Roti dan bijirin merupakan sumber karbohidrat yang baik untuk anak-anak. Ia boleh dimakan begitu sahaja atau resipinya boleh dipelbagaikan untuk memikat selera anak. Selain memberikan rasa kenyang, roti dan bijirin juga membantu tumbesaran si manja.

Sekiranya diberikan peluang sudah tentu anak-anak lebih sukakan rasa roti manis. Pastikan kita bijak memilih roti terbaik buat mereka. Roti mempunyai vitamin B6, vitamin E, magnesium, asid folik dan zink.

Untuk bijirin pula, ia dapat meningkatkan mood anak-anak sekiranya dimakan pada waktu pagi. Ia juga membantu untuk membekalkan tenaga pantas kepada mereka.

Oleh itu, Pa&Ma telah memilih SUSU sebagai salah satu superfood yang diketengahkan di dalam sesi live #pamaselerasimanjagolive yang telah bersiaran bermula 22-26 Februari 2021. Terdapat lima resipi berasaskan roti dan bijirin telah dikongsikan oleh Pn Fadlyani Sharidah Mohd Fadzil sepanjang minggu ini.

Jom tengok 5 resipi menarik berasaskan ROTI & BIJIRIN ini :

ROTI PISANG (Sesuai untuk anak lapan bulan ke atas dan tiada alahan makanan)

Anak Cepat Kenyang, Bertenaga! Ini 5 Resipi Berasaskan Roti & Bijirin Yang Patut Ibu Cuba

BAHAN-BAHAN :
1-2 keping roti
1 biji pisang
1 biji telur
Sedikit mentega tanpa garam

CARA MEMBUAT :

1. Leperkan roti.
2. Letakkan pisang di hujung roti dan gulung kemudian sapu telur untuk sebagi gam untuk melekatkan.
3. Celupkan roti tadi dalam telur yang telah dipukul.
4. Panaskan mentega dan goreng sampai kekuningan.

ROTI GORENG (Sesuai untuk anak lapan bulan ke atas dan tiada alahan makanan)

IKLAN

Anak Cepat Kenyang, Bertenaga! Ini 5 Resipi Berasaskan Roti & Bijirin Yang Patut Ibu Cuba

BAHAN-BAHAN :
1-2 keping roti
1 biji telur
Sedikit emping parsli
Sedikit serbuk ayam toddible
Sedikit serbuk labu toddible
Sedikit serbuk cendawan toddible
Sedikit mentega tanpa garam

CARA MEMBUAT :

1. Potong roti ikut kesukaan anak makan.
2. Pecahkan telur dan campurkan semua serbuk dan emping parsli.
3. Celup roti tadi ke dalam telur.
4. Panaskan mentega dan goreng roti sehingga masak.

ROTI KEJU (Sesuai untuk anak lapan bulan ke atas dan tiada alahan makanan)

Anak Cepat Kenyang, Bertenaga! Ini 5 Resipi Berasaskan Roti & Bijirin Yang Patut Ibu Cuba

IKLAN

BAHAN-BAHAN :
1-2 keping roti
Sedikit keju blok
1 biji telur
Sedikit serbuk ayam dara toddible
Sedikit serbuk labu toddible
Sedikit herba campuran
Sedikit mentega tanpa garam

CARA MEMBUAT :

1. Leperkan roti dan letak keju yang dipotong nipis di hujung roti.
2. Gulungkan roti dan keju tadi. Sapukan sedikit telur pada hujung roti sebagai gam.
3. Celup gulungan roti tadi dalam telur
4. Panaskan mentega dan goreng roti sehingga kekuningan.

BROWN RICE FLAKE MADU (Sesuai untuk anak berumur setahun ke atas. Untuk anak bawah setahun, boleh gantikan madu dengan puri kurma atau mentega kacang untuk bayi)

Anak Cepat Kenyang, Bertenaga! Ini 5 Resipi Berasaskan Roti & Bijirin Yang Patut Ibu Cuba

BAHAN-BAHAN :
1 cawan kecil emping beras perang toddible
2 sudu madu kelulut atau madu asli secukupnya
100gm mentega tanpa garam

IKLAN

CARA MEMBUAT :

1. Cairkan mentega dan masukkan emping beras perang. Kacau rata.
2. Masukkan dua madu sudu dan kacau cepat. Jangan biarkan hangit.
4. Letak campuran tadi dalam acuan yang sesuai.
5. Masak dalam microwave selama tiga minit pada suhu 380 darjah selsius.

BROWN RICE FLAKE SUSU DAN BUAH (Sesuai untuk anak berusia enam bulan ke atas dan tiada alergi kepada sebarang bahan. Boleh tukar buah mengikut kesukaan anak)

Anak Cepat Kenyang, Bertenaga! Ini 5 Resipi Berasaskan Roti & Bijirin Yang Patut Ibu Cuba

BAHAN-BAHAN :
1 cawan emping beras perang toddible
2 biji strawberi | dipotong nipis
1 cawan beri biru
1 biji pisang | dipotong nipis
Susu ebm / susu segar / susu formula secukupnya

CARA MEMBUAT :
1. Masukkan emping beras perang ke dalam mangkuk.
2. Tuangkan susu.
3. Susun buah atas emping dan susu tadi.

Mahu resipi superfood yang lain : Klik SUSU, MAKANAN SUNNAH atau BUAH & SAYUR

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI