Anak Bukan Alasan Mak Ayah Nak ‘Dating’, Curi Masa Berdua, Baru Makin Mesra!

Share

Bila mak ayah di depan televisyen, asal sahaja nak pegang-pegang tangan, mulalah anak marah dan jeling. Benar, tapi sebagai suami dan isteri kenalah pandai curi-curi masa. Anak bukan alasan kalau kemahuan mahu sentiasa bersama.

Perkongsian Bro Ohsem ini benar, ada suami dan isteri tinggal sebumbung tapi jaraknya terasa amat jauh. Kembalikanlah rasa hangat suami isteri, macam masa bercinta. Barulah rumah tangga makin bertambah mesra.


Kepentingan masa berdua dengan pasangan.

Korang ingat tak masa sebelum berkahwin? Hampir setiap masa nak berjumpa dan menghabiskan masa dengan pakwe / makwe kan? Tapi terbatas disebabkan perhubungan yang belum halal.

Saya jamin ramai yang rasakan benda ni. Selepas berkahwin, masa bersama tu sangat-sangat kurang. Sentiasa ada halangan, sentiasa ada penyebab yang membuatkan kita tak dapat nak habiskan masa yang cukup dengan pasangan.

Benda ni sangat penting. Masa bersama pasangan akan memberi kesan kepada jarak hati antara suami dan isteri.

Saya bukan cerita pasal jarak secara fizikal, tetapi jarak hati dan perasaan. Jangan anggap, duduk sebumbung tu bersamaan dengan hubungan yang rapat. Tidak, jauh panggang dari api sebenarnya.

Ada yang boleh berkahwin berpuluh tahun lamanya tetapi tidak merasai kenikmatan perhubungan perkahwinan yang sebenarnya.

Semua buat hal masing-masing. Hanya apabila diperlukan sahaja ada sentuhan dan sebagainya. Selepas itu tiada. Kalau boleh nak duduk jauh-jauh walaupun tinggal serumah.

Ini yang terjadi sekarang. Pasangan suami isteri menjadi sekadar teman serumah. Housemate / roomate yang berkongsi tanggungjawab iaitu anak.

Sebenarnyakan, apa juga benda, kalau kita letak keutamaannya di bawah, ia memang sukar untuk dilaksanakan.

Jika anda letak masa dengan pasangan ni di pengakhiran keutamaan hidup, memang sampai bila-bila la tak dapat dating berdua.

Alasan paling biasa digunakan, anak. Anak bising bila mak ayah cuddling dan sebagainya. Ini benda yang paling tak betul bagi saya.

Kita sebagai ibu bapa, kita kena ada kuasa dalam memberi kefahaman kepada anak-anak yang ayah dan ibu perlu ada masa bersama, perlu ada privasi.

Benda ni kena buat dari mereka kecil lagi. Pintu bilik ibu bapa sepatutnya tidak patut dibuka oleh anak-anak tanpa kebenaran. Ini peraturan paling utama.

Kemudian, jangan segan untuk bermesra tanpa melampau di depan anak-anak. Benda ini mereka akan bawa sehingga mereka dewasa nanti. Apa yang kita tunjuk akan menjadi ikutan mereka. Tunjuklah yang baik-baik sahaja.

Kalau perlu ambil cuti sebulan dua sekali, buatlah. Dulu masa saya bekerja pun saya buat macam ni. Kadang-kadang bukan sebab nak pergi mana-mana pun. Sekadar nak habiskan masa dengan isteri sahaja.

Kalau tak boleh sekalipun, carilah tv dan letak dalam bilik. Sekurang-kurangnya dapatlah tengok netflix ke apa ke dengan pasangan secara berdua-duaan. Bukannya haram pun. 2 jam yang berkualiti bersama pasangan tanpa gangguan termasuklah telefon, tersangatlah penting. Silap-silap kegembiraan itu boleh bertahan berhari-hari lamanya.

Jadi, saya sarankan di sini. Ciptalah masa untuk pasangan. Habiskan masa dengan dia. Dating ke, layan movie ke, tak kiralah apa. Asalkan berdua. Boleh ye?

Di gambar tu kami lepas majlis perkahwinan kawan saya minggu lepas. Lepas majlis, dua-dua lapar. Terus pergi cari makan kat area foodtruck sebelah hotel tempat majlis tu berlangsung. Walaupun dah terlajak, kami pusing jugak. Bukan selalu dapat dating. Akhirnya makan dalam kereta je. Asalkan berdua.

BroOhsem

Menarik: Tak Payah Perfect Sangat, Anak Tak Mahu Ibu Sempurna Tiap Masa, Mahu Ibu Gembira

Nak dapatkan barangan dan kelengkapan sekolah anak, jom shopping di Hari-Hari.

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.

Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Published by
SRM