
Setiap kali anak cirit birit mak ayah mulakan cemas kerana kasihankan anak yang tidak lalu makan malah kekurangan banyak air.
Apa nak buat jika anak cirit birit? Apa jenis pemakanan sesuai untuk anak yang mengalami masalah cirit birit ini?
Ini yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan mengenai permasalahan anak cirit birit.
Anak cirit birit atau muntah. Elak susu kultur tinggi gula dan air seratus peratus. Gantikan dengan madu sebagai prebiotik untuk usus dan air kelapa untuk kekalkan hidrasi badan anak.
Boleh add on bone broth jugak kalau anak tak lalu nak makan sangat.
Ikhtiar penting waktu anak cirit birit dan muntah sebab
* Anak akan tak lalu nak makan.
* Anak akan reject untuk makan.
* Anak akan takut nak makan.
Ini normal waktu cirit birit dan muntah. Body anak tengah buang toksin. Usus nak rehat dari makanan. Kosongkan perut anak dari makanan kejap.
Penting, jangan masukkan makanan toksik yang boleh tambahkan lagi radang dalam usus anak. Elak makanan minuman tinggi gula, elak roti dan biskut.
Cuma kita, kena selalu perhatikan hidrasi tubuh anak. Tak nak makan tak apa, tapi bagi anak minum air.
Air kelapa tinggi elektrolit semulajadi, bantu hidrasi tubuh anak. Madu dalam tibb nabawi, baik untuk pulihkan usus. Bone broth pula support untuk lawan radang dalam tubuh anak.
Boleh cuba ok.
Menarik: Majlis Aqiqah & Kesyukuran Anak Kamal Adli, Uqasha Meriah, Cantik Serba Merah Jambu
Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”
“Baby Alhamdulillah Sihat” Leeyana Rahman Lega Nak Masuk Trimester Kedua, Idam Dapat Anak Lelaki/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Baru Sembuh Covid-19 Tapi Risau Dijangkiti Lagi Waktu Pergi Solat Terawih. Ini Penjelasan Doktor

Baru sembuh Covid-19 tetapi ramai yang mengadu mereka dijangkiti sekali lagi virus tersebut tak sampai tempoh tiga bulan. Sebelum ini ramai yang mengadu keputusan ujian RTK atau PCR yang mereka lakukan masih positif selepas selesai menjalani tempoh kurantin akibat positif.
Bagaimanapun selepas ramai doktor menjelaskan bahawa itu memang normal untuk mendapat keputusan positif dalam ujian RTK selepas sembuh Covid-19, barulah ramai yang tidak panik.
Bila masuk bulan Ramadan dan negara berada dalam fasa peralihan ke endemik, kebenaran untuk mengerjakan solat tarawih secara berjemaah di semua masjid, amat dinantikan oleh ramai umat Islam.
Tetapi bagi bekas pesakit Covid-19 yang baru sahaja sembuh masih lagi ada perasaan trauma dan ragu-ragu untuk mengambil peluang bersolat tarawih secara berjemaah di masjid kerana bimbang boleh dijangkiti lagi.
Kalau anda sedang melalui situasi tersebut, apa kata baca dan fahami penjelasan daripada Dr Erna Nadia tentang persoalan yang berlegar di kepala selama ini.
Baru sembuh Covid-19, boleh ke kena lagi?
Doktor, saya baru ja kena Covid minggu lepas, semalam baru habis kuarantin. Jadi kan boleh tak kena lagi dalam masa terdekat ni? Kot la pi terawih tiba tiba kena balik ka kan.
Natural antibodi covid yang dapat dari jangkitan covid tu boleh bertahan 3 bulan ke beberapa tahun, mengikut kekebalan individu tu sendiri dan jenis variant yang dia kena.
Ada kajian kata, antibodi yang dapat dari variant omicron ni tak bertahan lama berbanding kalau dapat variant delta yang lebih mengganas.
Jadi katakanlah kalau kena lagi dalam masa kurang daripada 3 bulan, itu bukanlah jangkitan baru, cuma kesan lama yang masih belum habis.
Ada juga yang kena lagi sekali dalam masa kurang daripada 3 bulan jika terkena variant covid yang lain.
Sebab tu ada sesetengah individu yang dah kena jangkitan covid ni, kalau kita buat pcr, pcr dia boleh positif sampai ke 3 bulan. Ada yang 2 minggu dah clear, negatif. Bergantung kepada kekebalan dan variant coronavirus yang dia dapat.
PCR positif sebab serpihan DNA virus masih bersisa dalam badan. Tapi jangkitan dah sembuh dan dah tak boleh menjangkiti orang lain.
Kekebalan imuniti setiap individu memang takkan sama.
Contohnya, kanak kanak ada imuniti lebih kuat sedikit berbanding orang tua yang ada penyakit. Sebab tu biasanya kalau budak budak yang tak ada penyakit kena covid, sehari dua sihat dah, terlompat loncat sana sini.
Tapi tak boleh pukul sama rata juga, ada budak yang ada penyakit terutama berkaitan paru paru, jantung, buah pinggang, mereka boleh menjadi teruk. Dan paling risau adalah komplikasi iaitu MIS-C; kerosakan pelbagai organ akibat daripada Covid-19.
Covid di kalangan kanak kanak ni masih dalam kajian. Bukan hanya disebabkan oleh imuniti badan mereka sahaja buatkan sesetengah kanak kanak yang tak ada simptom atau simptom sekejap sahaja.
Jika ada dah positif dan habis kuarantin, tapi masih bergejala (even sakit tekak biasa sekalipun), silalah keep on pakai face mask bila keluar dari bilik/ rumah anda.
Kita masih belum endemik lagi. Jauh lagi perjalanan kita dengan covid ni.
Tapi InshaAllah kita dah boleh terbiasa jaga diri (pakai face mask, buat test kalau tak sihat, tak peluk cium orang kalau tak sihat, keep on hand sanitizing)
Yang penting, jadilah sihat, comel dan baik
Dr. Erna Nadia
Rasanya sekarang ni macam semua orang dah ada pengalaman kena covid, yang belum kena tu sama ada tak periksa betul betul atau kira spesis rare la.
Persoalan tentang komplikasi popular waktu mengandung dan baby baru lahir akan dihuraikan oleh Pakar Perunding O&G, Dr Maiza Tusimin dan Pakar Pediatrik, Dr Hairin Anisa dalam Talk To Doctor Bersama Moms To BeDaftar di SINI
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Saksikan 1001 Malam di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan ini pada jam 6.30 petang bersama pengacara PU RIZ. Jangan lupa kawan-kawan Bintang Kecil semua!
Istimewa Ramadan kali ini bersama Pa&Ma Superb Huffaz untuk mengisi waktu berbuka anda seisi keluarga. Bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak cerdik Genius Aulad bermula 1 hingga 30 Ramadan pastinya menambahkan lagi keberkatannya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mengarutlah! Lampu Suluh Tak Boleh Pusing Bayi Songsang. Jangan Risau Normal, Czer Asal Selamat

“Bayi awak songsanglah” kata doktor semasa membuat ujian imbasan. Cuak hati si ibu bila mendengarnya. Terus tergambarkan perlu dibedah untuk bersalin, risau dan bimbang!
Tenang dulu mama, jangan cemas. Paling penting untuk anda perlu tahu bayi akan berada dalam posisi songsang dalam tempoh tertentu dan akan kembali ke kedudukan kepala ke bawah menjelang minggu ke-36. Tetapi bagi kes bayi songsang, posisinya tidak berubah.

JENIS-JENIS SONGSANG
Terdapat tiga keadaan songsang yang biasa dihadapi oleh ibu hamil.
1.Complete breech
Keadaan songsang di mana punggung bayi menghadap bahagian bawah uterus manakala kakinya dalam keadaan terlipat di bawah punggungnya.
2.Extended breech
Punggung bayi seperti duduk di dalam saluran kelahiran (birth canal) dengan kakinya berlunjur ke depan.
3.Footling breech
Keadaan songsang ini membabitkan sebelah atau kedua-dua kaki bayi terletak di bahagian bawah seperti dalam keadaan berdiri.
Artikel berkaitan: Minggu Ke-36 Patut Kepala Ke Bawah. Kuantiti Air Ketuban, Uri Bawah, Cyst & Fibroid Antara Punca Bayi Songsang
FAKTOR TERJADINYA KANDUNGAN SONGSANG
Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan berlakunya kandungan songsang. Ia sering terjadi disebabkan oleh;
- Kedudukan uri di bawah (placenta previa).
- Tali pusat pendek
- Bayi mempunyai kecacatan.
- Air ketuban terlalu banyak atau sedikit.
- Ketumbuhan dalam pelvis seperti cyst, fibroid di dalam rahim ibu.
- Bentuk uterus yang tidak normal atau keradangan seperti endometriosis.
- Kontraksi pramatang yang menyebabkan kelahiran berlaku pada waktu itu.
PROSEDUR EXTERNAL CEPHALIC VERSION ( ECV) BANTU PUSINGKAN BAYI SONGSANG
Bagi kandungan songsang tanpa komplikasi, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan berkongsi tentang prosedur External Cephalic Version atau ECV yang boleh dilakukan untuk untuk memusingkan bayi sebelum bersalin.
Menurut beliau, kandungan yang mungkin mengalami keadaan nuchal cord atau atau tali pusat melilit leher tetap boleh melalui prosedur ini kerana semuanya dipantau rapi, Sekiranya tidak berjaya, ibu akan bersalin menerusi pembedahan caesarean.

Nak Bersalin Normal Cuba ECV
ECV dilakukan pada usia kandungan 36 minggu pada kehamilan pertama dan 37 minggu untuk kandungan kedua dan berikutnya. Secara ringkasnya, ia adalah prosedur memusingkan bayi secara fizikal (seperti urutan) yang dahulunya dilakukan oleh para bidan zaman dahulu kala.
Namun, kini ianya dikendalikan oleh mereka yang berkemahiran dan lengkap dengan alatan perubatan untuk menjamin keselamatan ibu mengandung dan bayi.
Kadar kejayaan pemusingan bayi songsang melalui teknik ECV ini adalah tinggi, iaitu 50% peluang berjaya.
ECV TIDAK MENYAKITKAN
Jangan risau, kebanyakan ibu yang berkongsi pengalaman mereka mengakui bahawa prosedur ECV tidak menyakitkan tetapi memberikan ketidakselesaan kepada mereka buat sementara waktu sahaja.
Yang tukang buat ECV dan pesakit dua-dua kena BERTENANG . Biasa bila saya buat ECV saya kena kunyah coklat untuk dapat ketenangan. ?
Si ibu tak boleh makan coklat, kene puasa 6 jam sebelum ECV, in case kalau ada komplikasi perlukan pembedahan caeser, ibu dah berpuasa dan ready jika ada sebarang komplikasi berlaku.
ECV BUKAN UNTUK BAYI MELINTANG, KEMBAR ATAU SONGSANG BERMASALAH
Satu lagi, ECV ni hanya untuk baby songsang SAHAJA.
Baby melintang, kembar atau baby songsang yang bermasalah lain yang difikirkan tidak selamat untuk pusing – jangan paksa doktor anda lakukan ya. TAK BOLEH ECV
BAYI SONGSANG BERGERAK SENDIRI MENGUBAH KEDUDUKAN
Baby songsang ni tak boleh bergerak pun ikut lampu bila disuluhnya lampu even lampu spotlight menghala ke perut ibu tu. JANGAN MENGARUT
Artikel berkaitan: Tali Pusat Lilit Leher Bayi Tak Bahaya. Hanya Segelintir Berisiko Lemas Atau Kurang Oksigen
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Rimas Kalau Nurse Datang Ke Rumah Lepas Bersalin, Terutama Hari 1, 2, 3, 4, 6, 8, 10, 15 dan 20!

Postnatal bermaksud tempoh masa selepas kelahiran sehingga alat kelamin dan rahim kembali normal. Ia dikira bermula dari selepas kelahiran uri (fasa ketiga proses kelahiran) sehingga tempoh masa 42 hari. Ia juga dikenali sebagai tempoh waktu berpantang bagi ibu selepas bersalin.
Artikel Menarik: Jangan Pandang Rendah Kuasa Pelukan, Anak Lebih Bijak & Positif Jika Sering Dipeluk!
Semasa postnatal, berlaku perubahan hormon yang mempengaruhi fizikal dan emosi ibu. Oleh yang demikian penjagaan posnatal adalah penting bagi memastikan ibu dan bayi berada dalam keadaan yang sihat.
Jagaan perawatan postnatal di rumah dilakukan mengikut hari ke 1, 2, 3, 4, 6, 8, 10, 15 dan 20 selepas kelahiran bagi ibu tanpa risiko. Ibu yang berisiko sebagai contoh mereka yang menghidapi darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan sebagainya memerlukan jagaan perawatan postnatal yang lebih kerap mengikut keperluan untuk mengesan awal keadaan luar biasa atau komplikasi supaya rujukan segera dapat dibuat ke klinik atau hospital.
Bagaimanakah jururawat boleh datang untuk membuat perawatan postnatal di rumah?
Setiap kelahiran di hospital, Pusat Bersalin Alternatif (ABC) atau di rumah perlu dimaklumkan kepada jururawat di klinik kesihatan atau klinik desa yang berhampiran supaya Jururawat Kesihatan atau Jururawat Masyarakat dapat melakukan perawatan postnatal kepada ibu di rumah.
Suami atau waris ibu perlu memaklumkan kepada Jururawat di klinik terdekat mengikut alamat rumah ibu sebaik-baiknya dalam masa 24 jam selepas kelahiran. Dengan demikian, jururawat akan datang ke rumah mengikut piawai jadual lawatan yang telah ditetapkan. Bagi ibu yang tiada masalah kesihatan, lawatan akan diadakan pada hari ke 1, 2, 3, 4, 6, 8, 10, 15 dan 20 selepas kelahiran. Bagi ibu berisiko yang mengalami masalah kesihatan, lawatan ke rumah akan dilakukan dengan lebih kerap mengikut keadaan. Pada hari ke 30, ibu perlu datang ke klinik kesihatan atau klinik desa untuk pemeriksaan rutin postnatal dan memulakan perancang keluarga bagi menjarakkan kelahiran mengikut kaedah yang sesuai mengikut keadaan ibu.Bilakah jururawat datang ke rumah untuk melakukan perawatan postnatal?
Apakah yang dilakukan semasa Jururawat membuat lawatan ke rumah?
Semasa lawatan ke rumah, jururawat akan memeriksa ibu dan bayi mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Jika jururawat mengesan keadaan tidak normal pada ibu dan bayi, rawatan atau rujukan ke klinik atau hospital akan dilakukan.
Pemeriksaan terhadap ibu:
Pemerhatian secara menyeluruh terhadap kesihatan ibu termasuk kebersihan diri
Pemeriksaan tanda vital iaitu:
- Suhu badan, tekanan darah, denyutan nadi dan pernafasan ibu.
- Ketinggian rahim diukur semasa setiap lawatan untuk mengesan pengecutan/ involusi rahim
- Pemeriksaan payudara bertujuan mengesan sebarang masalah penyusuan seperti bengkak, puting merekah, puting tenggelam atau kurang pengaliran susu supaya dapat memberi runding cara penyusuan.
- Pemerhatian terhadap penyusuan susu ibu dan memberi runding cara penyusuan susu ibu.
- Pemeriksaan luka perineum/ luka pembedahan
- Memeriksa darah nifas (Lokia) bertujuan untuk mengesan keadaan luar biasa darah nifas. Sebagai contoh:-
- Jumlah darah nifas yang keluar berlebihan atau sentiasa berwarna merah menunjukkan pendarahan luar biasa dan memerlukan rujukan segera ke hospital.
- Darah nifas yang berwarna coklat dan berbau busuk menunjukkan jangkitan/infeksi dan perlu dirujuk ke klinik/hospital.
- Memeriksa tanda dan gejala Deep Vein Thrombosis (pembekuan darah di dalam salur darah di kaki) / Pulmonary Thromboembolism (penyekatan salur darah oleh darah beku di paru-paru) seperti sakit dada, susah bernafas, bengkak dan kemerahan di kaki,atau sakit betis
- Pemeriksaan terhadap pembuangan air kecil dan air besar.
- Ibu adalah digalakkan membuang air kecil dalam masa 6-8 jam selepas bersalin untuk keselesaan dan menggalakan kontraksi rahim dengan berkesan bagi proses pengecutan rahim.
- Ibu juga dinasihatkan untuk membuang air besar selepas 24 jam bersalin. Jika ibu tidak membuang air besar selepas 48 jam, rawatan perlu diberikan.
Artikel Menarik: Turunkan Jaundis Dengan 1 Cara Saja, Bukan Amalkan Petua Pelik-Pelik, Salah Tu
Pemeriksaan terhadap bayi
Pemeriksaan secara menyeluruh terhadap bayi termasuk:
- Berat badan
- Suhu
- Mata
- Jaundis (kuning)
- Kulit
- Pusat
- Pembuangan air kecil dan air besar
Pendidikan Kesihatan yang berkaitan seperti:
- Penyusuan susu ibu
- Penjagaan bayi baru lahir
- Pengesanan dan pengendalian jaundis di kalangan bayi
- Pemakanan ibu postnatal
- Kebersihan diri dan penjagaan luka episiotomy/luka pembedahan
- Kepentingan pengambilan ubat yang dibekalkan
Senaman dan ambulasi awal bertujuan menggalakkan pengeluaran darah nifas dalam membantu mengembalikan tonus otot organ reproduktif dan pengaliran darah yang baik.
Senaman dan ambulasi awal seperti:
-Senaman ringan postnatal
-Senaman pelvic floor
-Perancang keluarga bertujuan menjarakkan kelahiran
-Kepentingan lawatan susulan ke klinik
Adakah jururawat berbincang bersama ibu/ suami/ waris mengenai penemuan hasil pemeriksaan kesihatan ibu?
Setiap penemuan hasil pemeriksaan terhadap ibu dan bayi sama ada normal atau tidak normal perlu dibincangkan bersama ibu/ suami/ waris. Jururawat juga akan memaklumkan kepada ibu/ suami/ waris sekiranya perlu rujukan kepada Pegawai Perubatan di klinik atau hospital. Oleh yang demikian, penglibatan dan kerjasama ibu/ suami/ waris adalah amat diperlukan semasa jururawat melakukan perawatan postnatal di rumah. Ini bagi memastikan agar ibu/ suami/ waris tahu akan keadaan kesihatan ibu di samping mengambil bahagian dalam memberi penjagaan yang optimum terhadap diri ibu dan bayi.
Adakah perkhidmatan lawatan ke rumah untuk perawatan postnatal dikenakan bayaran?
Perkhidmatan perawatan postnatal di rumah dijalankan secara percuma bagi semua warganegara Malaysia.
Bayaran hanya dikenakan kepada ibu yang bukan warganegara Malaysia berdasarkan Perintah Fi (Perubatan & Kos Perkhidmatan) 2014 yang ditetapkan bagi warga asing.
Kredit: KKM
Bahan Rujukan
Perinatal Care Manual 3rd Edition. 2013. Ministry of Health Malaysia
Garis Panduan Pusat Bersalin Alternatif (ABC) di Klinik Kesihatan, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia , 2013
Modul Latihan Ulangkaji Jagaan Kesihatan Ibu & Kanak-kanak Untuk Jururawat Kesihatan, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2010
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI