kordDulu pernah juga jadi tanda tanya mengenai siapakah gerangan model kordial F&N. Bukan sahaja senyuman manis kanak-kanak tersebut mencuri tumpuan, bahkan tidak dinafikan begitu lama produk tersebut mengekalkan model yang sama sejak dahulu hingga kini.
Ekoran daripada itu ada antara kita bila melihat sahaja botol dengan model ‘penghias’ pada bekas itu, seakan mengimbau memori di zaman kanak-kanak betapa minuman kordial ini menjadi pilihan utama terutamanya di musim perayaan.
Weekend ni tak tahu nak bonding time di mana bersama famili? Apa kata sertai Projek Parenting Care 2023 dengan pelbagai aktiviti menarik serta hadiah lumayan sesuai untuk seisi keluarga! Ibu ayah boleh ikuti Bual Sihat & Selamat serta Carseat Talk dan anak-anak boleh join pertandingan mewarna.
Bercerita tentang model tersebut, sebelum ini ramai menyangka wajah kanak-kanak pada botol minum kordial bahawa ianya adalah Liyana Jasmay namun ternyata bukan. Ini kerana wajah kanak-kanak comel tersenyum manis itu merupakan milik Madihah Mohd Firdaus.
Ads
“Ibu suka bawa saya pergi uji bakat masa kecil-kecil dulu. Tidak sangka ada rezeki jadi model untuk produk minuman itu. Dulu adalah papan iklan dipasang, namun sekarang hanya tinggal gambar di botol sahaja.
Menurut sumber, Madihah Mohd Firdaus atau turut mesra disapa Dihah itu kini menjangkau usia 24 tahun dan ketika wajahnya menghiasi botol kordial itu, usianya lima tahun. Selain itu, pemilik wajah kanak-kanak itu juga sudah berubah menjadi seorang hijabi yang jelita.
Madihah turut gemar berhias dan sangat suka belajar teknik solekan menerusi laman Youtube dimana platform berkenaan kini menjadi pilihan para gadis untuk mengetahui cara merias wajah dengan betul.
Ads
Gadis ini juga dilaporkan baru menamatkan pengajian di peringkat Diploma dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam jurusan Kejuruteraan Mekatronik. Dia dikatakan bakal menyambung di peringkat ijazah pula dalam bidang yang sama.
Gadis cantik ini juga gemar gaya fesyen yang ringkas dan bersesuaian dengan usianya itu, dia suka bergaya terutama bagi rakaman OOTD melalui laman Instagram miliknya dimana dia kini mempunyai hampir 40 ribu followers.
Hidup berumah tangga ada onak dan durinya. Namun ada kemanisan dan kebahagiaan yang ditempuh bersama. Biar susah namun ditanggung bersama. Itulah nilai kasih sayang dan kesetiaan sampai syurga.
Perkongsian Cikgu Fadli Salleh, guru yang cukup dikenali di media sosial ini amat terkesan di hati kita. Kisah kesusahan berumah tangga dan pengorbanan seorang isteri. Maka suami kena hargai jasa dan kesetiaan tak berbelah bagi pada suami.
Kisah puan isteri.
9 tahun pertama pernikahan kami, tidak ada sebentuk pun cincin mampu aku hadiahkan untuk dia. Sembilan tahun pertama perkahwinan kami, tidak sekali pun aku bawa dia dan anak-anak melancong ke Langkawi ke, Genting Highland ke, homestay ke, chalet ke, hotel ke.
9 tahun pertama kami hidup bersama, tidak sekali insan ini bersungut hendak itu hendak ini. Cuma aku perasan bila dia terbaca kawan-kawan atau sanak saudara dia update pergi melancong, kawan-kawan dia update beli emas, dapat hadiah dan seumpamanya, dia selalu respon dengan penuh teruja.
Bila aku perasan reaksi dia, cepat-cepat dia buat macam tak ada apa-apa. Dia takut aku berkecil hati aku tak mampu bawa dia dan anak-anak melancong, tak mampu bawa ke hotel, ke homestay, ke chalet, tak mampu belikan dia itu ini.
Dia tahu aku memang tak mampu dari segi kewangan masa itu. Maka dia diam tanpa sebarang permintaan. Namun aku tahu, jauh disudut hati dia, dia inginkan merasakan semua itu.
Awal pernikahan, kewangan aku memang sangat sempit. Hanya mampu bagi nafkah RM100 sahaja sebulan untuk barang dapur. Sewa rumah dan bil semua aku settlekan.
Kemudian dapat rezeki anak sulung. Hidup dikotaraya, dengan gaji kecil ditambah potongan yuran kebodohan (baca : personal loan), dah mula ada anak, memang cukup mencabar.
Duit memang sangat kritikal. Pernah puan isteri bagitahu aku, “Jika abang tak cukup duit, tak payah bagilah duit dapur tu. Saya ada duit untuk beli semua tu. Bil api tu saya bayarkan tak apa”.
“Mana boleh. Tu kewajipan abang. Walau tak banyak abang mampu bagi, abang wajib kena bagi”.
Keras dan tegas aku jawab masa tu. Terkedu dia. Dan lepas tu, tidak lagi bersuara tentang hal itu. Bila dia nampak aku resah, bad mood, tak keluar rumah, dia akan check wallet aku. Dia tahu saat aku tengah sesak sangat-sangat. Dibuka wallet, lihat ada dua tiga ringgit sahaja. Dia letak RM10 – RM20 dalam tu.
Esoknya aku nak isi minyak motor, tengok ada lebihan wang. Dapat la makan kat kantin. Kalau tak, tak pergi kantin or berhutang saja.
Bila sampai tahap macam tu, aku memang rasa loser sangat. Rasa tak guna. Rasa bersalah pada diri dia dan anak-anak.
Aku merenung sendirian. Memikirkan tentang aku. Seorang lelaki. Seorang suami. Seorang ayah.
Seorang yang sepatutnya menyediakan semuanya untuk anak isteri, namun kewangan semasa memang aku tak mampu.
Jauh disudut hati aku ingin sediakan apa jua keperluannya. Aku ingin memberi segala kesenangan yang mampu aku bagi kepada dia dan anak-anak.
Dan saat itu aku bertekad, aku akan lakukan apa saja untuk ubah nasib diri aku. Untuk laksanakan tanggung jawab dan amanah yang terletak dibahuku.
Sejak itu, aku lakukan pelbagai jenis kerja. Menjual di pasar malam, mula menulis buku, jadi dropship, kerja di kedai makan dan sebagainya. Apa jua yang boleh jana income, aku akan buat. Keluar lepas Maghrib, pulang jam 5 pagi.
Aku perlu ubah nasib aku. Aku perlu bertanggungjawab atas semua amanah yang Allah letak atas bahu aku. Alhamdulillah, berkat kegigihan, usaha keras, kecekalan, doa demi doa dari isteri, dari ma, dari abah, dari anak-anak, dari orang-orang alim, dari anak-anak yatim dan asnaf, sedikit demi sedikit Allah buka pintu rezeki.
Dah mula ada income tambahan. Dah mula rasa lega sedikit dalam perbelanjaan bulanan. Duit belanja dapur aku mula naikkan sedikit demi sedikit. Lebihan aku sangat disiplin simpan. Tak ada nak beli Starbucks ke apa walau simpanan dah agak banyak.
Disiplin sungguh aku menyimpan duit income tambahan. Phone aku tak pernah tukar, pakai phone murah yang 2nd sahaja. Kain baju berjenama tak ada beli, pakai yang bundle sahaja.
Memang gaya hidup aku langsung tak bertukar. Hanya hidup seperti sebelum adanya pendapatan tambahan. Akhirnya pada tahun 2018 target aku sampai. Simpanan dah cukup untuk aku tunaikan segala impian tersembunyi puan isteri.
Buat kali pertama dalam perkahwinan kami, di anniversary ke-9 kami, aku pimpin tangan insan ini masuk kedai emas. Minta dia pilih mana saja yang dia berkenan. Menangis dia masa tu.
Tak percaya dia aku nak belikan dia rantai emas. Tak percaya dia aku ada duit nak bayar. Sampai masa tu dia suruh jual rantai emas yang lama untuk beli yang baru. So, aku cuma perlu topap sedikit sahaja.
Tapi aku tak benarkan jual yang lama dan minta dia pilih saja. “Boleh tak ambil yang ni? Mahal ni. Tak apa lah, ambil yang tu sajalah. Murah sikit”, itu ayat puan isteri masa memilih rantai emas.
Dia masih tak percaya aku ada duit untuk membayarnya. Tersenyum sendirian aku bila teringat hal ni. Pada akhir tahun yang sama, aku bawa family termasuk mak mertua dan adik ipar melancong ke Sabah. Setelah 9 tahun kami tak pernah melancong ke mana-mana, itu yang pertama kalinya. 9 tahun insan ini setia, sabar, tabah, berkorban untuk suaminya. Tanpa keluh kesah. Tanpa meminta-minta. Dan akhirnya Allah perkenankan segala doa. Syukur, alhamdulillah.
Kawan-kawan. Jika hari ini kita masih dalam kesempitan, jangan pernah berhenti usaha dan berdoa. Pandang mata anak-anak. Pandang mata isteri. Dan cakaplah pada diri,
“Ini amanah yang dikirim pada aku. Aku perlu menjaga mereka sebaik mungkin”.
Cekalkan hati, korban masa rehat, buang rasa malas, bangkit dan usaha sahaja. Dan di masa yang tepat, InsyaAllah sedikit demi sedikit segalanya akan berubah.
Dan buat wanita diluar sana, percayalah. Dalam diri dan hati seorang suami dan ayah, mereka ingin memberi seluruh dunia dan isinya pada kalian dan anak-anak.
Mereka ingin memberi sebesar mana kesenangan. Sebanyak mana kebahagiaan. Namun terkadang masanya belum sampai. Terkadang doa itu Tuhan masih belum lepaskan.
Maka terus saja setia. Terus saja bersabar. Terus saja menadah tangan berdoa. Dan teruslah menyokong dia sentiasa.
Di suatu masa yang tepat, satu persatu doa kita Allah makbulkan. Percayalah!
#MFS – Suatu pengkisahan –
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak salah kita menunaikan impian anak kecil kita jika berkemampuan. Asal anak happy, mak ayah pasti turun sama merasa bahagia.
Impian anak kecil, Mikayla Delisha Hakim, anak ketiga pasangan selebriti Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang mahu memilih tema bak patung Barbile di hari sambutan hari kelahiran keempatnya disambut baik pasangan itu.
Malah sebolehnya, baik Memey dan Norman cuba merealisasikan impiannya yang mahu kelihatan seperti patung Barbie serta tema Barbie sebaik mungkin sepanjang majlis berlangsung.
Melalui Instagramnya, Memey turut memuat naik beberapa keping gambar kenangan sepanjang majlis itu sebagai kenangan mereka.
“Mummy mulakan gambar pertama sebelum beribu gambar menyusul untuk majlis hari ni.
“Tumpang lalu timeline boleh? Untuk kenangan anak-anak bila dah membesar,” kongsi Memey di Instagramnya.
Malah kata Memey lagi, dia dan suami sepakat memilih tema Barbie dengan campuran warna pink sebagai warna utama, seperti yang diinginkan anak kecilnya.
“@mikayladelishahakim nak jadi Barbie, jadi mummy papa tunaikan. Alhamdulillah nampak dia happy sangat-sangat. Banyak kali dia kiss mummy cakap tq,” tulisnya berkongsi.
Bukan sahaja si comel Mikayla Delisha yang cantik bak puteri bahkan Memey, Norman serta seisi keluarga mereka tampil segak dengan pakaian putih dan merah jambu.
Meninjau di Insta Story Memey, nampak keterujaan anak kecil itu untuk memakai gaun cantik pilihannya bersama kawan-kawan.
Majlis ringkas tapi meriah itu turut sama dihadiri keluarga besar mereka, Abby Abadi sekeluarga dan adik beradik yang lain.
Majlis comel bertemakan patung Barbie itu bukan hanya meriah dengan kehadiran kawan-kawan bahkan rakan selebriti turut diundang.
Semua orang punya cara sendiri untuk menyimpan wang simpanan. Ada yang gemar menyimpan melalui akaun emas namun ada juga yang gemar membuat tabungan atau menyimpan dalam tabung amanah.
Lain pula kisahnya dengan pasangan ini yang memilih menyimpan wang dengan pasangan. Bukan hanya lebih mudah bahkan lebih semangat untuk sama-sama menyimpan.
Bermula dari RM1 hinggalah simpanan setahun sebanyak RM465. Memang banyak! Jom ikuti cara pasangan ini, Hafizul Hakim dan isterinya menyimpan wang.
Tips simpan duit cara ekstrim! Okay ini caranya:
1. Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.
2. Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.
3. Katakan suami pilih nombor ganjil maka isteri dapat nombor genap lah.
Pada 1hb setiap bulan, suami masukkan RM1 dalam balang dan tanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1hb.
Esok harinya pada 2hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan tick-kan pada 2hb pada kalendar.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.