Bila nak cepat tapi tetap nak beri anak makan hingga kenyang, sandwich dan nugget selalu jadi pilihan kita untuk disediakan buat anak-anak. Pun begitu nak sediakan sandwich pun mengambil masa. Sudahnya menggoreng nugget segera adalah jalan paling pantas.
Keluarkan sahaja daripada peti ais, panaskan minyak dan goreng hingga garing. Siap!. Pun begitu nak membeli nugget bukanlah murah. Kalau mama kreatif dan suka nak cabar diri memasak, apa kata kita cuba hasilkan sendiri nugget untuk anak. Sihat dan jimat!
Jom tiru cara yang dikongsikan oleh Mazlina Muda ni. Nampak macam senang je nak buatnya. Jadikan hujung minggu ni paling bermakna buat anak-anak kita. Jom masak sama-sama.
ANAK ANAK KENYANG DAN HAPPY DENGAN NUGGET HOMEMADE PENUH KASIH SAYANG IBU
Ya Allah, kenyangnya perut ni. Baru siap kendurikan sepinggan dua pinggan nugget homemade versi ibu moden yang semua kerja nak cepat siap!
Sebenarnyaa dari tahun lepas lagi kononnya Eina nak try la buat nugget untuk 3 orang askar cilik kat umah ni. Walaupun first time buat okaylah, anak-anak kata sedap macam nugget tempura.
Nahh, Eina belanja sikit gambar kot ada yang nak try buat untuk anak anak.
Tada, ni bahan-bahan dia. Simple je. Biasa bahan ni memang selalu ada kat dapur umah kita kan. Eina tak pakai sukatan pun. Ubi kentang tu rebus dulu.
Campurkan semua dulu, biar mesra dan kisar. Nota: tepung gandum + tepung jagung biarkan dulu.
Ni dia! Lepas blender kasi lumat keluarkan dan letak dalam loyang atau apa saja yang sesuai la. Sayur tu tak semestinya masuk lobak je. Kalau korang nak letak daun sup pun okay je. Masa ni jangan lupa panaskan kukusan. Kukus dalam 15-20 minit.
Ni lepas dah siap kukus.
Lepas tu, rendam dalam telur sekejap dan celup je dengan tepung gandum dan tepung jagung tadi. Dah siap rendam boleh terus goreng. Goreng biar sampai warna badannya cemerlang keemasan ye.
Akhirnya siap dimakan! Korang trylah buat yer. Senang sangat.
Kredit: Mazlina Muda
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI