Anak Buat Perangai, Mak Ayah Jangan Berkeras & Berlembut Sangat. Biar Sedang-Sedang!

Share

Perasan tak bila anak mula buat drama, kita sebagai ibu bapa seolah hilang kesabaran. Cepat je rasa nak marah atau naik tangan dengan niat nak ajar anak. Tapi adakah kita terfikir tindakan ini betul atau salah?

Selalu mak ayah akan tanya nak berkeras ke nak menyerah? Dilema mak ayah bila anak dah mula masuk fasa “The Teribble Twos”. Ini la fasa di mana anak tak menerima kata “tidak” bila dia nak sesuatu.

Berikut perkongsian lanjut oleh Influencer Parenting, Mohd Fhais 

Fasa paling dasyat dalam sejarah keibubapaan kerana ada satu tahap tu anak sampai boleh memukul, menendang, menyepak, mengigit, baling barang dan hempas badan untuk meluahkan protes bila tak dapat apa yang di minta.

Makin kita berkeras, makin menjadi pula tantrum dia. Bila kita menyerah, takut sampai di pijak kepala pula nanti. Aduh, dilema sungguh!

Baik, di sini ada beberapa tips tentang anak fasa The Teribble Twos ni.

– Fasa ini hanya normal semasa anak berumur 1-3 tahun. Jika berlarutan sampai ke 4/5 tahun itu tak normal.

– Ketika umur 1-3 tahun perkembangan IQ dan Fizikal sedang melonjak naik. Berjalan, bercakap, sudah pandai meminta, belajar tentang emosi dan belajar tentang hak peribadi.

– Antara semua perkembangan ni, emosi yang paling lemah sekali. Kerana mereka hanya pandai merasa tapi mereka tak pandai mengawal emosi tersebut.

– Oleh sebab ini la ketika mereka marah, tak puas hati, sedih, stress, frust, atau lost sekalipun mereka hanya ada satu je respon. Iaitu tantrum dan berkelakuan buruk.

– Sangat bahaya jika kita marah, tengking atau memukul anak ketika emosi mereka sedang bergelora. Ini akan membuatkan otak reptilia anak menjadi makin ganas.

– Itu yang tantrum makin lama makin menjadi jadi. Kalau hari ni kita berjaya diamkan anak dengan keganasan, tunggu la next tantrum dia pasti lebih ganas dari sebelumnya.

– Cara terbaik untuk handle masalah emosi anak adalah dengan formula 3R

1 – Regulate ( Tenangkan diri )
Fokus utama tenangkan emosi dan sensori anak dulu. Abaikan dulu walau apa pun anak dah buat.

2 – Relate ( Bina connection )
Sebelum nak pujuk atau tegur dapatkan dulu connection. “Ibu tahu adik sedang sedih” atau “kakak marahkan bila adik buat macam tu”

3 – Reason ( Terangkan )
Terangkan kenapa dia tak boleh buat apa yang dia buat. Beri alternatif kepada tindakan yang lebih baik.

Kita bukan sahaja nak tenangkan tantrum anak tapi kita nak mendidik anak tentang Self-Regulation dan Self-Control

Ini penting supaya masalah tantrum anak kita ni tak berterusan sampai ke tadika. Masa tu agak terlambat dah.

Terlalu berkeras pun tak boleh. Terlalu lembut pun tak boleh juga. Kita kena duduk di tengah tengah.

Mak ayah kena kental dan tak terlalu ikut emosi. Boleh jadi tegas bila perlu, dan boleh jadi lembut jika mahu. Yang penting jangan emo bila anak tantrum.

Kalau nampak anak mengamuk tak tentu pasal tu bersabar la. Dia tak sengaja, dia budak baru belajar nak kawal emosi.

Kredit: Mohd Fhais
– Parenting Influencer

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy