Semua mesti tahukan yang anak ni CCTV terbaik di seantero dunia. Storage mereka tak ada limit, berapa juta gig pun diaorang boleh rekod. Kamera pula bukan calang-calang, bukan Full HD lagi tapi 6D nampak real.
Kita kena jaga tingkah laku kita bila berdepan anak ni. Bukan apa, takut kita Self-Sabotage diri sendiri. Macam mana anak nak dengar cakap kita kalau kita sendiri sabotage kredibiliti kita sebagai seorang ibu bapa.
Berikut perkongsian dari seorang bapa yang suka berkongsi tip keibubapaan, Mohd Fhais.
Contoh sabotage diri sendiri
1 – Cakap Tak Serupa Bikin
Suka sangat cakap sesuatu yang diri sendiri tak sampai hati nak buat pun.
“Aiman nak kena pukul dengan besi buai adik ni ke?” (Kebetulan tengah buai adik masa tu)
2 – Suka Ugut Anak
“Aiman nak pergi mandi sekarang, kalau tidak mama sebat dengan getah paip tu”
Memang ugutan ni mula-mula kita guna anak mudah ikut tapi lama kelamaan diorang akan jadi lali dan jadi tak takut dah. Dan yang paling worst, kita pun upgrade ugutan tu jadi lebih tinggi bahayanya.
Berhenti ugut anak, percayalah tak orang dalam dunia ni yang suka di ugut.
3 – Selalu Guna Kata Sindiran atau Troll
“Eh aiman tak dengar ke mama panggil tadi? Telinga letak kat lutut ke?”
Sindiran ni biasanya terjadi kerana kita bercakap guna otak emosi dan bukan otak logik. Jadi kawal emosi dan kawal la mulut tu.
Nampak simple tapi sindiran-sindiran inilah yang akan jadi parut emosi anak yang berpanjangan.
4 – Marah Tak Bertempat
Lepas penat buat kerja anak datang nak mengendeng, kita marah
Balik kerja baru nak buka kasut anak dah datang tanya macam-macam, kita marah
Rumah baru mop, anak tumpahkan air pun kita marah.
Aduh, senang-senang dapat label “Pemarah” dari anak-anak.
5 – Jadi Tunggul Kayu Di Rumah
Jasad dah sampai rumah, tapi roh tak sampai sampai. Anak dengan dunia anak, kita dengan dunia kita.
Bila “self presense” ( keberadaan ) kita tak di rasai lama kelamaan anak akan jadi makin jauh dengan kita. Itu self sabotage paling bahaya.
⛔ Anak makin degil
⛔ Jadi childhood trauma
⛔ Parut emosi
⛔ Mula menagih perhatian dengan cara negatif
⛔ Jadi attention seeker
Ramai mak ayah sekarang depan orang lain bukan baik lagi. Depan orang adab terjaga rapi, mulut sopan je bila bercakap dan lembut yang amat. Orang kata pijak semut pun tak mati.
Tapi bila depan anak adab entah ke mana, mulut jadi longkang dan bukan setakat semut di pijak kadang anak pun di pijak pijaknya. Allahu..
Terbalik pula. Berhenti la tagih pujian orang lain, pujian dari anak tu yang lebih baik.
Jom pakat dengan pasangan kita lumba siapa dapat pujian paling banyak dari anak anak.
Sumber: Mohd Fhais
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI