Anak Boleh Pendam Perasaan Kalau Mak Ayah Pilih Kasih, Selalu Puji Anak Lain Je

Share

Sebagai ibu bapa memang kita tak dapat lari daripada melakukan kesilapan dalam mendidik anak-anak. Namun ianya bukan satu alasan untuk kita mengabaikan emosi anak ketika mereka membesar.

Amat peting untuk ibu bapa mengawal emosi dan mempelajari lebih lagi berkenaan keibubapaan. Ikuti perkongsian daripada Dr. Taufiq Razif ini.

Mak ayah wajib baca artikel ni. Anak kita boleh jadi pendendam pada kita bila:

1. Kita amalkan Neglectful Parenting

– Neglectful ataupun Uninvolved Parenting ni adalah bila kita terlalu lepas tangan dalam mendidik anak anak

– Mungkin kita terlalu sibuk sampai kita abaikan anak anak. Sibuk boleh tapi kena bayar balik defisit emosi dan perhatian anak anak. Kalau tak, anak kita mungkin berakhir menjadi pendendam, haus perhatian dan dahaga kasih sayang

2. Kita abaikan Basic Needs anak

– Dalam Maslow’s Hierarchy of Needs keperluan paling diperlukan adalah makanan, minuman, tempat tinggal, tidur dan lain lain

– Kalau yang ni tak setel, maka yang lain pun akan jadi haru biru. Bayangkan kalau ketua keluarga abaikan nafkah anak anak. Habis kucar kacir semuanya pada diri anak

3. Kita menduakan ayah atau ibunya

– Ayah dan ibu kepada anak anak kita adalah simbol kehormatan dan simbol maruah anak anak

– Jika kita menduakan ibu dan ayah kepada anak kita tanpa alasan yang Syarie, ianya seolah olah kita menghancurkan maruah dan kehormatan si anak. Akan berlaku Trust Issues yang sangat teruk jika tidak diselesaikan daripada awal

4. Kita mengamalkan Favoritism

– Favoritism berlaku kita selalu pilih kasih antara anak anak. Tanpa sedar Favoritism ni boleh berlaku bila kita hanya utamakan Eye Contact pada anak yang lebih kecil hingga abaikan kakak dan abangnya ataupun bila kita selalu puji anak tertentu sahaja sehingga anak yang lain terasa diabaikan

– Ingat, Favoritism akan menyuburkan sifat saling dengki mendengki dalam diri adik beradik kalau tak ditangani dari awal!

5. Kita cederakan emosi anak secara keterlaluan

– Mengikut kajian, bahagian otak yang aktif ketika Emotional Pain lebih kurang sama dengan bahagian yang aktif ketika Physical Pain

– Ya, kesakitan yang disebabkan oleh kecederaan emosi kadangkala lebih menyakitkan daripada kesakitan pada tubuh badan dan ianya bertahan lebih lama

– itulah kenapa kalau marah, janganlah keterlaluan. Kalau tengking, jangan sampai melampau dan keterlaluan. Kita tak tahu yang mana akan membekas dan menjadi parut emosi pada diri anak kita yang akan kekal sampai mereka dewasa.

– Itulah pentingnya mak ayah untuk belajar ilmu parenting dan ilmu kawal emosi sentiasa.

– Kita nak didik anak kita menjadi anak yang berguna bukannya menjadi anak yang berdendam dalam diam kepada kedua orang tuanya

Sumber: Taufiq Razif

Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan bayi dengan harga murah, dapatkan di SINI.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
NuFa