Keibubapaan

“Anak Buat Saya Kuat” Atur Perjalanan & Target Masa Depan Anak Istimewa Jadi Kekuatan Irin Putri!

Share

Kekuatan ibu yang satu ini bukan biasa-biasa. Kehidupannya bergelar ibu diuji dengan anugerah dari Allah untuk memiliki seorang anak autisme istimewa. Satu kecekalan dan kekuatan yang bukan biasa.

Namun pengacara, Irin Putri menerimanya dengan hati terbuka malah reda dengan ketentuan Allah buatnya.

Kongsi Irin lagi menerusi live bersama Pa&Ma, dua anaknya, Raes dan Razin sentiasa menjadi kekuatannya untuk terus membesarkan mereka.

“Anak-anak saya Raes, 14 tahun, dan Razin 9 tahun. Cabaran untuk membesarkan anak istimewa ini adalah sesuatu yang kita perlu hadapi dengan cara terbaik sebab ia satu ketentuan dan amanah dari Allah.

“Saya ni selalu nampak ada satu sinar dalam diri anak istimewa saya, Raes. Bila saya dah mula nampak bakatnya dalam muzik, saya lihat ia sebagai satu point, mungkin sebagai mata pencariannya kelak.

“Sekarang mungkin baru berusia 14 tahun, jadi masa inilah saya pupuk dan bantu dia untuk perjalanan masa depan dia. Saya bantu dia pergi kelas, buat persembahan dan sebagainya.

“Inilah yang membuatkan saya kuat hari demi hari, mempersiapkan diri untuk masa depan anak-anak,” luahnya berkongsi kala ditanya apa yang membuatkan dia terus kuat.

Malah melihat persembahan pertama anak istimewanya itu yang diketika itu bermain piano dikala usianya baru 10 tahun, amat menyentuh hati kecilnya.

“Saya rasa bangga yang teramat bila nampak dia buat persembahan depan orang ramai.

“Dia dapat buat persembahan yang terbaik dan saya rasa momen itu cukup istimewa.

“Saya rasa kekuatan diri saya sendiri adalah dari anak-anak. Apapun kita kena fikirkan masa depan mereka dan kena lakukan sekarang. Kita bayangkan target kita untuk anak-anak.

“Walau kadang kita rasa letih tapi perlu juga untuk dapatkan support sistem yang baik dari ahli keluarga,” luahnya berkongsi.

Mahu beri kesedaran pada orang ramai
Irin Putri yang dipilih sebagai penerima anugerah Pa&Ma Gala Award, Best Mama Millenial tahun ini mengakui bukan mudah bagi dirinya untuk terbuka berkongsi mengenai kisah anaknya.

Namun dia percaya bahawa dia harus memberi kesedaran kepada orang ramai dan tanpa disangka banyak video-videonya memberi inspirasi kepada orang lain.

“Kalau ikutkan dulu saya jarang kongsi mengenai Raes tapi lama kelamaan saya dapat kesedaran dan saya fikir kalau orang tahu, baru orang faham.

“Jadi saya fikir baik saya kongsikan semua, kehidupan biasa dengan anak-anak.

“Ada satu hari saya kongsi video birthday Raes tapi tak sangka dapat perhatian ramai dan diketika itulah baru terbuka minda saya.

“Saya fikir mungkin banyak lagi orang tak tahu bagaimana penyakit autisme dan betapa pentingnya support sistem kita di rumah.

“Ramai yang suka bila melihat adik Raes, Razin yang begitu memahami keadaan abangnya. Jadi ramai yang bagi reaksi tentang itu.

“Bukan sekadar kenangan saya bersama anak-anak tapi juga untuk memberi kesedaran tentang penyakit ini,” kongsinya lagi.

Menarik:  Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!

Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM