Merajuk sudah umpama perkara biasa bagi seorang anak kecil yang bila kemahuannya tidak dituruti. Seorang kanak-kanak lelaki yang mahu lari dari rumah gara-gara merajuk dengan ibunya menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya anak kecil itu yang membawa beg sandang terus menaiki basikalnya di hadapan rumah dan mengugut ibunya untuk keluar.
Menerusi perkongsian video seorang pengguna Tik Tok @yusmalisa_shazrenda, gelagat anak kecil itu yang sedang mengemas pakaian di dalam begnya konon ingin lari dari rumah amat menarik perhatian ramai.
Menurut perkongsian dari video ibunya, ini merupakan kali ketiga drama anaknya mahu lari rumah dalam minggu yang sama. Comel!
“Rindu dengan drama ‘nak lari dari rumah’ dia,” tulis ibunya di kapsyen.
“Can you not make fun of me” kata anak kecil itu.
Paling menarik perhatian pastinya beberapa pesanan ibunya ketika hendak keluar rumah. Bukan itu sahaja, bahkan gelagat ibunya yang memujuk anak kecil itu dalam pelbagai cara menarik perhatian ramai. Memang kelakar.
“I’m sorry Qasy. Kalau jumpa hantu jangan takut ya,” pesan ibunya.
Anak kecil itu yang dikenali sebagai Qasy Qaider dilihat nekad menaiki basikal di hadapan rumah dan membuatkan ibunya mengejar sambil merakam gelagat anaknya.
Selepas pujukan demi pujukan serta bermacam-macam janji yang ditaburkan termasuklah membelikan PlayStation 5, akhirnya drama lari dari rumah berjaya ditangani. Si cilik akhirnya berjaya dipujuk dan masuk semula ke dalam rumah.
Video drama lari dari rumah ini sehingga kini mendapat 748K jumlah tontonan, dengan 60K tanda suka.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut terhibur melihat drama dua beranak itu yang menarik perhatian ramai.
@yusmalisa_shazrenda Rindu dengan drama ‘nak lari dari rumah’ dia. #qasyqaiser ♬ original sound – yusmalisa shazrenda
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI