Anak saya pelat? Seringkali ibu bapa datang dengan komplen macam ni – “Anak saya dah cakap banyak, tapi masih pelat. Apa maksud ibu bapa anak PELAT?
Menurut Terapis Pertuturan Bahasa, Nor Azizah Nordin ada tiga kategori anak pelat yang perlu ibu bapa tahu si kecil anda di peringkat mana.
Sebenarnya proses ini adalah NORMAL bagi anak-anak di bawah umur 5 tahun. Selepas umur 5 TAHUN, jika anak2 masih lagi tidak meyebut bunyi dengan betul, berjumpalah dengan Terapis Pertuturan-Bahasa untuk membuat penilaian. 5 tahun bukan mengikut Umur anak… TETAPI mengikut UMUR BAHASA anak.
Macamana nak tau UMUR BAHASA anak?
Pada Usia 5-6 tahun,
– Anak telah menghasilkan ujaran 5-6 perkataan
– Dapat menamakan 6 warna asas dan 3 bentuk asas
– Dapat menamakan hari dalam seminggu mengikut turutan
– Dapat mengira 1-30 dengan hafalan
– Menceritakan sesuatu perkara dengan tepat
– Kerap bertanya maksud perkataan yang abstrak
– Bahasa dan pertuturan menyamai orang dewasa
(* dipetik dari penanda buku Persatuan Speak)
Jika anak anda masih belum mencapai peringkat bahasa seperti di atas, dia mungkin masih belum mencapai UMUR BAHASA 5 tahun. DAN PELAT masih lagi merupakan Proses NORMAL nya.
TERAPI BAGI ANAK PELAT
Sebelum membuat Latihan, perlu dipastikan:-
1. Anak mendengar bunyi yang betul – Telinga
2. Anak memproses bunyi yang didengar – Otak
3. Anak bersedia untuk menyebut bunyi yang betul – Mulut
Dalam sesetengah kes, pendengaran yang perlu difokuskan dahulu (seperti bagi masalah anak kurang pendengaran).
Sesetengah kes yang lain, struktur mulut yang perlu dilihat.
Dalam kes terpinggir pula, mungkin Otak yang tidak memproses bunyi dengan baik.
Kesemuanya memerlukan terapi.
Oleh itu, biasanya latihan akan dimulakan dengan
1. Latihan Mendengar Perbezaan Bunyi
2. Latihan Sebutan bagi bunyi yang salah (pelat)
Bagaimana menjalankan latihan?
1. Latihan Mendengar Perbezaan Bunyi (Rujuk Buku Coklat)
Contoh: Anak sebut “TATAK” untuk “KAKAK” – bunyi /K/ ditukar ke bunyi /T/.
i. Cari gambar “Perbezaan /T/ dan /K/”. (Buat Carian dari Kandungan buku)
ii. Buka mukasurat yang berkenaan. Letakkan di hadapan anak. (Contohnya saTu Vs saKu)
iii. Ibu sebut setiap gambar “Satu” dan “Saku” sambil tunjukkan gambar satu persatu kepada anak.
iv. Ibu minta anak tunjuk kepada gambar apabila ibu sebut setiap satu gambar secara rawak.
v. Perhatikan. Adakah anak dapat tunjukkan gambar “SATU” dan “SAKU” dengan betul?
Jika TIDAK, ulang latihan ini sehingga anak dapat membezakan “SAKU” dan “SATU”
Jika YA, latihan peringkat ke2 boleh diteruskan.
Latihan untuk anak pelat ini perlu dijalankan secara intensif untuk mendapat hasil yang baik. Sentiasa berhubung rapat dengan Terapis Pertuturan-Bahasa untuk memastikan latihan dijalankan dengan betul.
SLT Nor Azizah
Terapis Pertuturan-Bahasa