Apabila anak disahkan menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut, ikuti nasihat doktor anda. Elakkan mengikut petua karut yang boleh membahayakan. Jangan bereksperimen!

Dr.Mohd Syamirulah Rahim, Pegawai Perubatan KPJ Perlis Specialist Hospital telah berkongsi tentang kisah benar di mana pesakit kanak-kanak yang mengalami HMFD dan telah disapukan ramuan tertentu yang menyebabkan jangkitan kuman kuman atau “secondary bacterial infection” dan berkemungkinan sepsis. Sudahlah menanggung HMFD, penyakit lain pula yang menyerang.

Seorang rakan saya berkongsikan sebuah kes yang beliau terima. Seorang kanak-kanak, berusia 4 tahun, didiagnos beliau sebagai HFMD. Ketika itu, demam kanak-kanak tersebut baru kebah namun ruam pada badannya baru timbul. Masih aktif seperti biasa. Rakan saya tersebut pun memberikan rawatan sewajarnya seperti ubat tahan sakit dan gel untuk ulser didalam mulut.

Anak Bukan Bahan Eksperimen! Petua Karut Kononnya Natural Sebenarnya Bahaya Bagi Pesakit HMFD

KEMBALI KE KLINIK SELEPAS TIGA HARI

Tiga hari kemudian, si ibu membawa kanak-kanak tersebut datang kembali. Kali ini, demamnya yang sudah kebah, muncul semula setinggi 38.5°Celcius. Kanak-kanak tersebut nampak keletihan, atau dalam bahasa perubatan, “septic looking”.

Rakan saya tersebut sangat terkejut. Beliau menyangka kanak-kanak tersebut mendapat komplikasi HFMD.

RUAM MERAH BERTUKAR MENJADI LUKA BESAR

Namun apabila beliau memeriksa kawasan tangan dan punggung kanak-kanak berkenaan, kelihatan ruam merah sudah berubah menjadi luka yang besar. Ada yang bernanah, sudah berkeruping berwarna keemasan.

“Puan, saya minta puan bagitau saya dengan jujur, puan ada sapu apa-apa ke pada ruam anak puan?” Soalan spontan dari mulut rakan saya kepada ibu tersebut.

Ads

Ya, ibu tersebut mengakui, beliau ada menurut “petua” yang diceritakan rakan-rakan. Beliau melumurkan bahan tertentu dari daun/ramuan tertentu yang dikatakan bersifat “natural”. Kononnya dengan berbuat demikian, ruam akan cepat hilang dan tidak akan berparut.

Kanak-kanak tersebut akhirnya terpaksa dirujuk ke hospital besar untuk tujuan rawatan antibiotik berdos tinggi. Keadaan ini, dinamakan sebagai “secondary bacterial infection, possibly in sepsis.”

Anak Bukan Bahan Eksperimen! Petua Karut Kononnya Natural Sebenarnya Bahaya Bagi Pesakit HMFD

FAHAMI FUNGSI KULIT

Fungsi terpenting organ kulit kita adalah BARRIER function (pelindung). Kulit kita, kalis air, kalis kuman. Ia mencegah kuman memasuki ke bawah lapisan kulit, ke saluran darah.

Namun apabila anak kita mendapat masalah kulit seperti ruam akibat penyakit HFMD, kawasan kulit yang terjejas, kehilangan fungsi BARRIER ini.

Ads

Apa sahaja yang diletakkan kepadanya, akan memberi reaksi keradangan pada tubuh badan. Termasuklah, jangkitan kuman.

Anak Bukan Bahan Eksperimen! Petua Karut Kononnya Natural Sebenarnya Bahaya Bagi Pesakit HMFD
Gambar dari FB Dr Syamirulah

CARA JAGA KULIT ANAK HMFD

Saya sering berpesan kepada ibubapa, untuk memastikan kawasan kulit anak yang terkena HFMD, dijaga kebersihannya. Jangan terkena debu atau habuk, karpet atau kusyen kotor, bulu haiwan peliharaan dan lain-lain.

Ini kerana, ia mudah dijangkiti bakteria.Tubuh badan anak kita sedang sibuk melawan virus HFMD. Didalam keadaan ini, beliau mudah dijadikan mangsa bakteria sekiranya kita tidak bantu menjaganya. 

Anak Bukan Bahan Eksperimen! Petua Karut Kononnya Natural Sebenarnya Bahaya Bagi Pesakit HMFD

Ads

BAKTERIA MEMBIAK

Bakteria ini membiak pada permukaan kulit yang terjejas, dan jika dibiarkan, ia boleh menjangkiti sel-sel tisu kulit dalam, lemak dan otot. Lebih teruk apabila bakteria ini memasuki salur darah, menjadi sepsis.

JANGAN IKUT PETUA TIDAK BERASAS

Saya perasan ada banyak petua-petua disebarkan, yang tidak ada asasnya langsung. Bahkan ada yang berbahaya kepada pesakit pula.

Nasihat saya, berhati-hatilah. Ruam HFMD akan hilang dengan sendirinya dalam masa beberapa hari, tanpa perlu ubat apa-apa yang tertentu. Tidak ada “short cut” dalam penyembuhan, kalau ada, dah lama para doktor sendiri yang tentu akan cadangkan.

Jangan jadikan anak anda bahan eksperimen, dikhuatiri kesan buruk yang menimpa bukan akibat HFMD itu, tapi akibat pilihan kita sendiri.

Gambar adalah hasil carian google, ia gambar terdekat dengan keadaan luka yang dikongsikan rakan saya tersebut.

Sumber: Dr Mohd Syamirulah Rahim

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI