Anak Bongsu Tak Sempat Kenal Abah. Ibu Minta Edit Gambar Arwah Suami Dukung Anak

Share

Kehilangan insan tersayang pada usia muda pastinya memberi tamparan hebat kepada sesiapa sahaja.

Lebih menyedihkan apabila mereka sekadar dapat melihat gambar dan mendengar kisah momen insah yang dilalui orang sekeliling.

Begitulah yang dialami anak bongsiu kepada allahyarham Muhammad Hasnol Firdaus Md Amran yang maut kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Malah kanak-kanak berusia 3 tahun yang mesra disapa Tashfeen itu seolah-olah memahami dia kehilangan bapa kerana sering berasa sayu dan sebak setiap kali mendengar kisah yang diceritakan kepadanya.

ARTIKEL MENARIK [Pakar Jelaskan Ini Sebab Anak Kecil Ternanti-Nanti Kepulangan Ibu Ayah Depan Pintu]

[Kasihnya Ayah, Bantu Siapkan Anak. Bapa Ini Bangga Jadi Sekuriti Di Sekolah Anak]

Tambahan pula tiada kenangan bersama yang dapat dirakam kerana usianya baru sahaja lima hari semasa arwah bapanya meninggal dunia.

Menerusi perkongsian di mStar, Noor Shahida Daud berkata anak bongsunya itu acap kali menyebut tentang abah selain menangis kerana terkenangkan insan yang tiada.

“Sejak kebelakangan ini, si bongsu sering bercakap tentang abah dia. Tapi akak selalu bagi dia tengok gambar dan cerita tentang arwah.

“Dia juga asyik menangis sejak akhir-akhir ini,” kongsinya.

Ekoran daripada itu, dia yang mesra disapa Sheeda membuat permintaan suntingan gambar di kumpulan Facebook ‘Edit Apa Hari Ini’ pada 19 Disember lalu.

Menerusi laman tersebut, Sheeda meminta supaya gambar anaknya yang berusia 3 tahun itu didukung oleh arwah suami.

Mendapat pelbagai reaksi positif termasuk gambar-gambar menarik yang disunting, dia yang juga seorang guru meluahkan rasa syukur dengan kebaikan mereka yang terlibat.

Malah sejak gambar tersebut diperoleh, Tashfeen kelihatan sangat gembira kerana dia juga mempunyai gambar kenangan bersama arwah bapanya.

“Memang akan ambil gambar tu untuk simpan dan letak dalam bingkai. Tapi ramai yang sponsor untuk cuci dan akak tempah frame sahaja.

“Si bongsu memang rasa seronok kerana terasa ‘dekat’ dengan abahnya..saya sebolehnya tak mahu anak-anak padam ingatan tentang abah mereka,” tambah ibu kepada empat cahaya mata itu lagi.

Pun begitu, anak bongsunya itu kadang kala akan berasa sedih secara tiba-tiba mungkin kerana rindu, malah pernah menyuarakan keinginan untuk bermain bersama bapanya.

Mengimbau kembali tragedi yang mengubah kehidupannya sekeluarga, wanita berusia 34 tahun itu berkata, kemalangan yang berlaku pada April 2021 meragut nyawa suaminya yang berkhidmat sebagai anggota trafik.

“Arwah kerja syif 24 jam waktu tu, dia balik rumah sekejap untuk mandi dan solat. Dalam perjalanan balik rumah, kira-kira pukul 6 pagi dia kemalangan.

“Waktu itu saya berpantang di Kuantan, Pahang. Arwah koma selama empat hari dan meninggal pada 25 April, Khamis malam Jumaat.

“Otaknya mengalami bengkak atau Traumatic Brain Injury due to vehicle accident,” ujarnya sebak.

Kredit: mStar

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

Published by
Wan Amy