Sesekali menu ringkas sebagai sarapan buat anak kekenyangan hingga ke tengah hari. Lagi-lagi bagi anak yang tak berapa gemar dan dah mula bosan makan nasi.
Bread Tuna Cheese ringkas dari cikgu media sosial, Azlina Ina Fans ni mama wajib cuba. Sedap!
Salam anak-anak mak semua. Suka sarapan mudah dan sedap. Jom cuba Bread Tuna Cheese ni ok.
Bahan-bahan:
Roti putih -tepi-tepi dia potong
Telur
Garam
Lada sulah
Marjerin
Tuna
Cheese slice
Pecah telur tambah garam dan lada sulah. Kacau.
Roti tadi sapu dengan majerin satu bahagian.
Satu bahagian lagi sapu tuna (kalau korang nak pedas nak tambah dengan cili padi atau bawang pun boleh)
Tutup kan lepas letak 1 slice cheese.
Siap macam gini.
Celupkan roti tadi dalam telur.
Goreng dengan minyak sedikit dan siap dimakan. Senang je.
Menarik: Anak Kurang Suka Bahagian Isi Dada Ayam Buat Nuget Homemade, Sekejap Je Licin
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI