Anak Comot, Berlari Sana-Sini, Makan Tumpah, 3 Kali Ganda Lebih Sihat

Share

Kebanyakan anak-anak sekarang dah tiada keseronokan masa kecilnya macam kanak-kanak dulu disebabkan kekangan dari ibu bapa sendiri.

Jika diperhatikan dengan trend hari ini anak-anak kecil dah terhad aktiviti fizikalnya seperti berlari sana-sini dengan berkaki ayam, memanjat, bermain di padang atas alasan keselamatan dan ibu bapa tiada masa kerana bekerja.

Disebabkan faktor inilah, anak-anak sekarang dipaksa untuk jadi ‘dewasa’ hingga melenyapkan fitrah zaman kanak-kanaknya untuk berkawan dan bermain dengan kanak-kanak seusianya.

Kebanyakan ibu bapa sekarang selesa mengetengahkan kehidupan anak-anak di laman sosial dengan menampilkan kehidupan anak-anak yang elok-elok sahaja.

Seperti yang dikongsikan oleh Pakar Motivasi, Najmi Nawawi ia umpama norma masyarakat untuk menjadikan anak mereka ‘Instagram/Facebook Worthy’ untuk ditayang di laman sosial. Bangga dengan anak itu tidak salah, tapi ianya akan jadi salah jika kita bunuh fitrah mereka.

Fitrah anak-anak untuk bermain, untuk comot, berlari sana sini, memanjat, berguling di padang, makan tumpah, rumah berselerak, main dengan binatang dan sebagainya.

Fitrah ini ialah sebenarnya suatu yang perlu dipelihara. Kerana melalui fitrah yang dianggap ‘not Instagram/Facebook worthy’ inilah yang akan menguatkan otot, menyihatkan saraf dan menyiapkan kekuatan mental mereka.

Jika kita terlalu mementingkan apa yang orang lain kata daripada memelihara fitrah anak kita sendiri. Mahu anak bersikap ‘dewasa’ untuk mendapat pujian manusia. Dikhuatiri kita akan menyesal satu hari nanti.

Sebab itu, para saintis juga mendapati bahawa tindakan menghalang anak daripada meneroka dunia luar ini menjadikan anak 3 kali ganda lebih cenderung menghidapi lelah (asthma), alergi, obesiti dan diabetes.

Kesimpulannya, anak yang comot ialah 3 kali ganda lebih sihat.

Sumber: Najmi Nawawi

 

Published by
Wan Amy