Anak Boleh Jadi Hebat Jika Ibu Ucapkan Ayat Magik, Dapat Memantapkan Lagi Skill Komunikasi Anak!

Share

Tak salah nak minta tolong dengan anak- anak yang masih kecil. Tetapi, haruslah dengan arahan yang mudah dan jelas supaya anak senang faham dan dapat laksanakan tugasnya dengan baik. Jika arahan yang diberikan tidak jelas, semestinya anak susah nak faham dan tidak mampu membuat sesuatu perkara dengan betul.

Anak- anak yang berusia dua tahun ke atas sebenarnya sudah boleh faham sedikit dengan apa yang didengari mereka. Oleh itu, ibu bapa haruslah berhati-hati ketika bercakap di hadapan mereka dan mengawal sebarang siaran yang dipaparkan kepada anak.

Sumber foto: Facebook Ahmad Luqman Bukhari

Menurut Ahmad Luqman Bukhari, terdapat tiga ayat magik yang boleh membuatkan anak membesar menjadi seorang yang hebat. Tiga ayat magik yang dikongsikan adalah seperti berikut:

– Sentiasa ucapkan “minta tolong” tiap kali nak minta si kecil tolong buatkan sesuatu.
– Rendahkan diri kita untuk sebut “minta maaf” sekiranya kita silap lakukan sesuatu yang tak betul walaupun perkara itu mungkin tak disengajakan pun.
– Bila si kecil datang bantu kita siapkan kerja rumah atau dia puji masakan kita sedap, cepat- cepat kita ucap “terima kasih sayang sebab tolong ibu…”

“Mirror neuron dalam diri anak- anak kita tu akan membuatkan mereka belajar untuk meniru semua perkataan kita bila dia dah besar nanti.

“jadi, makin kerap kita amalkan 3 ayat ni, makin mudahlah kita nak install communication skills yang sangat luar biasa ke dalam minda anak kesayangan kita tu dan ubah hidupnya jadi individu yang hebat suatu hari nanti.” Kata Ahmad Luqman Bukhari di perkongsiannya melalui Facebook beliau.

Beliau juga turut berkata lepas baca terus amalkan kepada anak masing- masing. Berharap anak itu itu akan membesar jadi penyejuk mata yang berharga untuk dunia dan akhirat.

Published by
Zetty Mazlan