Seawal usia dua tahun, anak-anak sudah mula faham dengan persekitaran mereka. Biasanya pada usia begini mereka banyak ragam dan kerap tantrum jika tidak dikawal. Adalah normal untuk anak-anak, menjerit, berkelakuan agresif, meniru gaya dan sebagainya pada usia ini.
Identiti mereka juga terbentuk sekitar usia begini. Sebagai ibu ayah, kita harus lebih peka dengan karakter anak-anak. Penulis Ilmu Keibubapaan & Psikologi Kanak-Kanak, Ummu Aminah ada berkongsi tentang cara yang boleh ibu ayah boleh buat untuk mengatasi karakter pelik anak-anak.
Identiti kanak-kanak mula terbentuk seawal usia 2 tahun. Fasa ini amat mencabar untuk memastikan kanak-kanak itu mengalami perkembangan yang stabil dari segala sudut.
Pada fasa early stage, kanak-kanak sudah mula memahami situasi dan keadaan sekeliling namun mereka tidak mempunyai keupayaan dalam menceritakan kefahaman mereka kerana peringkat ini perkembangan bahasa tidak berlaku secara menyeluruh. Malah ianya berperingkat.
Ads
Namun kanak-kanak sudah pun membentuk identiti mereka tersendiri setelah mind menjadi complex. (Mind complex – 2 yo) Setiap karakter yang terbentuk berbeza-beza menurut pengalaman awal dan parenting yang diberikan.
Bagaimana mengatasi karakter pelik kanak-kanak yang pastinya bersifat negatif?
1. Sediakan persekitaran yang tenteram, bersih dan teratur supaya kanak-kanak dapat menjiwai watak sekeliling dengan cara yang positif. Persekitaran yang kotor atau tidak teratur akan memberi kesan refleksi pada jiwa kanak-kanak berasa kusut, rimas dan tidak selesa.
2. Hubungan ibu bapa yang sentiasa menunjukkan keserasian atau toleransi. Kanak-kanak pada peringkat awal usia dapat membezakan tingkahlaku ibu bapa samada relevan atau pun tidak. Meskipun ibu bapa berpura-pura tetapi tahap minda kanak-kanak telah dapat memproses dengan baik apa yang mereka lihat.
Ads
3. Sentiasa menggunakan kata-kata yang baik, perkataan yang sesuai dan membina. Jangan sesekali mengucapkan kata kesat atau cacian di hadapan kanak-kanak. Ataupun terhadap pasangan. Perkataan dan ucapan akan memberi kesinambungan pada cognitif mereka bahawa percakapan yang buruk akan bergerak seiring dengan kelakuan yang buruk.
4. Kerap memberi sentuhan selamat kepada kanak-kanak agar mereka rasa dilindungi dan dihargai setiap masa. Pelukan dan ciuman adalah terapi emosi yang sedang berkecamuk. Sentuhan kasih sayang jika disulam dengan kata-kata indah akan meninggalkan memori manis pada jiwa mereka. Hal ini membantu kanak-kanak untuk tidak menjadi seorang yang baran, pemarah, dendam dan benci.
5. Two-ways communication amat penting pada diri kanak-kanak. Berilah perhatian apabila kanak-kanak sedang cuba untuk bercerita atau explain sesuatu perkara dalam bahasa ‘babbling’ mereka. Walaupun sukar difahami namun pada tafsiran kanak-kanak, suara dan pendapat mereka sentiasa didengari dan diterima oleh ibu bapa. Jangan lali untuk beri respon terhadap perbualan kanak-kanak.
Ads
6. Outdoor dan riadah amat disukai kanak-kanak. Cth: taman rekreasi atau playground. Namun kebanyakan ibu bapa hanya membiarkan anak mereka bermain sendiri. Perkara ini mungkin ia nampak kecil namun besar pada pengharapan kanak-kanak. Peganglah tangan anak anda dan jalan seiring mengelilingi taman bersama-sama. Layanlah jiwa kecil mereka semampunya untuk hadirkan pelangi indah. Gunakan ruang ini untuk memberi nasihat atau input yang membina. Minda yang berada di aras tenang akan lebih cepat memproses maklumat.
7. Ego. Apabila berhadapan dengan anak yang bermasalah atau disorder janganlah mencampur aduk sisi ego dan emosi dewasa ibu bapa. Masalah rumah tangga, tempat kerja, dan sebagainya harus diketepikan. Jika ibu bapa yang stress dan ego akan terus memukul serta memarahi anak, pada mereka mengapa anak tidak boleh behave dengan baik dan faham kondisi mereka yang penat? Anda yang dewasa tidak memahami jiwa kanak-kanak lalu bagaimana kanak-kanak mampu memahami kondisi anda!?
8. Rujuk doktor pakar psikologi kanak-kanak jika anak berterusan memiliki sifat ganas. Jangan malu dengan kelemahan anak kerana tindakan awal ibu bapa akan menentukan masa hadapan mereka. Jika berlarutan perkara ini akan sukar dibendung. Doktor pakar psikologi kanak-kanak pastinya lebih arif dalam mengendalikan assessment dan terapi yang bersesuaian untuk membaik pulih karakter anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak sangat rapat dengan kita, kita perlulah menjual idea untuk dia tidur berasingan dengan kita itu dahulu. Buat supaya dia akan rasa sangat seronok dan tidak sabar.
Selepas itu, buat perlahan-lahan implimentasinya. Di dalam bilik yang sama pula, mungkin sediakan dia tempat yang istimewa, yang jarak sikit dari ibu bapa. Namun, sebelum tidur spend time sedikit dengannya berbual dan bercerita serta berseloroh.
Kemudian ajak dia sediakan bilik tidurnya. Hias dan cat ke letak perabut ke, banyak lagi aktiviti yang boleh dibuat bersama supaya dia berasa teruja untuk duduk di bilik itu.
Mula dengan hanya tidur siang di situ. Pada malam hari, biar dia masih tidur bersama di dalam bilik yang sama di tempat yang telah disediakan di dalam bilik bersama itu.
Kemudian, setiap malam, ajak dia baring di biliknya. Anda berceritalah, spend time lah dengan dia di situ. Semasa itu, gunakan cara halus menjual idea untuk dia seronok tidur sendiri. Ajar dia doa yang boleh melindungi dirinya jika dia takut. Namun, bila sudah habis bercerita, bawalah dia masuk ke dalam bilik anda dan tidur seperti biasa.
Satu malam, jika anda rasa dia sudah bersedia, maka galakkan dia untuk tidur di biliknya. Dan offerlah sesuatu perkara lain untuk dia dapat bersama dengan anda. Contohnya, anda akan beri dia sesuatu tanda dia sudah menjadi seorang yang matang.
Contohnya, jika selama hari ini anda ada sesuatu yang anda tidak memberi anak-anak menggunakannya, tetapi kerana dia telah menunjukkan dia sudah boleh berdikari dan bertanggung-jawab, maka anda memberinya menggunakannya untuk beberapa ketika. Ini anda perlulah kreatif. Ini adalah untuk anda dan dia meraikan bahawa dia sudah besar dan boleh tidur di bilik sendiri.
Dan anda perlu setiap hari mempamerkan kasih dan sayang anda kepadanya supaya dia tidak merasakan dia disisihkan. Jika dia ada adik, maka anda juga boleh sediakan satu tempat tidur untuk adiknya di dalam biliknya, supaya dia tahu bila cukup umur adiknya juga akan dipisahkan dari tempat tidur. Oleh itu dia tidaklah menyangka anda pilih kasih dan kasih anda kepadanya berkurangan dan itulah sebabnya dia disuruh tidur di bilik sendiri.
Ada anak yang memerlukan sedikit masa didalam menyediakan dia untuk tidur berasingan. Namun, kita perlu cekal agar matlamat kita tercapai. Ibu tidak percaya dengan menggunakan kekerasan dan paksaan sebelum menggunakan kelembutan yang tegas. Kerana kesan paksaan dan kekerasan akan menonjol bila anak itu remaja nanti.
Bonding time Awal Ashari & Lara Alana ini boleh dijadikan contoh untuk bapa-bapa yang lain. Kagum setiap kali melihat caranya bonding dengan Lara. Bagaimana Awal melakukannya?
Papa, walau pun sering sibuk jangan serahkan tugas mendidik dan mengasuh anak bulat-bulat kepada mama atau pengasuh. Ambil masa untuk bonding dengan anak tidak kira anak lelaki atau perempuan. Anak memerlukan peranan seorang bapa dalam perkembangannya.
Jom kita tengok apa yang sering Awal lakukan bersama Lara yang mengeratkan hubungan dua beranak ini.
PERJALANAN KE SEKOLAH
Boleh dikatakan Awal mengambil tugasan menghantar Lara ke sekolah setiap pagi. Jadi, waktu ini menjadi satu sesi untuk mereka berdua berbual-bual. Lara bebas untuk melontarkan idea dan Awal juga boleh bertanya apa sahaja kepada Lara. Seronok bila kedua-duanya bercakap dengan bahasa Inggeris.
Ini secara tidak langsung akan menggalakkan skil pergaulan, skil pertuturan dan perkembangan kognitif terutama sekali apabila si ayah mengajukan soalan-soalan yang agak rumit dan memerlukan penaakulan dan berfikir.
A post shared by Si Penglipur Lara (@laraalanaa) on
2. MEMBACA
Awal juga meluangkan masa bersama Lara bagi sesi membaca. Sekiranya ada salah sebutan, Awal akan memperbetulkannya. Jadi, ini bukan sahaja sesi pembelajaran, tapi juga merapatkan hubungan antara bapa dan anak.
A post shared by Si Penglipur Lara (@laraalanaa) on
3. PRETEND PLAY
Awal selalu ambil bahagian dalam permainan yang digunakan Lara. Mainan seperti masak-masak, anak patung dan macam-macam lagi. Pretend play atau main peranan ini sangat bagus untuk menggalakkan si kecil berimaginasi dan menajamkan skil bahasa.
Awal juga membawa Lara bersenam. Antaranya ialah berjoging. Ia merapatkan hubungan antara mereka. Sambil mengeluarkan peluh, udara segar dan suasana menghijau memberikan mood yang baik.
A post shared by Si Penglipur Lara (@laraalanaa) on
5. WAKTU MAKAN
Walau pun Lara sudah boleh makan sendiri. Lara mempunyai selera makan yang baik, seronok bila tengok Lara makan. Tetapi ada ketikanya Lara juga menghadapi masalah kurang berselera, jadi Awal memainkan peranan menyuapkan makanan. Awal juga kreatif memujuk Lara dengan berlakon seolah-olah sudu berisi nasi ialah kapal terbang dan akhirnya Lara makan.
A post shared by Si Penglipur Lara (@laraalanaa) on
9 KEPENTINGAN BONDING PAPA DENGAN ANAK
Anak yang mempunyai mempunyai ikatan yang kuat dengan bapa mereka mempunyai banyak kelebihan. Menurut kajian yang dilakukan di Kanada, apabila isteri hamil, kaum bapa akan mengalami pertambahan hormon kortisol dan prolaktin yang berkait rapat dengan hal kebapaan. Jadi, perasaan kasih dan sayang kepada anak memang hadir secara semula jadi dalam diri bagi seorang bapa.
Bagi mengukuhkan lagi, pelbagai aktiviti bonding perlu dilakukan sejak si anak masih kecil. Ini penting kerana kanak-kanak yang mempunyai hubungan yang rapat dengan papa akan mendapat beberapa manfaat seperti berikut;
Aktiviti dan masa yang diluangkan bersama akan menggalakkan perkembangan fizikal dan mental.
Anak yang selalu meluangkan masa dengan ayahnya berisiko rendah untuk menghadapi stres pada masa hadapan.
Anak mempunyai keyakinan diri yang tinggi kerana mereka tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan menerusi sesi interaksi bersama papa mereka.
Hubungan rapat dengan bapa memainkan peranan penting kepada kesihatan mental anak apabila dewasa kelak.
Si manja jadi lebih berani ambil risiko.
Mempunyai skil pertuturan yang lebih baik.
Bayi yang mempunyai hubungan rapat dengan papa akan lebih mudah mendapat kawan atau pandai bergaul.
Penguasaan akademik yang lebih baik.
Kurang risiko penglibatan dalam jenayah dan salah laku pada masa hadapan kerana mereka mendapat cukup perhatian.
Perasan tak bila kita bawa anak ke kedai, pantang dia nampak sticker mesti minta kita belikan. Pelik juga kan, suka sangat dengan sticker. Main tampal sana-sini, buat bersepah rumah saja. Sebab itulah, kita ‘liat’ nak belikan bila anak minta sticker.
Kalau dapat main sticker, habis satu rumah dihiasnya! Jangan pula kita marahkan anak, kerana rupa-rupanya banyak manfaat apabila anak bermain tampal-tampal sticker.
Ikuti perkongsian dari seorang ibu, Wan Nur Syakira akan kebaikan aktiviti ini;
AKTIVITI ANAK-ANAK MENGGUNAKAN STICKER
Hari tu , ke kedai buku, belikan sedikit bahan nak buat aktiviti dengan anak-anak. Sticker antara favourite item bila buat aktiviti. Banyak boleh dibuat.
Ini antara aktiviti yang kami buat minggu ini.
1. Belajar bentuk dengan sticker.
Lukis bentuk dan ajak anak lekatkan sticker pada garisan bentuk itu. Adam suka sangat main yang ni. Boleh fokus lama.
2.Cabut sticker dan letak dalam bentuk yang dilukis.
Untuk Yusuf, yang umur 20 bulan, saya ajak dia main letak sticker dalam bulatan.
Nak latih kemahiran motor halus, bukan senang bagi kanak-kanak nak cabut sticker dari kertasnya. Perlukan fokus dan kemahiran motor halus yang baik.
3. Cabut sticker yang diletak pada anggota badan.
Adam dan Yusuf teruja dapat main ini. Main cabut-cabut sticker dekat badan.
4. Belajar nombor.
Buat kepala ulat. Minta anak lekatkan sticker untuk bentukkan badan ulat . Lekatkan sticker mengikut nombor.
Kalau pergi kedai, bolehlah borong sticker banyak-banyak. Nak lebih mudah, beli saja di SINI
Selamat beraktiviti dengan anak!
Jom tengok aktiviti tampal sticker ibu ini dan anaknya!
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.