Apa anak kita makan setiap hari, itulah yang akan membantunya untuk membesar. Malah pemilihan makanan itulah yang membantu anak menjadi lebih bijak.
Pemakanan yang baik bukan saja memainkan peranan yang sangat penting dalam tumbesaran anak bahkan perkembangannya, termasuk perkembangan otak dan kesihatan secara keseluruhan.
Tak cukup hanya bijak, bakat yang ada pada anak kita hari ini, keberanian dan sifat yang ditunjukkannya, semuanya datangnya dari didikan serta paling utama pemakanan yang diambilnya sejak kecil lagi.
Namun kebijakkan anak kecil kita perlu seiring, sama saling melengkapi dengan pemakanan yang sihat malah segar dan terbaik.
Memastikan pemakanan yang seimbang dan berkualiti bagi anak-anak adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka. Berikut adalah beberapa tips pemakanan anak bijak:
Pemilihan Makanan Berkualiti Tinggi
Pastikan anak-anak mendapatkan nutrien penting seperti protein, karbohidrat kompleks, lemak sihat, vitamin, dan mineral. Cuba pelbagaikan anak kita sejak kecil lagi dengan memberikan makanan yang bervariasi, termasuk buah-buahan, sayuran, biji-bijian, protein dan produk susu.
Setiap kali anak ambil nasi, cuba lengkapkan dengan protein seperti ikan dan telur dan tambahkan sayur dan buah sebagai hidangan wajib.
Kawal Saiz Hidangan
Tak perlu berlebih-lebih sebaliknya sediakan saiz hidangan yang sesuai untuk umur dan keperluan energi anak. Hindari memberi saiz hidangan yang terlalu besar, yang boleh menyebabkan masalah berat badan berlebihan pada anak kecil kita.
Biar makan dengan kerap tetapi kuantitinya tidak berlebih sehingga anak mudah rasa malas untuk melakukan perkara lain.
Ads
Kurangkan Gula dan Garam
Dalam apa jua pemakanan pun, sebaiknya perkenalkan makanan tanpa garam dan gula ketika kecil terutama anak di bawah usia dua tahun. Kemudian perlahan-lahan perkenalkan dua penambah rasa ini tetapi dalam keadaan terkawal.
Walaupun anak sudah semakin membesar, hindari atau ajar anak kurangkan minuman bergula, makanan ringan yang tinggi gula, dan makanan berproses seperti nuget dan sosej yang mengandungi kadar garam tinggi. Ini membantu mencegah risiko penyakit seperti diabetes dan tekanan darah tinggi malah menyihatkan anak.
Ajarkan Kebiasaan Makan Sihat
Sejak kecil lagi, perkenalkan dan ajar anak makan makanan sihat. Biar anak pandai untuk membezakan apa makanan kurang sihat dan sihat untuk mereka ambil. Jadi bila anak sudah masuk sekolah, segala informasi dan pembelajaran mengenai pemakanan sihat tambah diperkukuhkan lagi. Misalnya ajar anak bezakan bila anak makan gula-gula dengan buah yang manis. Ceritakan zat dan nutrisinya.
Gantikan Kudapan Sihat
Berbanding anak memilih jajan atau makanan ringan, usahakan untuk gantikan snek sihat pada anak seperti jenis kekacang pada anak. Isikan dengan buah dan makanan sihat lain seperti yogurt atau salad di dalam peti ais.
Ads
Cara ini membuatkan anak tiada pilihan makanan lain dan makin berselera untuk makan snek sihat di rumah. Cuba!
Jangan lupakan susu
Selain pemakanan, susu merupakan sumber nutrisi yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan anak-anak hingga dewasa. Susu adalah sumber kalsium yang baik, yang sangat penting untuk perkembangan tulang dan gigi.
Selain itu, susu juga menyediakan protein, vitamin D, vitamin B12, dan beberapa mineral penting.
Ketika mencari susu terbaik buat anak membesar, jangan dilupakan susu dengan kualiti yang tinggi. Antara yang disarankan untuk ibu ayah adalah susu Karihome yang didatangkan dan dirumus khas dengan pembuatan terbaik dari New Zealand.
Jenama susu kambing yang lebih tiga dekad berada dalam pasaran sudah semestinya cukup diyakini oleh semua. Malah Karihome yang kini bertambah variasinya dengan pelbagai produk dan formulasi terbaru tambah meyakinkan ibubapa.
Apatah lagi dengan khasiat protein dari susu kambing yang lebih mudah dihadam serta meningkatkan imun sistem kanak-kanak. Memang terbaik.
Ads
Tahniah! Karihome merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma bagi anugerah Formula Susu Kambing Terbaik Untuk Anak Pilihan Pa&Ma.
Seperti yang diketahui, susu kambing mempunyai tekstur yang lembut dan mudah dihadam berbanding susu lembu. Ia terbukti secara klinikal dapat membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh serta bagus untuk kesihatan perut dan penghadaman anak.
Selain itu, susu kambing Karihome juga mengandungi SN-2 Palmitat yang merangsang sistem imuniti secara semulajadi. Juga diformulasikan dengan teknologi NutriKept (TM) yang membantu mengekalkan khasiat dan nutrien di dalam susu kambing. Terbaik!
Untuk maklumat lanjut mengenai produk Karihome layari:
Siapa yang tak sayangkan anak tambah lagi jika anak seorang atau tunggal. Kalau boleh segala-galanya akan diikutkan. Bukan tidak boleh manjakan anak tetapi kalau ia terlampau manja hinggakan si anak tidak kenal erti salah atau betul ia tak elok untuk perkembangannya.
Ini akan membuatkan dia seakan besar kepala dan terkadang bersikap bossy apabila bersama kawan-kawan, sepupu seusia malah dengan ibu bapa sendiri. Namun andai ini berlaku ibu bapa jangan putus asa. Masih belum terlambat untuk membantunya mengubah sikapnya itu. Berikut antara tip yang berguna untuk anda.
Adakan satu peraturan baru di mana satu keluarga perlu mengikutinya. Contoh bangun pagi harus siap sendiri tempat tidur, selepas makan bawa pinggan ke sinki dan sebagainya. Setiap orang di dalam rumah perlu di ajar berdisiplin.
Paling penting ia perlu bermula dengan ibu bapa. Contoh yang terbaik untuk anak ikuti adalah daripada ibu bapanya. Ibu bapa perlu menunjukkan perbuatan yang tidak perlu diterangkan atau memintanya mengikuti perbuatan yang ibu bapa lakukan.
Sentiasa perlu bersabar dan masa untuk membentuknya semula. Jangan terlalu memaksa hinggakan anak jadi memberontak dan seterusnya memberi kesan yang lebih buruk. Pujuk perlahan-perlahan agar dia mengikut kembali peraturan yang di tetapkan.
Lazimnya perbuatan yang spontan dan tidak dipaksa untuk dipelajari dan diikuti, maka itulah yang paling mudah dipelajari. Contohnya, apabila mama dan papa meminta tolong antara satu sama lain maka mulakanlah dengan ayat yang lembut “Papa, mama nak minta tolong sikit…” atau “Boleh tak tolong …” Sedangkan, biasanya kita akan kata “Papa ni ha bukak!” atau “ Buat tu dulu!”. Kita memberi arahan dan bukannya meminta tolong.
Sentiasa ucapkan terima kasih apabila perbuatan tolong menolong telah berlaku seperti “Terima kasih ayah”, “Terima kasih abang” atau “Terima kasih mama”. Tujuan kita berbuat demikian untuk mendidik anak. Malah, dalam masa yang sama hubungan keluarga akan lebih erat dengan kata-kata yang lembut seperti itu. Anak mudah mengikut tingkah laku kita. Bahkan sebahagian besar perlakuan anak adalah mirip cara kita melayan dan membesarkannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa dah buntu apa lagi aktiviti yang boleh anak-anak lakukan sepanjang dia berada di rumah ini sementara belum ke sekolah. Anda boleh buat 10 aktiviti ini bersama anak-anak yang dikongsi oleh Puan Aishah Kassim, speech pathologist.
Aktiviti yang terakhir, anda boleh biarkan jika anak bosan supaya dia boleh lebih kreatif untuk mencipta permainan mereka sendiri.
Kuantiti susu berkurangan. Adakah penggunaan penggalak susu mampu membantu ataupun tidak? Ini pasti dilema yang di hadapi ramai ibu-ibu yang menyusukan bayi. Ibu ini antara salah seorang daripadanya. Ikuti penjelasan pakar ini.
Saya ibu yang menyusukan dan sedang berpuasa. Kuantiti susu perahan semakin menurun dan ia amat membimbangkan. Apakah penggalak susu dibolehkan dalam situasi ini? Apakah cadangan doktor supaya susu dapat ditingkatkan kembali selain daripada mengambil penggalak susu?
Salhah, Bandar Jengka, Pahang.
Berpuasa selama 12 hingga 14 jam sehari tidak akan menjejaskan kuantiti dan kualiti susu yang dihasilkan kecuali ibu tersebut mempunyai masalah kekurangan nutrien. Ini adalah kerana, apabila ibu tidak makan dan minum dalam tempoh berpuasa, sistem tubuh akan mengadaptasi keadaan ini dengan kurang menghasilkan urin (air kencing) dan kurang mengeluarkan peluh.
Pengambilan penggalak susu bukanlah jawapan tepat untuk mengatasi masalah penurunan kuantiti susu perahan. Makin kerap dan banyak susu yang dikeluarkan, maka lebih banyak susu dihasilkan. Konsep ini adalah benar dalam semua situasi termasuk semasa ibu berpuasa. Jika ibu mengambil penggalak susu tetapi tidak meneruskan menyusu atau memerah dengan kerap mengikut kehendak bayi, penghasilan susu tetap tidak akan meningkat.
Amalan pemberian susu perahan berterusan tanpa menyusui secara terus di payudara ibu boleh menyebabkan susu semakin kurang. Hal ini boleh berlaku kerana rangsangan hisapan di payudara ibu adalah lebih efektif untuk mengeluarkan susu. Selain itu, pemberian susu secara terus akan dapat meningkatkan perasaan kasih sayang dan membuat ibu rasa tenang semasa menyusu. Keadaan ibu yang tenang dan selesa semasa menyusu menggalakkan rembesan hormon oksitosin yang seterusnya membantu lebih banyak susu dapat dikeluarkan. Untuk memastikan susu ibu terus mencukupi walaupun sedang berpuasa, berikut diberikan beberapa saranan yang boleh ibu cuba amalkan.
Ibu digalakkan untuk menyusui bayi secara terus di payudara semampu yang boleh. Jika tidak berkesempatan, berikan susu perahan mengikut kehendak bayi. Lagi banyak susu yang dikeluarkan sama ada secara hisapan terus di payudara atau secara perahan keluar, maka akan lagi banyak susu dihasilkan. Konsep ini adalah benar dalam semua situasi termasuk semasa ibu berpuasa.
Pastikan ibu mengambil minuman dan cairan kerap mengikut keperluan selepas waktu berbuka dan sebelum waktu sahur tamat. Dengan ini kadar air dalam tubuh ibu dapat dikekalkan.
Makan makanan yang seimbang dan pastikan ibu bangun untuk makan pada waktu sahur. Lewatkan waktu makan sahur.
Amalkan pengambilan kurma pada masa berbuka dan juga pada masa bersahur secara konsisten.
Jika ibu bekerja dan perlu menyediakan stok susu perahan, gunakan waktu malam dan sahur juga untuk memerah susu.
Kurangkan melakukan aktiviti lasak atau berat pada siang hari. Atur jadual supaya perjalanan jauh dapat ditangguhkan sehingga habis tempoh puasa.
Soalan berikut di jawab oleh Dr Zaharah Sulaiman Pakar Laktasi & Pensyarah Kanan Unit Kesihatan Wanita, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.