Kuasa doa mama pama sememangnya cukup besar kuasanya dalam mendidik anak-anak. Bukan saja ajar dan kongsikan benda yang sepatutnya sahaja tetapi lengkapkan doa buat mereka setiap hari.
Puas mendidik dan memperlengkapkan anak-anak dengan sebaiknya, selebihnya kita kenalah bertawakal kepada Allah. Doa adalah rutin wajib yang seharuslah jangan dilepaskan oleh mama papa. Jangan berhenti berdoa.
Amalan ibu muda ini boleh juga kita contohi untuk anak-anak kita. Insyaallah anak-anak kita menjadi anak soleh dan solehah serta taat pada ibu ayah dan Allah. Jom amalkan seperti yang diajarkan oleh ibu Diyana Jamal ni.
Setiap ibu bapa pasti inginkan anak-anak yang soleh solehah, bijak pandai dan mendengar kata. Betul-betul?
Jadi, apa kata kita mulakan amalkan 2 tips ini mulai hari ni.
1. Sebelum tidur – Bacalah Al Fatihah, 4 Qul, Ayat Qursi dan juga SURAH AL INSYIRAH. Dan berikan nasihat/kata-kata yang baik kepada anak.
Maksud Surah Al Insyirah :
1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?
2. Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam),
3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
4. Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
7. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal
soleh yang lain),
8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
2. Setiap pagi, bacalah ayat ke 82 Surah Yassin. Sesudah membaca “Kun faya kuun”, niatkan yang baik-baik pada anak dan tiuplah di ubun-ubunnya.
Maksud ayat ke 82 Surah Yassin :
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.
Salah satu amalan setiap pagi, ibu Diyana akan baca ayat 82 surah Yassin pada anak-anak ibu. Pada Nur Damia Humaira’ dan juga Nur Durra Hasina. Setiap seorang.
Ibu akan baca dan niatkan supaya Allah izinkan mereka jadi hamba yang solehah, anak yang taat, pelajar yang cemerlang di sekolah, di kurniakan hati dan minda yang lapang untuk belajar, dapat menghafaz Al Quran 30 juzuk, mengamalkan ilmu yang di pelajari, mudah urusan dunia akhirat, terpelihara dari bala bencana dan di masukkan ke dalam syurga Allah.
Kredit: Diyana Jamal
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI