Seawal usia dua tahun, anak-anak sudah mula faham dengan persekitaran mereka. Biasanya pada usia begini mereka banyak ragam dan kerap tantrum jika tidak dikawal. Adalah normal untuk anak-anak, menjerit, berkelakuan agresif, meniru gaya dan sebagainya pada usia ini.
Identiti mereka juga terbentuk sekitar usia begini. Sebagai ibu ayah, kita harus lebih peka dengan karakter anak-anak. Penulis Ilmu Keibubapaan & Psikologi Kanak-Kanak, Ummu Aminah ada berkongsi tentang cara yang boleh ibu ayah boleh buat untuk mengatasi karakter pelik anak-anak.
ATASI KARAKTER PELIK ANAK?
Yelling, shouting, screaming, aggressive, high-tempered, disaster, mocking, vandalism.
Identiti kanak-kanak mula terbentuk seawal usia 2 tahun. Fasa ini amat mencabar untuk memastikan kanak-kanak itu mengalami perkembangan yang stabil dari segala sudut.
Pada fasa early stage, kanak-kanak sudah mula memahami situasi dan keadaan sekeliling namun mereka tidak mempunyai keupayaan dalam menceritakan kefahaman mereka kerana peringkat ini perkembangan bahasa tidak berlaku secara menyeluruh. Malah ianya berperingkat.
Namun kanak-kanak sudah pun membentuk identiti mereka tersendiri setelah mind menjadi complex. (Mind complex – 2 yo) Setiap karakter yang terbentuk berbeza-beza menurut pengalaman awal dan parenting yang diberikan.
Bagaimana mengatasi karakter pelik kanak-kanak yang pastinya bersifat negatif?
1. Sediakan persekitaran yang tenteram, bersih dan teratur supaya kanak-kanak dapat menjiwai watak sekeliling dengan cara yang positif. Persekitaran yang kotor atau tidak teratur akan memberi kesan refleksi pada jiwa kanak-kanak berasa kusut, rimas dan tidak selesa.
2. Hubungan ibu bapa yang sentiasa menunjukkan keserasian atau toleransi. Kanak-kanak pada peringkat awal usia dapat membezakan tingkahlaku ibu bapa samada relevan atau pun tidak. Meskipun ibu bapa berpura-pura tetapi tahap minda kanak-kanak telah dapat memproses dengan baik apa yang mereka lihat.
3. Sentiasa menggunakan kata-kata yang baik, perkataan yang sesuai dan membina. Jangan sesekali mengucapkan kata kesat atau cacian di hadapan kanak-kanak. Ataupun terhadap pasangan. Perkataan dan ucapan akan memberi kesinambungan pada cognitif mereka bahawa percakapan yang buruk akan bergerak seiring dengan kelakuan yang buruk.
Artikel Lain: [Kalau Anda Sedih, Anak Juga Rasa Sedih. Sebab Itu Ibu Bapa Kena Bijak Kawal Emosi]
4. Kerap memberi sentuhan selamat kepada kanak-kanak agar mereka rasa dilindungi dan dihargai setiap masa. Pelukan dan ciuman adalah terapi emosi yang sedang berkecamuk. Sentuhan kasih sayang jika disulam dengan kata-kata indah akan meninggalkan memori manis pada jiwa mereka. Hal ini membantu kanak-kanak untuk tidak menjadi seorang yang baran, pemarah, dendam dan benci.
5. Two-ways communication amat penting pada diri kanak-kanak. Berilah perhatian apabila kanak-kanak sedang cuba untuk bercerita atau explain sesuatu perkara dalam bahasa ‘babbling’ mereka. Walaupun sukar difahami namun pada tafsiran kanak-kanak, suara dan pendapat mereka sentiasa didengari dan diterima oleh ibu bapa. Jangan lali untuk beri respon terhadap perbualan kanak-kanak.
6. Outdoor dan riadah amat disukai kanak-kanak. Cth: taman rekreasi atau playground. Namun kebanyakan ibu bapa hanya membiarkan anak mereka bermain sendiri. Perkara ini mungkin ia nampak kecil namun besar pada pengharapan kanak-kanak. Peganglah tangan anak anda dan jalan seiring mengelilingi taman bersama-sama. Layanlah jiwa kecil mereka semampunya untuk hadirkan pelangi indah. Gunakan ruang ini untuk memberi nasihat atau input yang membina. Minda yang berada di aras tenang akan lebih cepat memproses maklumat.
7. Ego. Apabila berhadapan dengan anak yang bermasalah atau disorder janganlah mencampur aduk sisi ego dan emosi dewasa ibu bapa. Masalah rumah tangga, tempat kerja, dan sebagainya harus diketepikan. Jika ibu bapa yang stress dan ego akan terus memukul serta memarahi anak, pada mereka mengapa anak tidak boleh behave dengan baik dan faham kondisi mereka yang penat? Anda yang dewasa tidak memahami jiwa kanak-kanak lalu bagaimana kanak-kanak mampu memahami kondisi anda!?
Artikel Lain: [Jangan Suka-Suka Salin Baju, Tanggal Seluar Depan Anak. Khuatir Itu Yang Dia Suka Tengok!]
8. Rujuk doktor pakar psikologi kanak-kanak jika anak berterusan memiliki sifat ganas. Jangan malu dengan kelemahan anak kerana tindakan awal ibu bapa akan menentukan masa hadapan mereka. Jika berlarutan perkara ini akan sukar dibendung. Doktor pakar psikologi kanak-kanak pastinya lebih arif dalam mengendalikan assessment dan terapi yang bersesuaian untuk membaik pulih karakter anak.