Apabila merasakan dirinya tidak difahami, anak akan cenderung untuk tantrum atau buat perangai. Sebagai ibu ayah, menjadi tanggungjawab kita untuk cuba memahami keadaan mereka dan bantu anak untuk bertenang. Bukan mudah untuk kita mengawal emosi sendiri kerana aoabila anak tantrum pasti saja kita juga akan mudah naik marah.
Menurut perkongsian dari penulis keibubapaan, Wawa Shauqi, apabila anak rasa dirinya difahami, dia akan lebih mudah untuk bertenang. Katanya lagi, kalau ada mula mengamuk, ibu ayah boleh ingatkan diri bahawa ada cara untuk tenangkan mereka.
Ikut penulisan lanjut ini;
ANAK LEBIH CEPAT BERTENANG BILA RASA DIRI DIFAHAMI
Diulang. ‘Anak lebih cepat bertenang bila rasa diri difahami.’
Ads
Saya teringat anak saya pernah meraung kat Sunway Lagoon. Semata-mata sebab dia teringin makan capati. Kau tengah berseronok dalam tu, tiba-tiba dia petik benda yang tak wujud kat tempat tu. Aje yang bikin panas. Dah la banyak mata yang memerhati. Mujur saya teringat ‘quote’ kat atas tu. Saya pun duduk depan anak. Pandang mata dia dan cakap dengan tenang. “Aqlan tiba-tiba teringin makan capati ke?” Anak saya mengangguk. Tiba-tiba tangisan dia tadi turun dari skala 10 ke skala 5. “Mama pun teringin. Sedapnya kalau dapat makan capati kan. Tapi Aqlan, kat sini tak ada jual capati. Apa kata kita cari makanan lain dulu. Keluar nanti, kita cari kedai yang jual capati.” Ibarat hujan lebat yang berhenti tiba-tiba. Aqlan terus mengangguk, senyum dan jawab sepatah “OK”. Mak pulak yang konfius. Macam kena game pun ada. Memang betullah. Ajaib betul emosi anak boleh mereda bila mereka rasa diri difahami.
Anak sulung saya pun pernah mengamuk. Semata-mata ter-kaler orang dengan warna coklat gelap. Kalau ikut logik akal sendiri, rasa nak mengamuk balik pun ada. Benda kecik boleh setel gini pun nak mengamuk. Sebelum mengamuk, saya ingat balik ‘mantra’ kat atas ni. Saya pun cakap pada dia. “Ammar tak suka warna macam ni? Nampak buruk? Ammar rasa rosak dah lukisan Ammar?” Bertalu-talu anak saya mengangguk, membalas pertanyaan saya. Ajaibnya, amukan anak saya tadi terus reda. “Nak mama tolong tak? Mama cuba padam, lukis balik. Kemudian kita test kaler lain kat kertas lain sebelum kaler balik, ok?” Macam orang rasuk kena jampi, dia terus ok. Siap senyum lagi. That easy!
Lepas ni, kalau anak korang mengamuk, repeat ayat kat atas tu. Untuk ingatkan diri,
Ads
‘Ok relax. Ada cara nak tenangkan dia’. Teknik ajaib ni dinamakan VALIDATION.
Bila anak rasa emosinya divalidasi, ada 3 KESAN POSITIF yang berlaku : ✅️ Spark otak rasional untuk connect dengan otak emosi. ✅️ Anak lebih tenang sebab rasa diri difahami. ✅️ Anak akan belajar gunakan perkataan untuk ekspresikan apa yang mereka rasa di lain hari akan datang.
Ads
Dan yang paling penting, dalam jangka masa panjang, kita mendidik anak mencari solusi. Kita membiasakan anak menggunakan otak rasional untuk kawal emosi. Bukan biarkan diri dikuasai emosi.
Kadang-kadang anak ni bukannnya berniat nak mengamuk pun tetapi apabila keinginan mereka tidak difahami mulalah emosinya terusik. Itulah kemudiannya diikuti dengan situasi tantrum yang membuatkan kita sebagai ibu ayah pula nak marah. Cuba fahami situasi mereka, kendalikan dengan tenang pasti boleh selesai dengan cara baik.
Banyak kematian melibatkan bayi tersedak susu dicatatkan di negara kita. Hal ini membuktikan masalah anak tersedak dan tercekik makanan adalah masalah yang tidak boleh dipandang ringan.
Tapi janganlah terlampau panik sampai anak pun jadi takut. Bertenang sekejap dan ini mama papa boleh lakukan secara pantas.
#Langkah 1 – Halakan Kepala Ke Bawah
Bagi bayi di bawah umur 1 tahun, sebaiknya anda menepuk di belakang badan menggunakan tapak tangan sehingga lima kali sehingga bayi anda mengeluarkan sendawa.
Dengan menggunakan lengan dan paha anda, posisikan kepala dan muka bayi menghala ke bawah dan tepuklah sebanyak lima kali.
#Langkah 2 – Elak Keluarkan Objek
Jika anak-anda tersedak atau tercekik, tetapi masih boleh bernafas dan bercakap, ini bermakna laluan pernafasan masih ada. Ketika ini jangan cuba mengeluarkan objek atau makanan yang tersekat kerana ia mungkin akan menolaknya lebih dalam lagi.
Apa yang perlu anda lakukan adalah mencuba untuk anak kecil anda batuk dengan sendirinya sehingga dia benar-benar pulih. Biarkan dia bernafas seperti biasa.
#Langkah 3 – Menekan Perut
Jika kanak-kanak itu masih dalam keadaan sedar tetapi tidak boleh bernafas atau bercakap atau mukanya sudah mula menjadi biru, apa yang perlu anda lakukan adalah menggunakan teknik menekan perut. Namun anda harus melakukan teknik yang tepat.
Sebagai ibu, tidak salah jika anda mempelajari teknik ini supaya mampu menyelamatkan anak kecil anda.
#Langkah 4 -Minta Bantuan Kecemasan
Namun jika anak anda sudah tidak boleh bernafas, ada baiknya anda segera meminta bantuan kecemasan.
Pastikan anda menyimpan nombor kecemasan seperti nombor hospital terdekat atau ahli keluarga dan jiran yang dirasakan mampu membantu anda. Sementara menunggu bantuan kecemasan tiba, kaedah paling tepat adalah melakukan kaedah CPR kepada anak kecil anda.
Kanak-kanak?
Bagi kanak-kanak pula, apa yang anda boleh lakukan adalah dengan memeluk anak dari belakang dan letakkan tangan di bawah dadanya atau di atas perut.
Kemudian tarik atau ‘sentak’ sedikit kuat supaya makanan yang tersangkut terkeluar dengan sendirinya. Lakukan beberapa kali supaya keadaan anak kembali pulih. Buat dengan yakin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tak makan ayam bahagian ‘thigh’ tapi ada bau hanyir? Jika ada bau yang kurang menyenangkan, maknanya ada satu bahagian yang tak dibuang dengan betul. Ramai yang tak perasan pun tapi bila diteliti baru nampak.
Mungkin ada mak-mak yang dah tahu dan ada juga yang tak pasti mana yang perlu dibuang. Kalau nak tahu pastikan kantung bulat berhampiran tongkeng dibuang terlebih dahulu, sebelum ayam tersebut dibasuh bersih.
Berikut perkongsian tip daripada Puan Nurulasyikin Jamaludin.
Ada sikit perkongsian tip pembersihan ayam supaya tak berbau najis dan hanyir (bau reban), sebelum ni saya dah share kat wall saya”“Kalau nak elakkan ayam bau najis, sila buang kantung bulat yang saya bulatkan tu. Kantung tu orang cakap kelenjar tapi memang berbau njis. Kebanyakan kantung tu berbentuk separuh bulat sebab dah terpecah masa ayam diproses.
So kena perati betul-betul sebab warna kantung tu macam warna daging ayam, kedudukannya betul-betul kat bawah tongkeng ayam tu. Buang jangan tak buang.”
Sepit sikit dengan pisau, pastu tolak je. Kantoi kat kedai makan saya terjumpa mende ni kat ayam goreng depa, patutla bau semacam. Tobat tak pegi dah. Buang juga bahagian-bahagian yang geleber-geleber bawah thigh tu, juga bahagian-bahagian yang anda tak suka dan yang part kotor (paru-paru dia paling kuat bau).
Cuci Dengan Tepung Gandum
Last sekali, cuci ayam pakai air yang dicampur tepung gandum (tepung lain boleh jugak, tapi tepung gandum paling berkesan). Letak sesudu pun dah ok, gaul-gaul dan bilas. Boleh try bau sendiri beza dia sebelum dan selepas, then baru boleh masak apa-apa je yang anda suka yea, gerenti selera sabab dah tak hanyir.
Semoga perkongsian ni berguna untuk semua terutama pada yang belum tau tu yea, selamat memasak semua.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi bila bersihkan ayam, pastikan buang kantung/ kelenjar tersebut, bagi elak bau hanyir bila dah masak.
Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/
Rutin sebelum masuk tidur yang dibuat secara konsisten dapat membantu anak-anak tidur lama dan nyenyak. Ini salah satu cara untuk anda habiskan masa berkualiti dengan mereka.
Para saintis mengatakan rutin sebelum masuk tidur ini dapat membantu anak-anak untuk mereka membesar dengan kemampuan untuk berkomunikasi dan berdikari.
Kebanyakan ibu bapa kurang peka dengan kebaikan melakukan rutin ini. Perkara yang sebenanrnya jika rutin ini dibuat setiap hari, ia dapat mengurangkan stres ibu dan ayah. Anak-anak pula akan merasa lebih disayangi, tingkah laku mereka akan menjadi lebih baik dan sentiasa bersedia untuk belajar.
Pa&Ma senaraikan aktiviti yang boleh anda lakukan dengan anak-anak:
MEMBACA BUKU
Melakukan rutin ini membuka ruang untuk anak-anak bermanja dengan anda. Ketika anda bacakan buku untuk mereka, biarkan mereka dalam pelukan atau berbaring atas riba. Waktu membaca juga membantu anak-anak belajar pelbagai konsep baharu, penggunaan bahasa yang lebih luas dan membuka minat mereka untuk membaca.
GOSOK GIGI DAN PAKAI BAJU TIDUR
Aktiviti ini dapat membina sifat berdikari serta kemahiran mereka menguruskan diri sendiri.
MINUM AIR MASAK
Selepas minum air, selimutkan mereka dan kucup dahi mereka. Itu salah satu cara mereka tahu yang anda benar-benar mengambil berat tentang diri mereka.
BERITAHU ANAK, ANDA SAYANGKAN MEREKA
Bukan itu saja, beritahu juga betapa anda bangga dengan mereka. Sebut juga setiap perkara possitif yang mereka lakukan sepanjang hari dan sentiasa ingatkan mereka jika ada yang tidak betul mereka lakukan.
Kalau ada perkara nakal yang mereka buat, tegur dengan berhemah sebelum menghukum. Jangan lupa untuk beritahu anak anda yang mereka itu manusia kegemaran anda di seluruh dunia!
PELUK ANAK-ANAK
Berikan mereka pelukan waktu malam dapat menyalurkan rasa sayang dan kebaikan kepada mereka tanpa perlukan berkata apa-apa.
Bukan sahaja semua kebaikan ini akan anda perolehi, bahkan rutin ini dapat membuka ruang untuk anda menjadi pendengar yang baik untuk anak-anak. Ketika di dalam bilik tidur, keadaan sunyi dan tenang. Anak-anak akan lebih terbuka untuk bercerita kepada anda. Setiap kerisauan, kegembiraan atau apa saja yang mereka rasakan akan mereka kongsikan dengan anda.
Perasan atau tidak, anak-anak suka bersembang ketika mahu lena? Anda pula menyuruh mereka terus tidur tanpa mahu mendengar cerita mereka. Itu sebenarnya yang menjadi punca mengapa anak-anak berahsia dan ‘menjauh’ dari anda. Cubalah rutin ini dan mungkin anda dapat lihat sendiri perubahannya kepada anda sekeluarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.