung proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan mudah difahami oleh murid.
Bagi cikgu Pemulihan Khas pula, sudah tentu mereka memerlukan alat mengajar khas dalam menarik perhatian murid berkaitan.
Idea Guru Pemulihan Khas, Sekolah Kebangsaan (SK) Tenglu, Mersing, Johor, Cikgu Roslee Abdul @ Mohd yang menggunakan sampul duit raya sebagai bahan pembelajaran kepada anak-anak Pemulihan Khas, sangat menarik untuk dicontohi oleh ibu bapa atau guru pendidikan khas lain.
Cara untuk bina kad perkataan sampul raya, hasil idea Cikgu Roslee.
Peralatan:
1) Kertas warna
2) Gunting
3) Gam
4) Pensel warna
5) Gambar tidak berwarna
6) Sampul duit raya
Cara untuk bina kad perkataan sampul raya:
1) Gunting gambar dan warnakan.
2) Tampal gambar pada belakang sampul duit raya.
3) Potong kertas warna untuk setiap potongan satu huruf ikut nama gambar.
4) Masukkan kad huruf dalam sampul.
5) Anak-anak Pemulihan Khas diminta susun kad huruf menjadi perkataan berdasarkan gambar.
6) Tulis perkataan yang dipelajari. Tulis dan sebut perkataan secara latih tubi pada buku latihan.
Menurut Cikgu Roslee, aktiviti pembelajaran ini hanya mengambil masa antara 10 hingga 15 minit bagi setiap satu kad perkataan sampul raya.
“Satu hari buat dua kad. Insya-ALLAH dalam masa seminggu anak-anak Pemulihan Khas ini akan menguasai satu kemahiran,” katanya dan berharap ibu bapa boleh mengaplikasikan apa yang dikongsi ini bersama anak masing-masing.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Khalish yang masih kecil bertarung dengan sel kanser, hanya tangisan menjadi luahan kesakitan.
Khalish ketika sihat di samping ummi nya.
Muhammad Khalish Affan, 1 tahun 5 bulan, anak yang aktif dan ceria kini sering diserang demam. Semenjak beberapa bulan yang lalu selepas disahkan menghidap leukemia, selera makannya tidak seperti dulu. Malah rambutnya yang lebat kini semakin menipis. Badannya yang dulu tembam dan gebu kini menyusut.
Menurut ibunya, Nuhanabilla Hazani berkata ketika mula-mula dia melihat itu Khalish sering demam dan kurang selera makan, tidak menyangka ada sel kanser sedang menyerang. Paras Hb ketika itu hanya 5 dan platelet juga sangat rendah. Ketika itu Khalish berusia 11 bulan. Ketika leukemia mula-mula dikesan, kira-kira 15% sel kanser sedang agresif di dalam darah anak kecil ini. Ia meningkat kepada 28% ketika kali kedua.
HB & PLATELET RENDAH
Sejak itu, Khalish telah pun melalui beberapa kali kimoterapi dan kini memasuki cycle ketiga. Hati ini mana yang dapat melihat kesakitan ditanggung anak. Setiap kali mendengar tangisan kesakitan anak, ia benar-benar menghiris hati ibu ini. Tapi Nabilla perlu terus kuat.
Penderitaan cinta hati ummi abi. Tak sanggup lihat adik begini, ummi reda apa yang berlaku & berserah kepada Allah.
Sel darah putih meningkat, bimbang sel kanser aktif balik. Ada nanah pada chemoport, patutlah demam suhu tinggi 40.4°C
Ada nanah dalam perut Khalish sebesar 2sm berdekatan limpa.
Tak pernah terlintas membesarkan Khalish di hospital. Ketika anak seusiamu belajar untuk berjalan dan bercakap, Khalish terlantar di sini. Ummi rindu gelak tawa & selera makan Khalish.
Demam tinggi & nanah dalam perut belum selesai. Selera makan tak ada langsung. Berat dari 10kg dah menyusut ke 8.2kg.
Keputusan imbasan menunjukkan nanah dalam perut masih dalam keadaan yang sama.
Rawatan chemo terpaksa tangguh Khalish demam. Patelet dan Hb semakin menurun. Kos pembayaran sampel darah RM600 dipermudahkan dengan sumbangan & bantuan.
Dalam perkembangan terkini, Khalish bertahan. Anak kecil yang comel ini anak yang kuat. Menurut Nabila, Khalish akan melalui rawatan kimoterapi semula esok.
“Khalish masih macam ni, tak ada perubahan. Esok start treament chemo balik. Lama dah tangguh kimo ni sebab dia demam. Kalau demam tak boleh kimo. Nanah dalam perut tu masih ada.
“Minggu lepas kami membuat bayara RM700 untuk hantar sampel darah ke Australia. Nanah dalam perut bermula dari bulan 11 tahun lepas dan punca tidak diketahui sama ada kuman atau pun sel kanser.
BANYAK DUDUK WAD DARI RUMAH. BALIK RUMAH HANYA TIGA EMPAT HARI DATANG SEMULA
“Khalish banyak berada di wad hospital berbanding di rumah. Mula-mula masuk ward 3 bulan duduk hospital tak balik-balik. Pernah sekali selepas balik tak sampai 24 jam datang balik hospital kerana Khalish tiba-tiba demam,muntah. Paling lama duduk rumah ialah 3, 4 hari je. Apabila sakit, Khalish hanya mampu menangis. Saya hanya mampu memujuk diri supaya terus bersabar dan berdoa,” kata Nabila.
Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan kepada Muhammad Khalish Affan boleh menyalurkan sumbangan anda kepada akaun Agro Bank 2006362000090140 milik Nurhanabilla Hazani atau akaun CIMB 7051760371 Mohamad Khairul Azhar Bin Khalir.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.