Anak Bukan ‘Trofi’ Kita. Tak Perlu Stres Jika Tak Sepandai Anak Orang Lain. Ada Rezekinya!

Share

Kenapa ibu-ibu nak stres jika anak kita tidak sepandai anak kawan-kawan yang lain? Sampaikan kita tak perasan yang perbandingan ini buatkan anak rasa dirinya tak boleh mengembirakan ibu bapa. Jika selalu sangat dibanding-bandingkan risau anak akan bertindak luar jangkaan.

Ingat anak bukan trofi kita. Dia adalah anugerah yang diamanahkan untuk kita membentuknya dengan bijak dan penuh hormat.

Sikap berjaya yang perlu kita pegang di dalam mendidik anak-anak adalah; Setiap anak ada kelebihan dan kelebihan ini sangat berkait dengan jalan untuk dia menambah kehebatan di dunia ini.

Bagi menjadi seorang yang hebat dalam mengindahkan dunia ini, caranya pelbagai. Ada yang bijak bermain bola, maka dia menjadi hero di dalam bidang itu dan menjadi inspirasi kepada orang lain, contohnya Pele, Beckham, Ronaldo dan ramai lagi. Jika keistimewaannya dalam bidang memasak, maka kita boleh lihat contoh seperti Jamie Oliver, Chef Wan dan ramai lagi. Jika kehebatannya di dalam ilmiah, Sains dan seperti itu, kita boleh lihat Hawking, Einstein dan ramai lagi.

Pendek kata tidak adil kita mengukur siapa paling pandai jika ukurannya hanyalah satu. Ikan tidak akan nyata pandai jika ukuran kita hanya siapa paling cepat memanjat. Maka tentulah monyet dan segala kaum kerabatnya. Namun, jika ukuran kita termasuk siapa boleh berenang paling cepat, maka itu bolehlah si ikan ada peluang untuk menang juga.

Tak perlu stres dan berlawan dengan kawan-kawan yang suka sangat membandingkan anaknya dengan kebolehan anak anda.

Anda hanya perlu tahu bahawa anak anda yang mungkin sekarang lambat sikit di dalam bidang yang dibandingkan itu, ada kelebihannya tersendiri. Berkat keyakinan, kepercayaan dan tunjuk ajar yang penuh hormat dan kasih-sayang anda kepada anak ini, dia akan membuatkan anda bangga dan anda akan berasa sangat bersyukur mengandung dan membesarkannya.

Stop being stressful and start being grateful. Berhenti stres tak menentu dan mulalah BERSYUKUR dan yakin Allah itu MAHA TAHU dan dia memberi yang terbaik kepada setiap hambaNya mengikut kehebatan hambaNya.

Ini termasuklah anak-anak yang dilahir ‘istimewa’. Bukan calang-calang ibu bapa yang boleh membesarkan anak itu dengan sempurna.

Sumber: Ibu Rose

 

Published by
Wan Amy