Ads
Home Keibubapaan Penjagaan Anak Anak Dah 3 Tahun Tapi Tak Pandai Bercakap? Ibu, Sila Kenal Pasti...

Anak Dah 3 Tahun Tapi Tak Pandai Bercakap? Ibu, Sila Kenal Pasti Tanda Lewat Pertuturan Ini

Ads

Pastinya akan hadir rasa bimbang apabila si kecil masih sukar bertutur walaupun sudah berusia 3 tahun. Bertenang, ada cara mengatasi anak lambat bercakap yang boleh dicuba.

Lewat pertuturan

Secara amnya, seorang kanak-kanak yang berusia 2 tahun boleh menyebut sekitar 50 perkataan dan bertutur dalam ayat yang mengandungi 2 hingga 3 patah perkataan.

Perbendaharaan kata mereka akan meningkat kepada hampir 1,000 perkataan apabila mencecah usia 3 tahun.

Anak Dah 3 Tahun Tapi Tak Pandai Bercakap? Ibu, Sila Kenal Pasti Tanda Lewat Pertuturan Ini

Pada usia ini anak sudah boleh bercakap dalam ayat dengan bilangan perkataan antara 3 hingga 4 patah.

Sekiranya anak masih belum mencapai perkembangan tersebut, mereka mungkin mengalami keadaan lewat pertuturan (speech delay).

Keadaan ini boleh berlaku disebabkan oleh gangguan pendengaran, neurologi mahupun perkembangan.

Mesti anda tertanya-tanya adakah terdapat petua anak lambat bercakap?

Dalam kebanyakan kes lewat pertuturan akan dapat diatasi dengan berkesan.

Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengenal pasti tanda anak mengalami kelewatan pertuturan dan cara mengatasi anak lambat bercakap.

Ads

Cara mengatasi anak lambat bercakap: Fahami perbezaan lewat pertuturan dan bahasa

Sebelum kita mengetahui cara mengatasi anak lambat bercakap, ambil tahu perbezaan antara lewat pertuturan dan lewat bahasa (language delay).

Pertuturan adalah ungkapan lisan bahasa dan merangkumi artikulasi iaitu cara kita membentuk bunyi dan perkataan.

Seorang kanak-kanak dengan masalah kelewatan pertuturan mungkin tidak dapat menggunakan banyak perkataan seperti individu seusianya.

Lewat bahasa pula berlaku jika anak mengalami kesukaran memahami apa yang dikatakan individu lain atau tidak dapat menyatakan apa yang difikirkan mereka.

Ini termasuklah secara verbal, bukan verbal dan tulisan.

Masalah lewat pertuturan kanak-kanak 3 tahun

Kemahiran pertuturan dan bahasa bermula sejak bayi.

Seiring peredaran masa, celoteh (babbling) bayi yang tiada makna akan berkembang menjadi perkataan pertama dapat difahami.

Ads

Umumnya, lewat pertuturan bagi kanak-kanak berusia 3 tahun adalah apabila mereka tidak mencapai titik perkembangan biasa.

Namun, keadaan itu tidak bermakna ia didasari oleh masalah serius.

Kelaziman bagi kanak-kanak berusia 3 tahun:
  • Menggunakan lebih kurang 1,000 patah perkataan
  • Memanggil diri dan individu lain dengan nama
  • Boleh menggunakan kata nama, kata sifat dan kata kerja dalam ayat yang mengandungi 3-4 patah perkataan
  • Mampu bertanyakan soalan
  • Boleh bercerita dan menyanyi lagu

Petua anak lambat bercakap: Kenal pasti simptomnya

Sekiranya anak tidak bertindak balas terhadap suara atau bunyi, ia perlu dibawa untuk pemeriksaan doktor segera.

Dalam keadaan biasa, sukar untuk ibu bapa mengetahui sama ada anak mengambil masa yang lama untuk mencapai perkembangan pertuturan atau bahasa mahupun mengalami masalah tertentu.

Berikut antara tanda yang boleh dikenal pasti jika si kecil mungkin mengalami masalah dan pemeriksaan doktor perlu dilakukan:

  • Menjelang usia 12 bulan: Tidak menggunakan isyarat seperti melambai tangan
  • Menjelang usia 18 bulan: Lebih suka gerak isyarat daripada berkomunikasi verbal
  • Menjelang usia 18 bulan: Berdepan kesukaran meniru bunyi seperti bunyi kucing
  • Menghadapi masalah untuk memahami arahan ringkas
  • Berusia 2 tahun: Hanya dapat menurut kata-kata atau perbuatan dan tidak bertutur perkataan atau frasa secara spontan
  • Usia 2 tahun: Menggunakan bunyi atau perkataan berulang dan tidak dapat menggunakan bahasa lisan untuk berkomunikasi lebih daripada keperluan segera
  • Usia 2 tahun: Tidak dapat mengikuti arahan mudah
  • Usia 2 tahun: Mempunyai nada suara luar biasa seperti suara kasar atau sengau

Anda disarankan membawa anak untuk pemeriksaan doktor jika pertuturannya sukar untuk difahami pada tahap usia mereka:

Ads
  • Ibu bapa seharusnya boleh memahami sekitar 50% percakapan anak pada usia 2 tahun dan 75% daripadanya ketika berusia 3 tahun
  • Pada usia 4 tahun, apa yang diucapkan kanak-kanak seharusnya dapat difahami, sama ada oleh ibu bapa ataupun individu luar

Punca anak alami lewat pertuturan

Masalah kelewatan percakapan ini mungkin disebabkan oleh:

  • Gangguan mulut – Masalah dengan lidah atau lelangit. Dalam istilah perubatan di sebut ankyloglossia (tongue tie), di mana lidah disambungkan ke lantai mulut
  • Frenulum pendek (lipatan bawah lidah) yang boleh mengehadkan pergerakan lidah

Diagnosis & cara mengatasi anak lambat bercakap

Sekiranya anak mungkin menghadapi masalah, penting untuk melakukan pemeriksaan segera dengan ahli patalogi bahasa pertuturan (SLP).

SLP akan memeriksa kemahiran pertuturan dan bahasa anak melalui ujian standard.

Pakar terapi juga akan memeriksa:

  • Apa yang difahami anak – disebut bahasa reseptif
  • Apa yang anak boleh ucapkan – disebut bahasa ekspresif
  • Pengembangan suara dan kejelasan pertuturan
  • Status oral-motorik anak – bagaimana mulut, lidah, lelangit dan bahagian lain bekerjasama untuk bersuara, makan dan menelan
Cara mengatasi masalah anak lambat bercakap melalui:
  • Terapi pertuturan-bahasa
  • Perkhidmatan intervensi awal
  • Merawat keadaan yang mendasari
Cara mengatasi anak lambat bercakap: Apa yang boleh ibu bapa lakukan?

Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam membantu anak yang mempunyai kesukaran untuk bercakap.

Berikut antara petua anak lambat bercakap yang boleh dicuba di rumah:

  • Fokus pada komunikasi – Bercakap dan bernyanyi dengan anak serta menggalakkan mereka meniru bunyi dan isyarat
  • Membaca kepada anak – Mulakan membaca apabila anak masih bayi
  • Guna situasi harian – Bercakap sepanjang hari dengan anak mengenai apa yang anda buat, lihat atau makan. Pastikan ia perkara mudah

Kesimpulan

Kelewatan pertuturan untuk seorang kanak-kanak bererti mereka tidak dapat mencapai titik pekembangan pada usia tertentu.

Umumnya, keadaan ini bukanlah satu masalah besar kerana anak mempunyai fasa perkembangan yang tersendiri.

Tetapi jika masalah tersebut dialami si kecil anda, usah risau dan bawalah mereka berjumpa pakar.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI