Anak suka buat perangai sampai ibu ayah rasa marah. Sebenarnya mereka bukan nakal tapi rindu belaian dan perhatian dari ibu ayah. Kadang-kala ibu ayah terlupa untuk beri perhatian dan kasih sayang pada anak.
Si kecil yang tak tahu meluahkan perasaan ‘terpaksa’ buat perangai untuk tarik perhatian ibu ayah. Kasihan mereka!
Bila baca perkongsian dari Ustaz Ebit Lew ini barulah kita sedar tentang hal ini. Masih belum terlambat untuk berubah.
Seorang wanita mesej saya tanya dia hari-hari pukul anak-anaknya. Cubit anaknya. Siang malam mak tadi mengamuk di rumah. Macam mana saya tak mengamuk, dia pukul adiknya. Menjerit 24 jam. Sepahkan rumah. Main bedak bertabur satu rumah. Kadang-kadang kencing berak pun jadi mainan. Penatlah saya.
Ustaz macam mana saya nak sabar dan bahagia..saya tak tahan saya marah dan pukul lepas tu rasa menyesal. Saya risau perangai anak-anak ni..
Jawab saya sebenarnya anak-anak yang aktif tanda anak tu sihat dan pandai. InsyaAllah bakal Daie besar. Anak-anak buat semua tu kerana dahagakan belaian kasih sayang. Belajar lihat semua ini amanah. Solat mengadu pada Allah. Zikir dan doa. Banyak taubat. Allah marah orang lepaskan geram pada anak-anak.
Suami, peluk cium isteri & anak
Suami pula perlulah membantu kerja-kerja di rumah. Peluk dan sayang isteri. Isteri dahaga perhatian suami. Berilah masa cium isteri dan anak-anak. Pegang tangan mereka lafaz sayang pada anak-anak.
Ibu cerita baik bapa pada anak-anak. Bapa cerita baik ibu depan anak-anak. Jangan sesekali bergaduh depan anak-anak.
Cucu Rasulullah saw dan sahabat yang kecil-kecil ada pernah pecahkan barang, main belakang Nabi saw masa solat, main berlari melompat menunggang Rasulullah saw tapi Rasulullah saw tak rasa malu bahkan anak-anak ini bila besar menjadi seperti Rasulullah saw. Sifat dan akhlak serta kecintaan mereka..
Saya ingat seorang anak sekolah rendah ditanya apa itu love. Jawabnya love tu time…kita bekerja untuk anak-anak. Sekarang kita lupakan mereka. Kita pandang dan beri perhatian pada phone.
Tapi tak beri perhatian kepada keluarga. Kita beri perhatian pada kerja dan kawan-kawan tapi tak beri perhatian pada keluarga. Apa dah jadi dengan kita. Ya Allah ampunkan diriku ini.
Anak dahaga kasih sayang
Anak-anak dahagakan kasih sayang ibu bapanya. Ingatlah apa sahaja yang anak anak buat bukan kerana jahat tapi kerana mereka dahagakan perhatian, belaian dan kasih sayang. Kita sendiri yang dah besar ni pun rindu nak berbual dengan mak ayah. Yang tiada mak ayah rindu nak panggil mak..nak panggil ayah. Perkataan itu jadi ubat bagi kesedihan. Janganlah marah anak-anak suka panggil kita ulang-ulang..
Sunnah Rasul saw. Bila isteri dan anak bercakap pandang seluruh badan. Sunnah jawab setiap kali panggilan. Walau berulang-ulang. Sunnah bila isteri anak atau ahli keluarga pegang tangan jangan tarik tangan. Biarlah mereka sentuh. Mereka dahaga sentuhan ibu bapa mereka.
Hidupkan Ta’lim dalam rumah. InsyaAllah malaikat memenuhi rumah kita. Rahmat,sakinah, bahagia memasuki rumah kita. Kuncinya ialah rumah yang ada solat awal waktu, dhuha dan tahajud, bacaan Al-Quran, bacaan Hadis Nabi saw bersama keluarga. Suasana kasih sayang dalam didikan bersama-sama buat.
Berlumba-lumba basuh berak anak. Berlumba-lumba pegang tangan anak. Berlumba mencintai dan menyayangi. Saling memaafkan dan mendoakan
Sumber: Ebit Lew