Dizaman yang serba mencabar ini, membuatkan mak ayah semakin sukar untuk mengawal dan mendisiplinkan anak. Menggunakan hukuman sebagai denda anak ingkar arahan adakalanya tidak perlu.
Sebaliknya didiknya anak dengan denda melalui disiplin, bukan hukuman. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Hajah Azuraida Shahadan, Pakar Kepimpinan Diri, Institusi & Keluarga berkongsi lima tip untuk mak ayah.
Pertama sekali kita kena faham tujuan kita mendenda anak-anak adalah untuk mendisiplinkan mereka.
Denda datang dalam bentuk disiplin dan bukan datang dalam bentuk hukuman atau pukulan.
Memukul, mendenda atau menghendik anak-anak adalah perkara yang ibu bapa perlu elakkan kerana ia membawa kesan negatif kepada tumbesaran emosi anak-anak kita dan mendatangkan masalah ke atas perlakuan dan psikologi cara fikir anak-anak di masa akan datang.
Ini menyebabkan mereka mengalami masalah self esteem yang rendah, agresif, mudah marah, sering bersedih atau tak suka untuk bercampur dengan orang atau sering bersendiri dan berahsia.
Jadi sekiranya anak-anak kita melakukan kesalahan, kita harus didik dengan gaya kepimpinan yang mampu mendisiplinkan anak-anak dan pupuk kasih sayang dengan anak-anak.
Ads
Ini mak ayah boleh lakukan:
1. Disiplin corner
Sediakan satu ruang atau sudut dirumah yang selesa dan setiap kali anak buat salah, minta anak duduk di sudut tersebut dan bagi tugasan sama seperti di sekolah.
Contoh anak usia 10 tahun, arahkan anak baca sifir 12. Denda macam ini bagi kesan yang baik untuk anak.
2. Denda senaman
Jika anak degil akan arahan, kita bagi senaman, contoh jumping jack mengikut usia anak itu sendiri. Jumping jack ini boleh membantu hormon serotonin dan membantu menghilangkan rasa sedih. Bila anak kena denda, tak adalah terlalu rasa sedih dan mampu kawal emosi lepas didenda.
3. Buat kerja rumah
Jika anak langgar arahan, minta anak buat kerja rumah terutama di dapur. Gunakan ayat yang tepat contohnya,” abang mama sayang abang tapi sebab abang tak ikut arahan mama, mama kena beri abang denda untuk jadi pembantu mama di kerja. Dalam masa boleh bantu anak bertanggungjawab.
Ads
4. Beri anak time out
Anak kita kan suka main gajet atau telefon jadi ambillah gajet ini sebagai denda kepada mereka. Tetapkan masa selama satu jam, atau satu hari misalnya atau terpulang pada ibu bapa.
Ia memupuk sikap disiplin pada anak.
5. Punishment jar
Apa yang kita boleh buat untuk menulis denda sekiranya anak tak patuh arahan. Setiap kali anak tak patuh arahan, minta anak cabut dan buat denda yang mereka pilih sendiri. Ia secara tak langsung dapat didik anak bertanggungjawab ke atas perbuatan mereka sendiri.
Pastikan denda yang dikenakan adalah dalam bentuk disiplin, bukan hukuman!
Melihatkan kes Covid-19 yang semakin berterusan membuatkan ada di antara kita yang memilih untuk memiliki tangki oksigen sendiri di rumah dek kerana bimbang jika mengalami penurunan oksigen ketika dijangkiti virus berbahaya itu.
Menerusi Instagramnya, personaliti media sosial yang juga doktor pakar ENT, Dr Tengku Ezulia turut berkongsi mengenai hal ini.
Katanya, biarpun tangki oksigen itu begitu diperlukan ketika berdepan dengan virus itu namun tidak perlulah berhasrat untuk membeli tangki itu untuk simpanan di rumah. Ada sebabnya. Dan ini yang dikongsikan oleh beliau.
Perlu ke simpan tangki oksigen di rumah?
Selepas pos saya mengenai ‘Happy hypoxia’ hari tu, ada yang tanya perlu ke beli dan simpan tangki oksigen di rumah?
Sebenarnya, anda tak digalakkan guna oksigen di rumah melainkan telah mendapat bersetujuan dari doktor. Antara sebab- sebabnya ialah:
1. Anda mungkin mengambil terlalu banyak atau terlalu sedikit oksigen. Ada risiko seperti “oxygen toxicity” sekiranya menerima terlalu banyak oksigen. Kepekatan oksigen yang tinggi boleh merosakkan paru-paru kita. Sebaliknya, kalau kita tidak mendapat oksigen yang cukup ke dalam darah, keadaan yang dipanggil hypoxia, boleh merosakkan jantung, otak, dan organ-organ lain.
2. Boleh menyebabkan kelewatan dalam mendapatkan rawatan untuk COVID-19 Kategori 4 (mereka yang mempunyai gejala, jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen) sedangkan mereka perlu dirawat di hospital dengan segera.
3. Gas oksigen berfungsi sebagai pengoksida yang menyokong proses pembakaran. Maksudnya kalau ada kebakaran kecil bermula berhampiran silinder oksigen, ia boleh membuat satu letupan dan kebakaran besar. Lebih-lebih lagi kalau ada objek mudah terbakar seperti petrol, aerosol, lilin, dapur gas di sekitar silinder oksigen sememangnya sangat berbahaya.
Jadi, untuk pemantauan gejala di rumah, lebih baik focus ada 3 benda penting ni je:
1. Pulse Oximeter – Ukur Spo2 & nadi 2. Blood pressure monitor – Ukur tekanan darah 3. Thermometer – Ukur suhu badan
Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak kebanyakkanya lebih rapat dengan ibunya kerana ayah sibuk mencari rezeki. Masa anak-anak bersama si ibu lebih banyak berbanding bersama dengan ayah. Kadang-kadang anak tak sempat berjumpa dengan ayahnya kerana faktor pekerjaan yang memerlukan si ayah bekerja lebih masa sehingga lewat malam.
Doktor Taufiq Razif telah berkongsi tentang fakta anak menjadi hebat dan kurang bermasalah dengan adanya bapa yang cakna tentang keperluan dan emosi anak. Ikuti perkongsian ringkas ini.
Nak Anak Kita Hebat dan Kurang Bermasalah?
CUBA LA SESEKALI TU PUJUK DAN AJAR SUAMI KITA SUPAYA CAKNA DAN SENSITIF DENGAN KEPERLUAN DAN EMOSI ANAK-ANAK
Bapa yang cakna, sensitif, ambil berat dan terlibat secara langsung membesarkan anak ni dipanggil sebagai INVOLVED FATHER
Anak yang membesar dengan INVOLVED FATHER ni:
– 39% akan skor semua A di sekolah
– 60% lebih rendah kebarangkalian untuk dibuang sekolah
– 75% lebih rendah kemungkinan untuk hamil ketika remaja
– 80% lebih rendah kemungkinan untuk meringkuk di penjara
– 2x ganda kemungkinan untuk dapat kerja yang stabil dan memuaskan di masa hadapan
Kalau nak anak hebat dan berjaya, kita sebagai ibu bapa harus bersama-sama untuk involve dengan emosi dan keperluan anak. Jangan biarkan anak melakukan semua perkara tanpa kita disisi. Anak yang hebat datangnya dari ibu bapa yang prihatin dan cakna.
Tak dinafikan cara kita menyimpan barang basah juga memainkan peranan kalau nak cepat di dapur. Tak adalah kita terpaksa tungguh berjam-jam untuk tunggu ayam dan daging lembut. Cara simpan kena tepat.
Tip dan perkongsian dari Anasulianna ini pastinya dapat menjimatkan masa. Paling penting tersusun kemas. Sejuk mata memandang setiap kali buka peti ais. Jom ikuti tip simpanannya.
TIP SUSUN ATUR BARANG BASAH, KEMAS DAN JIMAT MASA NAK MASAK
1. Ayam, daging dan isi ayam cuci dan potong siap-siap.
2. Sayur berdaun tak basuh terus potong. Lapik tisu dapur dalam ziplock bag, masuk sayur.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Bijaknya Adik Huzaifah dan ibunya, Ustazah Aishah melakukan solat Subuh dengan tertib rukunnya. Semoga adik-adik BK rajin mendirikan solat, kerana solat tiang agama tau!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Anasulianna
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.