Mengembangkan kecerdasan anak bukan bermaksud kita hanya memberi peluang kepada anak mengikut minatnya semata-mata tetapi dengan interaksi sehari-hari ibu juga boleh merangsang anak agar mereka lebih bijak.
Seawal usia dua tahun kita sebagai ibu bapa sudah boleh mengembangkan kecerdasan anak. Namun ia tidak boleh dipaksa. Buat berdasarkan kemampuan anak kerana kita mahu anak rasa tidak seronok dan tertekan.
Berikut adalah beberapa cara mengembangkan kecerdasan anak iaitu:
Mengetahui minat kanak-kanak
Mengenali minat kanak-kanak yang semakin membesar pada satu-satu bidang sangat membantu untuk mengenali potensinya. Misalnya kanak-kanak suka membaca buku, bersenam, bermain muzik atau memasak. Dengan mengetahui minat anak akan lebih mudah untuk mengajar mereka melalui perkara yang menjadi minat atau kesukaannya itu, sehingga proses belajar menjadi lebih menyenangkan.
Ads
Mendorong anak agar bertanya
Dalam setiap kesempatan, dorong anak untuk bertanya. Rasa ingin tahunya merupakan modal untuk mengajar pelbagai pengetahuan baru.
Mengajar anak mencari jawapan
Ads
Setelah anak bertanya, secara automatik akan lahir rasa ingin tahu pada anak. Sebaiknya jangan terus memberikan jawapan, tetapi ajaklah anak untuk mencari jawapannya bersama-sama, misalnya dengan membuka buku atau cara lain sehingga imaginasi kanak-kanak menjadi lebih terbuka.
Membina rasa ingin tahu atas jawapan yang diberikan
Jangan bosan menjawab soalan dari anak ketika anak bertanya terus-menerus. Satu maklumat baru yang diterimanya saling berkaitan antara satu sama lain sehingga anak akan membina kesimpulan sendiri.
Melakukan permainan yang menyelesaikan masalah
Ads
Banyak permainan yang boleh membantu kanak-kanak mengembangkan kemampuannya untuk menyelesaikan masalah, contohnya bermain membuat bentuk daripada lego, membina ayat, dan sebagainya.
Mendorong anak untuk meminati perkara yang lain
Walaupun kanak-kanak mempunyai minat pada bidang muzik, namun ibu bapa juga perlu memperkenalkan kepada aktiviti sukan supaya anak tahu. Sekurang-kurangnya dia tidak fokus pada satu perkara sahaja dan serba boleh.
Oleh itu, ibu bapa kena pastikan apa yang dilakukan untuk anak bukan semata-mata paksaan tapi biar anak itu sendiri rasa seronok.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kanak-kanak yang mempunyai kelewatan dalam perkembangan contohnya seperti autism, kebanyakannya tidak memberikan respon kepada nama secara konsisten. Ini menyukarkan kita untuk menarik perhatian mereka dan akan menyukarkan mereka untuk bersosial kerana mereka kurang sedar yang ada orang lain sedang bercakap dengan mereka. Tapi perlu diingat bahawa kanak-kanak yang tidak memberikan respon pada nama tidak semestinya mempunyai autism.
Bagaimana mengajar anak untuk memberikan respon pada nama mereka? Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda lakukan di rumah seperti yang dikongsikan oleh Pakar Patologis Pertuturan-Bahasa, Aishah Kassim
Memberi respon dalam situasi berasingan
Dalam langkah yang pertama ini, kanak-kanak diajar untuk memberikan respon di dalam situasi yang kurang gangguan seperti mainan, tv, gajet dan lain-lain. Anda boleh meletakkan mereka di dalam sebuah bilik atau di meja makan yang kurang terdapat gangguan.
Duduk bersama anak anda dan sediakan sesuatu yang disukai anak anda seperti mainan, makanan, peluk, geletek dan sebagainya untuk dijadikan peneguhan atau hadiah jika anak memberikan respon kepada nama
Tunggu sehingga kanak-kanak berpusing atau pandang ke arah lain dan sebut namanya. Jika anak melihat ke arah anda, berikan hadiah yang telah anda pilih tadi.
Setiap kali anda memberikan hadiah kepada mereka, jangan lupa untuk memberitahu mereka sebab anda memberi hadiah. Seperti “pandai.. adik tgk mama”
Sebut nama beberapa kali. Jika kanak-kanak tidak memberikan respon anda boleh cuba untuk melambai, atau mengetuk meja atau menyentuh tangan atau bahu mereka untuk menarik perhatian.
Lakukan latihan berulang kali sehingga kanak-kanak dapt memberikan respon sebanyak 80% konsisten.
Memberi respon dalam situasi terkawal
Setelah kanak-kanak dapat memberikan respon dalam keadaan yang kurang gangguan, anda boleh teruskan latihan di tempat yang lebih banyak gangguan seperti di ruang tamu yang mana terdapat tv dan mainan lain di sekitar
Lakukan langkah pengajaran yang sama seperti yang pertama.
Jika kanak-kanak tidak memberi respon, tinggikan atau kuatkan suara anda untuk menarik perhatian mereka. Beri hadiah jika mereka memberikan respon.
Biarkan mereka bermain seketika dengan mainan atau hadiah yang diberi. Ini adalah untuk melatih mereka untuk memberikan tumpuan pada perkara lain dan keluar daripada situasi fokus 1 hala.
Ulang latihan sehingga anda mendapat 80% respon yang konsisten.
Memberi respon dalam situasi tidak terkawal
Sekarang, mereka perlu dilatih untuk sentiasa bersedia dalam semua situasi.
Tunggu sehingga anak anda sibuk melakukan sesuatu, seperti sedang bermain atau sedang melihat buku dan sebagainya. Pergi berdekatan anak anda dan panggil nama mereka. Tunggu seketika dan lihat sama ada mereka memberi respon atau tidak. Jika mereka memberi respon, berikan hadiah seperti sebelum ini dan beritahu sebab mereka mendapat hadiah tersebut. Jika tiada respon, kuatkan suara anda dan lihat bagaimana mereka memberi respon pada suara yang berbeza.
Teruskan latihan. Jika anak sudah boleh memberi respon dalam jarak yang dekat, anda boleh tambahkan jarak seperti memanggil dari jauh seperti dari dapur, luar rumah dan sebagainya.
Teruskan latihan secara berulang-ulang. Tapi perlu diingat, jangan mengharapkan respon yang sempurna dari anak anda kerana biasanya apabila kanak-kanak terlalu fokus dengan sesuatu, mereka sukar untuk memberikan respon.
Waktu balik sekolah bukan sekadar rutin harian , ia adalah waktu paling kritikal dalam sehari bagi keselamatan anak-anak. Ketika jam menunjukkan 1.00 petang, jalan sekitar sekolah rendah berubah menjadi lautan manusia dan kenderaan. Malangnya, di sinilah banyak insiden tidak diingini berlaku dari terlanggar, tersepit pintu van, hingga kes anak hilang seketika. Ibu bapa perlu buka mata, bukan hanya pada jadual harian, tetapi pada ancaman yang diam-diam mengintai di luar pagar sekolah.
Kenapa Isu Ini Perlu Diambil Serius
Mengikut statistik MIROS (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia), lebih 30% mangsa kemalangan jalan raya melibatkan kanak-kanak berlaku dalam lingkungan 200 meter dari kawasan sekolah.
Tambahan pula, kanak-kanak:
Masih belum dapat menilai kelajuan kenderaan
Sering terganggu perhatian (contohnya bermain sambil berjalan)
Tidak sedar tentang bahaya menyeberang jalan tanpa melihat kiri kanan
Pada 2023, seorang murid tahun 2 di Selangor maut apabila cuba melintas jalan seorang diri selepas van sekolah terlepas pandang menurunkannya di seberang jalan. Ini bukan kes terpencil, ia sedang berlaku dan boleh dicegah.
Kepentingan Mendidik Anak Tentang Keselamatan Jalan Raya
Mendidik anak sejak kecil tentang peraturan jalan raya boleh menjadi “vaksin perlindungan jangka panjang” kepada mereka.
Ajar isyarat tangan semasa melintas
Kenalkan simbol lampu isyarat & papan tanda
Galakkan mereka bertanya jika tak faham situasi jalan raya
Aktiviti menarik: Ramai ibu bapa kini menggunakan pendekatan “role play” di rumah – contohnya bermain “polis trafik” atau buat larian lintas zebra di laman rumah untuk latihan harian.
Keburukan Jika Ibu Bapa Abaikan Keselamatan Ini
Bukan sekadar risiko fizikal, pengabaian keselamatan juga boleh membawa kepada kesan psikologi:
Anak boleh jadi takut ke sekolah
Trauma setiap kali nampak kenderaan besar
Hilang kepercayaan terhadap persekitaran
Kesan jangka panjang: Kanak-kanak yang mengalami kemalangan semasa kecil cenderung menjadi penunggang/pemandu yang cuai atau cemas apabila dewasa, menurut satu kajian keselamatan kanak-kanak oleh WHO.
Tips Praktikal Untuk Ibu Bapa & Penjaga
Antara langkah realistik yang boleh diamalkan:
Warna cerah pada pakaian/aksesori anak – Supaya mudah dikenalpasti di tengah orang ramai
Letakkan tag nama dan nombor telefon dalam beg anak untuk kecemasan
Gunakan payung berwarna terang semasa hujan bukan saja praktikal, tapi bantu visual pemandu
Latih anak naik turun kenderaan secara selamat – Jangan lompat atau berdiri terlalu awal
Beri ganjaran kecil jika anak amalkan peraturan jalan raya dengan betul – seperti sistem bintang harian
Peranan Ibu Bapa, Sekolah & Komuniti
Satu inisiatif menarik yang boleh dicontohi ialah program “Zon Selamat Sekolah” (3S) di beberapa negeri. Ia termasuk:
Had kelajuan khas 30km/j waktu sekolah
Sukarelawan ibu bapa sebagai “marshal” jalan
Jalur kuning & kamera pemantau ditambah
Ibu bapa boleh:
Cadangkan kepada PIBG untuk buat kempen jalan raya bersama polis trafik
Berkongsi peta laluan selamat melalui grup WhatsApp kelas
Wujudkan jadual giliran pengawasan komuniti
“Balik sekolah” mungkin nampak rutin, tapi ia ruang bahaya tersembunyi bagi anak-anak kecil. Ibu bapa, guru dan masyarakat mesti sentiasa berwaspada dan berganding bahu. Ingat! nyawa anak kita tak ternilai. Setiap langkah berjaga-jaga hari ini adalah pelindung untuk masa depan mereka. Jangan tunggu tragedi berlaku baru kita bertindak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada ibu yang bertanya bagaimana dan bilakah kita patut tangan-tangankan anak seperti yang disarankan pepatah? Dan bilakah kita patut mula mendisiplinkan anak?
“Proses disiplin bermula dari peringkat bayi oleh itu kita perlu ‘tangan-tangankan’ anak dari bayi lagi.”
Ini jawapan dari Perunding Parent Connect, Noor Afidah Abu Bakar buat ibu bapa dalam memberi didikan terbaik untuk anak.
Jawapan yang saya berikan ini sering membuatkan ayah dan ibu terdiam sejenak.
Jika disiplin pada tafsiran anda adalah menggunakan kekerasan dan hukuman semata-mata, maka anda silap.
Disiplin bermula dengan membina RASA PERCAYA (trust) dalam diri anak.
Rasa percaya tersebut dibina dengan menggunakan tangan tangan ibubapa.
Ayah dan ibu perlu mengangkat bayi, mendukung bayi, membelai bayi, menenangkan bayi, menyusukan bayi, memandikan bayi, mendodoi bayi, dan bermain dengan bayi.
Bukankah semua ini menggunakan tangan?
Inilah tafsiran ‘tangan-tangankan’ yang perlu diamalkan ketika usia awal.
Seorang anak yang percayakan ayah dan ibu yang menguruskannya dan memberi perhatian kepadanya dari lahir, akan percaya apabila ayah atau ibu berkata
“Adik tak boleh ke situ, bahaya” ataupun “Adik cuma boleh guna fon Ibu selama 10 minit.”
Mereka akan patuh kerana mereka percaya.
BAGAIMANA KAEDAH MENDISIPLINKAN BAYI?
MEMBERI RESPON PADA TANGISAN BAYI.
Setiap bayi dilahirkan dengan Attachment Promoting Behaviour (APB) atau Tingkahlaku yang menggalakkan perapatan antara bayi dan ibunya.
InI merupakan fitrah seorang bayi.
APB merupakan bahasa yang paling awal digunakan oleh bayi untuk berkomukasi dan menyampaikan keperluannya sebelum dia mula bertutur.
APB yang utama adalah tangisan bayi.
ASAS DISIPLIN YANG PALING PENTING adalah memberi respon kepada tangisan bayi. Apabila bayi menangis, angkatlah dia dan tenangkanlah dia. Dia cuba berkomunikasi dengan anda. Dia juga cuba membina perapatan atau ‘attachment’ dengan anda melalui APB.
Pesan juga kepada pengasuh bayi supaya tidak membiarkan bayi menangis terlalu lama tanpa dilayan. Bayi bukannya manipulatif atau cuba menyusahkan orang dewasa tetapi bayi cuba berkomunikasi dan mewujudkan rasa percaya kepada orang dewasa yang terdekat dengannya.
Dari sinilah asas kepercayaan terbentuk.
Jika kita memberi respon kepada ketidakselesaan yang bayi alami, bayi akan membina rasa percaya kepada kita. Dia percaya yang kita akan berada di sisinya apabila diperlukan. Dia percaya kita akan pastikan keselamatan dirinya. Suatu hari nanti dia percaya bahawa nasihat dan tegahan kita adalah untuk kebaikannya.
Jika kepercayaan yang asas ini tidak terbina ketika bayi, dia membesar tanpa rasa selamat dan tanpa peduli dengan arahan dan tegahan terhadapnya.
Amalan ini juga melahirkan anak-anak yang peduli akan emosi dan kesusahan yang dialami oleh orang lain kerana mereka biasa dipedulikan oleh ayah, ibu dan penjaga ketika usia bayi.
MENGGENDONG BAYI (BABY WEARING)
Aneh bukan, bagaimana menggendong bayi dapat membentuk disiplin anak?
Bukankah gendong cuma trend semasa?
Kajian* menunjukkan bahawa bayi yang digendong menjadi lebih tenang dan kurang meragam. Pergerakan (motion) menenangkan bayi. Merasai degupan jantung ibu atau ayah juga menenangkan bayi.
Rasa tenang dan selamat adalah juga ASAS DISIPLIN YANG PENTING. Anak yang tenang menjadi kurang impulsif dan kurang memberontak dengan kemarahan.
Dengan menggendong, bayi ikut ke mana ibu atau ayah pergi, bayi melihat apa yang dilihat ayah ibu dan bayi mendengar apa yang didengari dan diperkatakan oleh ayah dan ibu dengan jelas.
Ini membuatkan bayi merasakan dirinya penting dan menjadi sebahagian dari dunia ayah dan ibu.
Gendong juga membuatkan ibubapa lebih sensitif kepada keperluan bayi kerana bayi sentiasa dekat dengan ibubapa.
Ayah dan ibu yang ‘connected’ dengan anak akan menjadikan anak lebih sensitif terhadap harapan dan keperluan ibubapa apabila anak semakin meningkat usia.
Anak akan faham jelingan ayah bermaksud tegahan. Dia akan faham ibu mempunyai harapan agar dia berkelakuan baik. Dia akan tahu tingkah laku manakah yang patut dielakkan kerana akan membuatkan ayah dan ibu sedih dan kecewa.
BERMAIN DENGAN BAYI
Apa pula kaitan bermain dan disiplin?
Bukankah apabila kanak-kanak bermain mereka akan bergerak lasak ke sana ke mari dan sepahkan rumah? Bukankah jika bermain mereka susah hendak berhenti untuk melakukan rutin yang lain?
Bermain membuatkan ibubapa lebih memahami keupayaan dan kekurangan seorang anak. Ibubapa akan lebih memahami tingkah laku dan emosi pada setiap perkembangan anak melalui bermain.
Apakah yang membuatkan anak gembira?
Apakah yang menyebabkan anak sedih dan kecewa?
Apakah yang membuatkan anak patuh?
Apakah yang membuatkan anak berkecenderungan untuk melawan?
Mengenali anak anda akan membuatkan anda tahu kaedah disiplin manakah yang lebih berkesan ke atasnya dan kaedah disiplin manakah yang tidak diendahkannya.
Adakalanya anak tidak berdisiplin kerana ibubapa menggunakan kaedah yang tidak sesuai dengan pembawaan dan perkembangan mereka.
Bermain juga membuka peluang kepada perkakasan atau ‘tool’ disiplin yang sangat penting iaitu humor.
Gelak ketawa, senyuman dan keletah anak akan:
1) mengenepikan konflik atau stress
2) membina tumpuan anak
3) membuatkan anak terbuka menerima suruhan dan tegahan.
Jika anak sudah biasa mengikut peraturan permainan, dia juga mudah mengikut arahan yang diberikan oleh ibubapa dan patuh kepada ‘authority’.
Praktikkanlah ketiga-tiga kaedah ‘tangan-tangankan’ anak ketika bayi untuk membina asas disiplin. Tanpa RASA PERCAYA dan tanpa PERAPATAN, anak-anak tidak akan peduli dengan arahan ataupun peraturan yang kita tetapkan. Anak juga tidak sensitif terhadap keperluan dan harapan ibubapa.
Apabila usia anak semakin meningkat, dan dia mula memahami konsep ‘kesan dan akibat’, langkah seterusnya bagi ibubapa adalah untuk menetapkan batasan (boundary) ataupun peraturan. Fungsi peraturan bukannya untuk mengongkong sebaliknya ia melatih anak supaya menjadi insan yang berdisiplin, beradab dan berakhlak.
Pelakon dan usahawan terkenal, Anzalna Nasir, kini lebih selesa dikenali sebagai seorang ibu yang penuh kasih sayang selepas mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki...