Kehilangan insan tersayang pada usia muda pastinya memberi tamparan hebat kepada sesiapa sahaja.
Lebih menyedihkan apabila mereka sekadar dapat melihat gambar dan mendengar kisah momen insah yang dilalui orang sekeliling.
Begitulah yang dialami anak bongsiu kepada allahyarham Muhammad Hasnol Firdaus Md Amran yang maut kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.
Malah kanak-kanak berusia 3 tahun yang mesra disapa Tashfeen itu seolah-olah memahami dia kehilangan bapa kerana sering berasa sayu dan sebak setiap kali mendengar kisah yang diceritakan kepadanya.
Tambahan pula tiada kenangan bersama yang dapat dirakam kerana usianya baru sahaja lima hari semasa arwah bapanya meninggal dunia.
Menerusi perkongsian di mStar, Noor Shahida Daud berkata anak bongsunya itu acap kali menyebut tentang abah selain menangis kerana terkenangkan insan yang tiada.
“Sejak kebelakangan ini, si bongsu sering bercakap tentang abah dia. Tapi akak selalu bagi dia tengok gambar dan cerita tentang arwah.
Ads
“Dia juga asyik menangis sejak akhir-akhir ini,” kongsinya.
Ekoran daripada itu, dia yang mesra disapa Sheeda membuat permintaan suntingan gambar di kumpulan Facebook ‘Edit Apa Hari Ini’ pada 19 Disember lalu.
Menerusi laman tersebut, Sheeda meminta supaya gambar anaknya yang berusia 3 tahun itu didukung oleh arwah suami.
Mendapat pelbagai reaksi positif termasuk gambar-gambar menarik yang disunting, dia yang juga seorang guru meluahkan rasa syukur dengan kebaikan mereka yang terlibat.
Malah sejak gambar tersebut diperoleh, Tashfeen kelihatan sangat gembira kerana dia juga mempunyai gambar kenangan bersama arwah bapanya.
Ads
“Memang akan ambil gambar tu untuk simpan dan letak dalam bingkai. Tapi ramai yang sponsor untuk cuci dan akak tempah frame sahaja.
“Si bongsu memang rasa seronok kerana terasa ‘dekat’ dengan abahnya..saya sebolehnya tak mahu anak-anak padam ingatan tentang abah mereka,” tambah ibu kepada empat cahaya mata itu lagi.
Pun begitu, anak bongsunya itu kadang kala akan berasa sedih secara tiba-tiba mungkin kerana rindu, malah pernah menyuarakan keinginan untuk bermain bersama bapanya.
Mengimbau kembali tragedi yang mengubah kehidupannya sekeluarga, wanita berusia 34 tahun itu berkata, kemalangan yang berlaku pada April 2021 meragut nyawa suaminya yang berkhidmat sebagai anggota trafik.
Ads
“Arwah kerja syif 24 jam waktu tu, dia balik rumah sekejap untuk mandi dan solat. Dalam perjalanan balik rumah, kira-kira pukul 6 pagi dia kemalangan.
“Waktu itu saya berpantang di Kuantan, Pahang. Arwah koma selama empat hari dan meninggal pada 25 April, Khamis malam Jumaat.
“Otaknya mengalami bengkak atau Traumatic Brain Injury due to vehicle accident,” ujarnya sebak.
Sebagai ibu, pelakon dan juga usahawan, Nur Fazura meluahkan rasa kecewa terhadap tindakannya sendiri apabila memberi ‘umpan’ coklat kepada anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, 2 tahun.
Menerusi perkongsian aktres berusia 39 tahun di laman Instagram, dia memberitahu terpaksa memberikan coklat kepada Fatima sebagai ‘umpan’ kerana mahu mengalihkan perhatian si kecil itu yang menangis selepas disuntik.
“Selesai mengambil vaksin influenza. Ini saya sebagai ibu bapa yang teruk sebab cuba tenangkan anak dengan coklat,”tulisnya di ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Dalam video berkenaan, Fatima dilihat menangis sambil memeluk Fazura akibat ketakutan sewaktu mendapatkan suntikan vaksin influenza. Bagi menenangkan anaknya, Fazura dilihat mengeluarkan coklat dari beg yang dibawa lalu diberikan kepada Fatima.
Hantaran itu mendapat perhatian ramai di mana ramai mengatakan tindakan yang dilakukan oleh Fazura adalah wajar dan normal serta tidak salah bagi ‘mengambil’ hati si anak.
Tidak kurang juga mereka memberikan kata-kata semangat kepada Fazura dengan mengatakan dia sudah menjadi seorang ibu yang hebat dan terbaik buat si anak.
Macam dukung Fattah Amin versi perempuan
Selain itu, rata-rata warganet menyatakan Fatima dilihat seiras dengan ayahnya iaitu Fattah Amin tapi dalam versi perempuan.
Untuk rekod, Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan anak pertama Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.
Sijil kelahiran merupakan antara dokumen penting perlu dimiliki oleh setiap warganegara Malaysia.
Bagi bayi yang baru lahir, dokumen tersebut adalah wajib didapatkan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menentukan status kewarganegaraan mereka.
Setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengeluarkan sijil kelahiran versi baharu yang mengandungi beberapa ciri keselamatan terkini, mulai tahun ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata, ciri keselamatan berkenaan termasuk ‘watermark’ atau tera air pada sijil kelahiran versi baharu untuk mengelak berlakunya kes pemalsuan dokumen.
Namun sijil kelahiran sedia ada masih boleh digunakan dan tidak perlu ditukar. Bagi yang ingin menukar, anda boleh ikuti cara-cara cabutan surat beranak baru seperti yang dikongsi oleh wanita ini.
CARA CABUTAN SURAT BERANAK BARU DI JPN (LAMA TUKAR BARU)
Hari ni pegi JPN. Nak print surat beranak lama kepada yang baru. Okey, saja share cara nya:
✔️bawa 1 salinan ic (ori dah tentu kita bawak sentiasa) ✔️surat beranak original (tapi tadi staf tak minta tengok pun) ✔️bayar rm5 (bayar guna kad ye) ✔️tunggu sekejap, dah siap
Boleh print jugak untuk pasangan:
Syaratnya: ✔️bawa surat nikah ori & salinan ✔️1 salinan ic Wakil yang nak print ✔️bayar rm5 jugak
Surat beranak lama, boleh simpan & frame sebagai kenangan
Setel hal surat beranak. Benda boleh buat, kenapa nak bertangguh 😉
Best pulak tengok surat beranak baru. Cantik. Rasa macam kembali jadi kanak-kanak.
Sewa RM5,000 satu hari! Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida sanggup berhabis demi anak perempuan kesayangannya bagi mengikuti pengajian di Barcelona, Sepanyol.
Muat naik video di Instagram milik DS Vida telah meraih tumpuan ramai apabila membuat ‘house tour’ kediaman yang didiami oleh anak perempuannya, Cik B di Barcelona.
DS Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 54, turut ditemani anak lelakinya, Kacak meluahkan rasa syukur setelah memasuki kediaman Cik B
Dalam video tersebut, jelas menunjukkan perwatakan Cik B gembira dengan kediaman tersebut.
“Cik B suka rumah ni. Its my dream house,” ujar Cik B dengan gembira.
Wow! Sewa RM5K sehari
Video ‘House Tour’ membuatkan ramai kagum melihat dekorasi kediaman berkenaan. Melihat bilik tidur, bilik bacaan dan tandas bersaiz ruang yang besar membuatkan ramai teruja.
Paling mengejutkan, DS Vida secara spontan mendedahkan kadar sewa rumah tersebut adalah sebanyak RM5,000 sehari.
Sejurus itu Cik B menunjukan riak terkejut dengan sewa yang tinggi itu.
“Alhamdulillah mujur Cik B suka.”
“Saya nak Cik B belajar bahasa Sepanyol dan ada vibes-vibes baharu.”
“Bilik ini harga dia RM5,000 sehari, dan duduk selama tiga bulan,” kongsi Vida.
ADA VIBES SERAM
Meninjau ruangan komen, wargamaya teruja melihat kediaman yang mempunyai banyak bilik. Namun saiz bilik yang besar dan persekitaran kediamanan ada yang beranggapan ia ada unsur vibes seram.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.