Anak Cepat Mengamuk, Tak Dengar Cakap, Tak Boleh Diusik? Mohon Rawat Tingkah Laku Ini Sebelum Melarat

Share

Adakah anak anda cepat mengamuk, tak dengar cakap, tak boleh diusik kalau tengah main? Sebenarnya tingkah laku ini perlu diberikan rawatan oleh pakar dengan segera sebelum ia melarat dan hilang kawalan.

Biasanya ibu ayah akan menurut kemahuan anak yang mempunyai tingkah laku begitu kerana tidak mahu amukan menjadi makin teruk tetapi sebenarnya cara merawat mereka adalah dengan ketegasan dan jangan turutkan kemahuan mereka yang tak masuk akal.

Puan Liyana Raya, Occupational Therapist yang banyak mengendalikan kes kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku dan perkembangan lewat berkongsikan pengalamannya mengenai kanak-kanak ini.

TINGKAH LAKU ANAK
Mohon kawal sebelum mereka hilang kawalan!

Saya faham, ramai yang takkan setuju dengan cara saya yang sangat tegas, bukan sahaja dengan anak sendiri, malah dengan kanak-kanak lain yang saya jumpa (terutama sekali yang ada masalah developmental delay + sensory processing disorder).

TAPI, TAHUKAH ANDA?
Bila mana anak anda tantrum atau mengamuk kerana selama ini kemahuan mereka diikuti, anda banyak mengalah sebab tak nak layan amukannya, dan tiba-tiba bila saya ‘mencabar’ keinginan mereka, mereka mengamuk dan terus berubah menjadi seorang yang ganas, akibat daripada sikap ibu bapa yang selama ini mengiakan saja kemahuan anak mereka. Dan saya berharap saya tidak harus disalahkan kerana tiba-tiba menaikkan kemarahan anak anda.

LET ME TELL YOU ONE THING!
Just one thing. I’m sure ramai yang takkan suka.

Tuan/Puan,
Dunia ini banyak cabarannya.
Kita mungkin boleh mengalah dengan setiap keinginan anak, tapi bolehkah nanti apabila mereka berhadapan dengan dunia luar yang penuh cabaran, orang di luar sana boleh melayani seluruh kemahuan anak anda?

TIDAK & TIDAK DAN TIDAK SAMA SEKALI!
Di sekolah, anak-anak harus dengar cakap cikgu, bukan cikgu yang dengar cakap anak, setuju?

Ketika bersosial, konsep sharing dan turn taking harus dititiberatkan.

Dah kalau saya bagi simple arahan, just a simple arahan, suruh simpan mainan saja. Anak mengamuk mcam satu bangunan boleh dengar, is it proper?
Hanya kerana saya nak share main sekali permainan yang dia mainkan, ditolaknya saya sampai saya terjatuh, is it normal?

TIDAK!

Anak-anak yang ada masalah tingkah laku di bawah harus mendapatkan rawatan segera:

1. Langsung tak boleh diusik perkara yang dia tengah khusyuk main.

2. Suka grab barang dari tangan orang lain, instead of meminta ‘nak’/ ‘i want’

3. Mengamuk yang melampau sehingga anda sendiri berasa sukar untuk bawa anak keluar ke mana-mana.

4. Tingkah laku luar kawalan di mana suka hati berlari ke sana ke mari tanpa memikirkan bahaya sekeliling.

5. Langsung tidak mahu mendengar cakap. Hanya cakap dia sahaja yg betul.

6. Selalunya memilih makan yang keterlaluan (gustatory processing disorder)

7. Tak boleh tolerate dengan benda yang dia tak suka. Yang dia tak suka, that’s it. Jangan bagi. Kalau bagi, for sure mengamuk (contohnya gunting rambut, tengok cerita tertentu dan sebagainya).

Anak-anak seperti di atas adalah common case of behavior problem (masalah tingkah laku) yang saya jumpa kebelakangan ini. Mereka harus diberikan rawatan dengan kadar segera.

Saya akan buatkan rawatan yang dikenali sebagai ‘behavior modification’. Rawatan ini memerlukan saya untuk bersikap tegas dengan perbuatan yang salah, tidak melayan kehendak anak, dan memuji melambung bila anak buat perkara yang betul.

Tapi untuk menjalankannya, ia adalah sangat sukar dan saya memohon ibu bapa supaya bersabar sebab saya nak treat anak. Kalau tak bermula dengan saya, harus dimulakan dengan siapa lagi??

Pernah ada parents menitik air mata, melihat saya bertegas dengan anak mereka sewaktu sesi terapi yang saya jalankan. Macam-macam saya jumpa.

Tapi jangan risau. Saya ada cara saya tersendiri. Usually mmg ambil masa. Tapi percayalah, it’s truly worth it. Today, ada 5 kes. Satu kes adalah kes baru, jadi belum boleh tolerate dengan cara saya. Satu lagi kes, saya dah jumpa selama 6 sesi dan alhamdulillah, hari ni, after 6 sesi, sudah boleh ikut cakap saya dan saya sangat happy. Boleh increase tahap kesukaran aktiviti. Ini yang saya suka. Ada improvement.

Bawa bersabar dengan cara saya. Dalam hati saya doa juga banyak-banyak.

Saya suka kalau perkongsian ini reach kepada lebih ramai manusia yang bergelar ibu bapa seperti anda.

Sumber: Liyana Raya

Published by
Hasnita Sawal