Anak Buat Perangai Normal Tapi Jangan Lebih-Lebih. 5 Situasi Ini Berlaku, Jangan Pandang Ringan
Februari 4, 2023
Share
Ada masanya anak-anak akan melalui fasa di mana mereka akan tantrum atau mengamuk setiap masa. Memang itu antara perkara yang normal akan berlaku sepanjang proses tumbesaran anak. Walaupun begitu, jika ia berlanjutan atau menjadi semakin serius, ibu ayah perlu mengambil langkah segera untuk menyelesaikan masalah ini.
Melalui penulisannya di laman Facebook, Siti ‘Aisyah Rozalli ada berkongsi tentang hal ini. Dia juga turut menyenaraikan lima perangai anak-anak yang menunjukkan mereka memerlukan bantuan segera.
Ikuti apa dikongsikan tentang topik ini:
5 TANDA PERANGAI ANAK PERLUKAN BANTUAN SEGERA
1. Menjerit setiap kali tak dapat apa yang dimahukannya.
2. Membentak dan kelihatan sangat marah bila diminta buat sesuatu.
3. Kita takut untuk larang kerana takut anak mengamuk.
4. Boleh berubah dari good mood ke mengamuk dan mengamuk ke good mood dalam waktu yang sangat singkat.
5. Kita takut dan buntu untuk tegur perangai anak kerana takut anak jadi bad mood.
Hmm…
Kalau ada satu daripada senarai di atas, biasanya saya akan ajak parents untuk lihat pada perkara-perkara ini:
Ada tak moment yang parents dah cakap “tak boleh”, tapi bila anak menangis atau marah, tiba-tiba “tak boleh” bertukar jadi boleh?
Contohnya, kita kata “tak boleh aiskrim tau…”. Anak kita pun nangis… Kita tak larat tengok dia nangis, kita pun bagi aiskrim yang kita kata tak boleh tadi tu.
Ada tak waktu yang anak cakap elok-elok, kita buat tak peduli… Tapi, bila anak dah jerit, baru kita menyahut dan layan anak?
Contohnya, anak panggil kita elok-elok, kita sibuk dengan handphone. Pastu anak pun jerit “AYAH!!!!” Baru kita, “Apa dia?!”
Ada tak kita semak perkembangan kemahiran anak kita tu sesuai tak dengan umur dia?
Contohnya, patut umur anak kita tu dah boleh dah makan sendiri, tapi kita tak pernah bagi dan kalau anak kita macam susah sikit nak makan sendiri, kita terus tolong.
Ada tak kita ni terlalu permisif? Apa je anak nak, kita bagi sebab rasa tak boleh kalau nak kata “tak boleh”, “tunggu”, “bukan hari ni” pada anak.
Ada tak kita ni takut sangat nak anak rasa susah? Anak tak boleh buat sikit, kita “escape” kan anak kita. Anak rasa “homework” susah, kita marah cikgu.
Mama ayah…
Sikap terlalu permisif dan “takut anak marah”, “takut anak susah” ni sebenarnya akan menimbulkan satu rasa negatif pada anak.
Anak akan timbul satu sifat yang dipanggil ENTITLED.
Bagi mereka, semua perkara yang berlaku ada kaitan dengan mereka.
Tak salah nak manjakan anak, tetapi berpada-padalah jangan sehingga merosakkan akhlak anda menjadi individu yang sentiasa negatif. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua parents yang mungkin berhadapan dengan situasi seperti yang disenaraikan oleh OT ini.