Melangkah masuk ke kediaman wanita ini, aura tenangnya begitu terserlah. Suasana rumah yang lapang, putih bersih dan berbau harum bunga segar, menggambarkan personaliti tuan rumah yang cukup bersahaja, tersusun dan manis budi bahasanya.
Dialah Wan Khatijah, figura yang pernah mencuri perhatian ramai menerusi kemenangannya program Dewi Remaja satu ketika dahulu. Hari ini, walaupun sudah meniti usia dan membawa gelaran isteri serta ibu, pesona Wan Khatijah tetap tidak pudar. Malah, ramai menganggap dia seolah awet muda dengan wajah tetap jelita, tutur kata lembut, dan tetap mesra melayan sesiapa sahaja yang bertandang.
Bersama suaminya, Azlisham Ibrahim, bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Selangor pasangan ini cukup serasi. Sama-sama kelakar, suka bergurau dan menyenangkan suasana. Kadang bila bercerita pun, mereka akan menyampuk antara satu sama lain bukan kerana tak sabar, tapi kerana terlalu selesa dan serasi. Ada momen kita rasa macam tengok pasangan baru bercinta, bukan pasangan yang sudah lebih 20 tahun hidup bersama.
Bila ditanya mengenai konsep dekorasi rumahnya, Wan Khatijah hanya ketawa kecil.
“Sejujurnya… rumah ni tak ada konsep pun. Masa buat dulu saya cuma nak rumah yang kosong, lapang dan selesa. Sebab keluarga kami besar. Kadang sebulan dua kali kami akan berkumpul. Bayangkan lebih 45 orang – adik-beradik, sepupu, anak-anak saudara semua datang. Jadi open space tu penting. Barang pun biar sikit tapi perlu.”
Dari ruang tamu ke dapur, semuanya terbuka luas. Tak banyak sekatan dinding. Hanya sebatang bunga besar diletakkan sebagai ‘penutup lembut’ supaya tak terus nampak dapur.
Dan menariknya, ruang makan sengaja diletakkan dekat dengan pintu utama. “Supaya lebih manis, orang datang terus nampak meja makan, nampak gambar suami,” katanya sambil tersenyum.
Cinta Yang Bermula Di Sesi Foto Majalah
Siapa sangka, cinta mereka bermula ketika sesi fotografi. Wan Khatijah ketika itu menjalani sesi bergambar untuk Dewi Remaja dan suaminya pula untuk majalah bola sepak, kedua-duanya terbitan Karangkraf. Kebetulan sesi fotografi mereka diadakan pada hari yang sama. Dari sekadar berbual kosong, mereka akhirnya jadi mesra.
Ads
“Dia pelawa saya tengok wayang,” kata Wan Khatijah sambil ketawa kecil. “Kami anggap itu macam date pertama… ”
Suaminya pula menyampuk sambil tersipu, “Mula-mula saya segan… dia Dewi Remaja. Siapalah saya pemain bola je. Tapi lepas borak, dia boleh terima saya seadanya.”
Kini, lebih dua dekad berlalu, cinta mereka makin matang dan tetap penuh tawa bersama empat cahaya mata penyeri kehidupana mereka.
Petua Bahagia – Mata Bertentang Mata
Sewaktu ditanya tentang rahsia rumahtangga bahagia, Wan Khatijah berkongsi satu pesan yang cukup bermakna dari arwah ibu mentuanya
Ads
“Kalau bercakap, mata kena tengok mata. Sebab dari mata tu boleh turun ke hati. Nak marah pun jadi reda. Nak merajuk pun cair.”
Dan mungkin itulah yang menjadi rahsia hubungan mereka. Mesra, saling menghormati, tak pernah rasa janggal walau sudah bertahun hidup bersama.
Rumah, Bunga, Dan Hobi Yang Mencerminkan Jiwa
Antara perkara paling mencuri perhatian di rumah ini adalah bunga. “Dekat rumah ni, hampir setiap ruang ada bunga segar. Tapi bukan saya je suka bunga. Suami saya pun suka.”
Setiap minggu, suaminya akan beli bunga segar, pilih sendiri, dan hias sendiri di rumah.
“Sebab dia suka bau bunga segar dalam rumah. Katanya, itu terapi dia.”
Bagi Wan Khatijah pula, terapinya datang dalam bentuk travel, walaupun katanya bukanlah destinasi itu yang penting, tapi perasaan bila sampai di lapangan terbang.
“Saya suka sangat travel. Tak kisah ke mana. Janji sampai airport tu dah rasa tenang. Itu my therapy. Tapi dekat rumah, saya suka masak, suka kemas, dan saya suka buat table setting.”
Meja Makan – Ruang Paling Disayang
Bila ditanya ruang kegemaran dalam rumah, dia terus jawab: “Meja makan.”
Di situlah banyak kenangan tercipta. Dari anak-anak kecil hingga dewasa, daripada juadah kampung ke western food — semuanya dikongsi di meja makan.
Ads
“Saya suka table setting. Biasanya dua kali seminggu saya akan susun ikut tema. Kadang ikut makanan – kalau western, saya ikut konsep botanical English. Tapi kalau masakan kampung, saya akan keluarkan tikar, pinggan mangkuk kampung.”
Anak-anak kadang suka, kadang komplen banyak pinggan nak basuh, tapi mereka tahu itulah cinta ibu mereka dalam bentuk yang paling cantik.
Wan Khatijah bukan sekadar bekas Dewi Remaja yang cantik. Dia adalah wanita, isteri, ibu dan sahabat yang membina hidupnya dengan nilai dan rasa. Dari rumah ke hati, semuanya dibuat dengan cinta.
Dia tak perlukan rumah besar penuh perabot mahal. Cukup ruang yang bersih, bunga segar dan gelak tawa suami. Dan itu mungkin satu pesan indah untuk kita semua kadang bahagia itu tak kompleks. Ia cuma perlukan kesederhanaan yang ikhlas.
NAK TAHU LANJUT JOM TENGOK VIDEO NI:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sudah menjadi kebiasaan untuk kita berkongsi berita gembira dengan insan-insan terdekat. Sebagai contoh, berita tentang kehamilan adalah sesuatu yang sangat membahagiakan dan seronok untuk dikongsi.
Sekiranya itu adalah kehamilan pertama, mungkin suami yang akan terkejut dan susah nak percaya. Namun, lain pula kisahnya jika si ibu mengandung anak seterusnya. Nak berkongsi berita mengandung bukan dengan suami saja tetapi anak yang lain juga.
Begitulah yang berlaku kepada pemilik akaun TikTok @ibucantik22 yang merakam momen lucu apabila dia menunjukkan alat ujian kehamilan (UPT) kepada anaknya untuk memaklumkan yang dirinya mengandung.
Reaksi terkejut Khairunisa apabila mendapat tahu ibunya hamil.
Pada awalnya kanak-kanak perempuan itu seperti tidak percaya dengan apa yang diberitahu oleh ibunya sehinggalah perkara itu diiyakan oleh si adik. Yang kelakrnya apabila pertanyaan anak perempuannya itu yang seakan-akan seerti tidak berpuas hati dengan berita tersebut.
“Siapa mengandung?”.
“Ibu, ibu.”
“Hah?”.
“Betullah..”
“Ibu? Ibu cakap lah betul-betul.”
“Betullah, tengok ni ibu punya.”
“Ibu.. Pregnant? Lagi..??”
“Last-last. Baba cakap last. Doa-doa semoga dapat baby boy.” (sambil ketawa)
Sebenarnya kanak-kanak perempuan tersebut bernama Khairunisa merupakan anak ketiga dari lima beradik. Malah menurut ibu yangmesra disapa sebagai Ameera ini, anak sulung dan keduanya kini juga sudah mencecah usia 20 dan 19 tahun.
“Anak-anak semuanya seronok dan tak percaya yang ibunya pregnant. Sekarang anak-anak dah mula tanya baby boy atau girl, tapi harapnya lelaki sebab dah ramai perempuan. Mereka pula yang fikir supaya adik kelima mereka yang sekarang berumur tiga tahun untuk tidur di bilik lain supaya ibu selesa.”
Tambahnya lagi, Khairunisa merupakan anak yang sangat rajin, pandai berdikari dan sangat ringan tulang. Dia banyak membantu ibunya menguruskan adik-adik serta membuat kerja rumah memandangkan anak-anak yang lebih tua sudah ada tanggungjawab pada keluarga sendiri.
Diharapkan perjalanan kehamilan ibu ini dipermudahkan dan keluarga besar mereka akan bertambah meriah dengan kehadiran cahaya mata keenam. Video ini juga sebenarnya telah dirakam sewaktu awal-awal si ibu mengetahui dirinya hamil lanak keenam. Tahniah sekali lagi!
Zahirah MacWilsonbersalin anak kedua, kali ini ‘baby girl,’ Inara Raisa nama pilihan. Pelakon Zahirah Macwilson selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Jumaat lalu pada kira-kira pukul 8.58 malam di Perth, Australia.
Zahirah MacWilson Selamat Bersalin ‘Baby Girl’
Berkongsi foto keluarga, khabar gembira tersebut dimaklumkan menerusi Instagram sambil mempamerkan wajah bayi perempuannya yang diberi nama Inara Raisa.
Kali Ini ‘Baby Girl,’ Inara Raisa Nama Pilihan
“ALHAMDULILLAH, KELUARGA KAMI LENGKAP DENGAN EMPAT ORANG.
“RAIKAN PUTERI KAMI, INARA RAISA YANG DILAHIRKAN PADA JUMAAT LALU 31 MEI PADA PUKUL 8.58 MALAM.
Dalam masa sama, isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza itu turut mendoakan kesejahteraan bayi perempuannya.
“TERIMA KASIH SEMUA ATAS DOA DAN UCAPAN. KAMI SANGAT BERSYUKUR.
“SEMOGA ALLAH S.W.T MELINDUNGI DAN LIMPAHKAN AWAK DENGAN KEBERKATAN, INARA,” UJARNYA.
Terdahulu, Aiman berkongsi gambar isterinya melakukan pemeriksaan ultra bunyi. Pasangan ini juga sebelum ini telah mengumumkan jantina anak kedua mereka dalam sebuah majlis istimewa bersama keluarga dan kenalan terdekat di kediaman mereka April lalu.
Untuk info, Zahirah dan Aiman telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung, Isaac Raees pada 5 Januari 2021.
Tinggal lagi empat bulan sahaja, tahun 2022 bakal melabuhkan tirainya. Bagi mak ayah yang anaknya bakal melangkah ke sekolah pastinya persiapan dilakukan lebih awal supaya tidak berlakunya persiapan di akhir waktu.
Paling mendebarkan tahun hadapan, dua perbelanjaan bakal bertembung iaitu pembukaan sesi sekolah baru dan bulan Ramadan serta persiapan Hari Raya yang jatuh pada bulan Mac dan April.
Perkongsian Nor Faizah yang berkongsi kalendar tahun 2023 ini mak ayah perlu ambil berat. Bagi mengelakkan perbelanjaan yang banyak pada satu masa, disyorkan untuk melakukan persiapan awal. Barulah tak terkejut nanti.
Puasa bulan 3. Naik sekolah bulan 3, makanya tahun depan tailor kena susun jadual bagi molek la ya.
Bukan tailor ja, mak ayah pun kena bijak berbelanja sebab dalam bulan berturutan ada 2 perbelanjaan besar. Susun jadual perbelanjaan bagi elok ya.
Kalau boleh hujung tahun prepare siap-siap baju sekolah, kasut sekolah, buku skolah atau hujung tahun prepare siap-siap baju raya duit raya, duit balik kampung.
Tailor pun kena atuq jadual bagi molek. Sat gi tempahan raya kelaut tempahan baju sekolah tenggelam.
Hampa yang nak jahit baju sekolah tu tempah awai-awai. Jangan sat gi kata maaflah kami ambik baju sekolah dulu bayaq kendian. Jangan dok buat muka kesianlah.
Sebab kesian jugak kat kami kalau kerja penat-penat tak dapat gaji. Tailor, pakat belajaq dari kesilapan la na.
Gambar hiasan.
Dan yang penting jahit bagi ikhlaslah kot mana pun. Jangan dok main asal boleh ja, jahitan macam budak baru belajaq. Upah mahai tahap pro.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.