Anak Cerdik Memang Suka Bermain Dan Aktif. Beri Ruang Untuk Anak Explore Sepuasnya

Share

Biasa paling banyak rungutan dari ibu bapa adalah anak saya tak boleh duduk diam. Asyik nak main dan sampai kemuncaknya ibu bapa pula yang hilang sabar. Apa patut saya buat?

Bagi Ibu Rose yang juga pakar kekeluargaan dan kasih sayang, anak yang cerdik memang suka bermain dan aktif. Adakalanya keaktifan mereka mencabar guru-guru yang belum mahir menangani cara anak-anak ini belajar.

Oleh itu, sebagai ibu bapa kita perlu bijak memberi dia ruang untuk belajar cara bermain di rumah. Beri dia masa untuk bermain sedikit lasak dan aktif. Belajar bukan bermaksud duduk dimeja, baca ABC, kira 123, sahaja. Ajak dia buat eksperimen yang mudah, contohnya bermain dengan ais dan sebagainya.. Beri outlets untuk keinginan untuk tahu di dalam dirinya. Dia suka explore. So explore with him.

Bila kita mula memberi dia ruang untuk belajar cara yang dia suka, anak akan berasa lebih mampu untuk disiplin. Bagi seorang anak kecil dan masih dalam kategori itu, bermain adalah belajar.

Kita boleh melarang, tapi jangan mengongkong. Bila melarang terangkan sebab kenapa kita tidak beri dia buat begitu dan begini. Kemudian beri alternatif yang mana dia boleh lakukan.

Kita kena tahu bahawa kita mempunyai seorang anak yang berpotensi besar menjadi seorang yang hebat. Oleh itu tingkatkan ilmu parenting agar tidak menzalimi anak-anak kerana kesilapan sendiri.

Sumber: ibu rose

Published by
Wan Amy