Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dilaporkan telah mencalarkan 10 buah kereta Audi dengan menggunakan batu kecil yang dipegang olehnya ketika sedang berlari-lari. Kejadian tersebut berlaku di sebuah bilik pamera kereta di Guilin, China.

Kejadian tersebut menjadi lebih teruk apabila antara kereta yang dicalarkan adalah jenis Audi Q8 terbaru bagi tahun 2020.

Anak Calarkan 10 Buah Kereta Audi, Ibu Bapa Bayar Ganti Rugi RM41,415

Syarikat Tuntut Ganti Rugi

Peniaga kereta pada mulanya menuntut 200,000 yuan (RM118,331) untuk pampasan bagi kerosakan yang ditanggung, tetapi ibu bapa kanak-kanak tersebut tidak bersetuju untuk membayar ganti rugi itu.

IKLAN

Kereta itu terpaksa dijual di bawah harga pasaran dan pengedarnya boleh dikenakan tindakan sekiranya pembeli mendapat tahu keretanya telah dicat semula.

Anak Calarkan 10 Buah Kereta Audi, Ibu Bapa Bayar Ganti Rugi RM41,415

IKLAN

Bawa Kes Ke Mahkamah

Gagal mencapai persetujuan, kedua-dua pihak itu kemudian membawa kes itu ke mahkamah untuk dibicarakan.

IKLAN

Pada 3 Disember, kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak meneruskan tindakan undang-undang dan pasangan itu terpaksa membayar ganti rugi kepada pengedar kereta itu sebanyak 70,000 yuan (RM41,415).

Mahkamah Beri Peringatan

Mahkamah turut memberi peringatan kepada pasangan itu untuk mengawasi dan mendidik anak mereka agar tidak merosakkan harta benda orang lain.

Sumber: AsiaOne

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI