Anak boleh jadi cerdik melalui pemakanan. Mama boleh tiru cara Hanis Zalikha buat kerana ia nampak berhasil kepada Yusuf Iskandar.
Yusuf Iskandar memang bijak. Anak pelakon Hairul Azreen & Hanis Zalikha ini memiliki kepandaian yang melangkau usianya. Apa rahsianya kebijaksaan si kecil popular ini?
Salah satu daripada faktornya ialah pemakanan yang kaya dengan sayur, buah dan beberapa jenis makanan ‘super’ yang kaya dengan khasiat yang tentunya bukan makanan yang diproses.
Jika dilihat, Yusuf juga jarang sakit dan mudah menguasai sesuatu skil. Ia mungkin kerana kebaikan susu ibu yang diperolehinya menguatkan antibodi serta kaya dengan pelbagai zat serta makanan pejal yang padat dengan khasiat di samping rangsangan yang diterima daripada proses didikan yang diberikan oleh Hanis dan Hairul.
PURI BROKOLI SEBAGAI MAKANAN PEJAL PERTAMA
Yusuf yang sebelum ini menyusu susu ibu memulakan makanan pejal pada usia lima bulan lebih dengan mengambil puri brokoli sebagai hidangan pertamanya.
10 RESIPI SAJIAN SUPERFOOD YUSUF
1. BROKOLI
Brokoli adalah superfood sejati kerana kandungan vitamin C yang hebat dan juga mengandungi fitonutrien beta, asid fizik, kalium, dan antikanser beta. Cara penyediaan brokoli yang terbaik ialah dikukus kerana ia boleh mengelakkan kurangnya kandungan vitamin C di dalamnya.
2. AVOKADO
Avokado adalah buah yang sarat dengan nutrien yang diperlukan oleh si manja. Ia mengandungi protein tertinggi dalam kategori buah dan kaya dengan lemak mono tak tepu iaitu jenis lemak yang “baik” yang membantu mencegah penyakit jantung.
3. KELEDEK
Keledek adalah sumber baik kalium, vitamin C, dan serat dan sumber beta-karoten yang sangat baik. Ia kaya antioksidan yang membantu mencegah jenis kanser dan menghapuskan radikal bebas. Ia juga mempunyai rasa manis semula jadi.
4. KACANG EDAMAME
Kacang ini kaya dengan protein, zat besi, vitamin K, vitamin A dan folat.
5. KEJU
Keju adalah sumber protein yang baik. Ia terkandung nutrien penting untuk pertumbuhan dan kalsium untuk membina tulang dan gigi yang kuat. Keju juga mengandungi riboflavin (vitamin B2) yang sihat yang membantu menukar protein, lemak, dan karbohidrat menjadi tenaga.
6. TOMATO
Tomato tinggi kandungan lycopene, pigmen merah dalam tomato yang berfungsi sebagai antioksidan untuk membantu mencegah kanser dan penyakit jantung. Lycopene boleh diserap dengan lebih cekap oleh badan jika tomato dimasak dengan lemak seperti minyak zaitun.
7. BAYAM
Sayuran berwarna hijau ini mengandung vitamin A yang tinggi, vitamin B, vitamin C, asam folat, serta mineral kalsium, fosforus, mangan dan zat besi.
YUSUF MAKAN BUAH SEBAGAI SNEK
Hanis juga turut memberikan Yusuf buah-buahan seperti buah naga dan epal sebagai snek dan teether apabila gusi Yusuf mula gatal sebelum tumbuh gigi.
SUMBER: Instagram Yusuf Iskandar & Hanis Zalikha
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI