“Anak Bujang Bersunat, Ayah Pula Gementar.” Tomok Fobia, Isteri Masuk Teman

Share

Penyanyi yang juga bapa kepada tiga cahaya mata, Tomok akui pengalaman pertama membawa kedua-dua anaknya Arrian Shah Akid, 10, dan Andra Shah Akid, 7, berkhatan sesuatu yang tak akan dilupakan.

Disebabkan perasaan gementar, Tomok menyatakan dia tak dapat menemani kedua-dua anak lelakinya ketika proses bersunat itu.

“Ia satu pengalaman berbeza dan bermakna untuk kami sebagai ibu bapa. Hantar dan lihat mereka bersunat.

“Cuma saya tak masuk tengoklah, bukan apa saya fobia sedikit. Jadi isterilah yang menemani mereka masuk bilik doktor.

“Saya cuma menenangkan mereka dan sebelum masuk bilik doktor serta di luar selepas bersunat sahaja,” katanya.

Mengenai keadaan dan kesihatan anaknya Tomok memberitahu pada mulanya dua beradik itu banyak bertanya.

“Mereka okay cuma biasalah banyak bertanya. Sudah tentu awal-awal itu mereka ada rasa tkut dan menangis juga masa hari pertama. Selepas beberap hari nampaknya semakin pulih.

“Sekarang isteri yang menjaga mereka sepanjang tempoh berehat dan berpantang ini. Jadi untuk bagi kedua-duanya merasai nikmat sepanjang tempoh ini, saya belikan video game,” kongsinya.

Tomok atau nama sebenar, Shah Indrawan Ismail, 35, mendirikan rumah tangga dengan Ayu pada 2 Julai 2011. Mereka turut dikurniakan seorang anak perempuan, Siti Khadijah yang baru berusia dua tahun.

Kredit: IG Tomok & Gempak

Nak buat persiapan kehadiran ‘orang baru’ kena reaady mental dan fizikal. Jom kumpul ilmu di Bengkel Pa&Ma To Be: Belajar Sampai Terer!

Hanya RM20, ada banyak hadiah istimewa. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/belajar-sampai-terror/

Published by
Wan Amy