Mempunyai anak yang terlalu cerewet dalam soal pemakanan pastinya merupakan satu cabaran. Setiap kali tiba waktu makan, pastikan kesabaran anda sebagai ibu bapa akan teruji apabila anak anda menolak setiap makanan yang disediakan.
Namun, anda jangan lekas melenting. Bersabar dan teruskan mencuba. Belajar untuk menjadi kreatif dalam penyediaan untuk menjadikan setiap hidangan tampak menarik di matanya. Dan yang paling utama, pastikan rasanya sedap agar ia dapat menambat selera anak anda itu. Anda juga boleh mencuba resepi ayam yang disediakan atau mempelbagaikan lagi resepi ayam, siapa tahu anak anda akan menyukainya.
Parmesan Crusted Chicken
Bahan-bahan untuk salutan ayam:
½ cawan tepung serba guna
2 biji telur
⅔ cawan serbuk roti
⅓ cawan keju parmesan
¼ sudu teh lada hitam
2 sudu besar campuran herba segar yang dicincang halus seperti thyme, pasli, atau rosemary
Bahan-bahan untuk ayam:
3-4 ketul bahagian dada ayam tanpa tulang, ditumbuk sehingga ¼ ketebalan
Garam dan lada hitam
2 sudu besar minyak sayuran
2 sudu besar minyak zaitun
Lemon, untuk penambah perisa
Cara penyediaan:
Sediakan tiga bekas atau mangkuk untuk proses penyediaan. Pada bekas atau mangkuk pertama; letakkan tepung.
Pada mangkuk kedua, pukul telur. Pada mangkuk atau bekas yang terakhir, iaitu yang ketiga, campur dan gaul rata herba yang dicincang.
Gaul rata ayam bersama lada hitam. Kemudian celupkan ayam ke dalam mangkuk pertama berisi tepung dan goyangkan sedikit sehingga lebihan tepung jatuh dan hanya lapisan nipis sahaja kekal tersalut pada ayam. Kemudian celupkan ayam ke dalam telur, terbalikkan ayam sehingga telur bersalut rata pada ayam, pastikan tiada lebihan salutan telur pada ayam. Akhir sekali celupkan ayam dalam campuran herba, terbalik ayam beberapa kali untuk memastikan campuran herba menyaluti ayam dengan baik. Letakkan ayam yang tersedia bersalut di dalam pinggan lain. Teruskan mengulangi langkah yang sama pada isi ayam yang lain.
Campurkan kedua-dua minyak dan panaskan dalam kuali atau saute pan dengan api sederhana. Apabila minyak sudah panas, masukkan ayam yang sudah bersalut dan masakkan selama dua hingga tiga minit sehingga bahagian pertama berwarna coklat keemasan, kemudian terbalikkannya. Masak pada bahagian yang kedua sehingga berubah menjadi warna yang sama untuk tempoh dua hingga tiga minit. Hidangkan dengan potongan lemon.
Popcorn chicken
Bahan-bahan:
4 bahagian dada ayam
3 cawan bertih beras (rice krispies)
1 ½ auns keju parmesan, diparut halus
2 sudu minyak zaitun
1 sudu teh oregano kering
½ sudu teh serbuk bawang putih
2 biji telur
1 sudu makan susu
Cara penyediaan:
Panaskan ketuhar pada 200℃ dan sediakan dulang pembakar dengan kertas parchment.
Potong dada ayam ke dalam ketulan bersaiz kecil dan letakkan dalam mangkuk
Campurkan bertih beras, parmesan, oregano dan serbuk bawang ke dalam pengisar. Selepas dicampur rata, masukkan minyak zaitun dan kisar sekali lagi. Kemudian taburkan campuran yang dikisar ini ke dalam pinggan dengan rata. Pukul telur dan susu dalam sebuah mangkuk.
Masukkan ketulan ayam yang sudah dipotong kecil ke dalam mangkuk yang mengandungi campuran telur dan susu, kemudian masukkan ke dalam pinggan berisi kisaran campuran bertih beras, oregano, serbuk bawang dan minyak zaitun. Anda boleh lakukan sehingga 6 hingga 8 ketulan ayam dalam satu-satu masa.
Ketulan ayam yang sudah bersalut diletakkan dalam dulang pembakar dan dibakar selama 13 hingga 15 minit sehingga warnanya berubah kepada coklat keemasan dan masak.
Hidangkan dengan segera bersama sayuran cincang (sebarang sayuran yang anda suka), atau bersama potato wedges.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI