Pejam celik kini usia bayi anda sudah menjangkau 6 bulan. Tibalah masanya untuk anda berikan makanan pejal pertama kepada si kecil tersayang. Mungkin tiada masalah untuk ibu yang punya ramai anak, namun untuk ibu bapa yang pertama kali pasti terbit sedikit rasa gementar. Persoalan makanan apa yang sesuai, bagaimana cara penyediaan dan sebagainya tentu ada bermain di akal fikiran. Ikuti kupasan lanjut dalam artikel di bawah.
Makanan bayi yang baik dan sihat adalah makanan yang anda buat sendiri dengan pemilihan daripada bahan-bahan yang segar dan semulajadi. Cara penyediaan dan juga cara penyimpanan juga memainkan peranan penting untuk memastikan si kecil anda suka dengan makanan yang dibuat.
Bahan makanan yang sesuai
Pemilihan makanan yang segar dan semulajadi adalah penting kerana makanan untuk bayi haruslah daripada sumber yang terbaik. Sayur-sayuran serta buah-buahan adalah sumber makanan yang paling baik untuk anda berikan kepada si kecil.
Sebaiknya pilihlah sayur dan buah yang ditanam secara organik kerana ia bebas daripada risiko tercemarnya dengan racun serangga dan juga lebih segar. Hasil tanaman organik mungkin agak mahal dan susah untuk didapati, oleh itu anda juga boleh menggunakan sayur dan buah-buahan biasa tetapi pastikan makanan tersebut dikupas kulitnya dan dicuci dengan bersih.
Peralatan untuk menyediakan makanan bayi
Peralatan yang akan anda gunakan untuk menyediakan makanan bayi anda haruslah yang betul-betul bersih. Anda dicadangkan tidak mencampurkan peralatan untuk penyediaan makanan bayi dengan peralatan yang lain supaya ia lebih terjamin bersih dan tidak melekat rasa yang ada pada peralatan lain. Antara peralatan yang perlu ada untuk menyediakan makanan bayi adalah:
Pengisar
Freezer bags
Pisau atau alat pengupas buah
Pengukus
Bekas kecil atau bekas ais batu
Periuk
Papan pemotong
Ads
Sebagai makanan pertama, buah-buahan yang akan diberikan kepada anak anda perlulah dikupas kerana bimbang organ pencernaan bayi tidak dapat mencernanya dengan baik. Jangan lupa untuk mencucinya terlebih dahulu sebelum dikupas dan dipotong. Ia penting untuk memastikan bacteria pada kulit tidak akan bercampur dengan isi buah ketika anda memotong buah yang telah dikupas dan tidak dicuci.
Cara penyediaan makanan
Biasanya bayi berumur 6 bulan akan makan puri atau bubur yang dikisar halus. Kemudian mereka boleh diperkenalkan dengan makanan jejari (finger food) setelah berumur 9 bulan. Mereka sudah boleh diperkenalkan dengan makanan yang anda makan setelah umur mereka 1 tahun.
Sayuran dan buah-buahan yang akan dikisar menjadi puri sebaiknya direbus atau dikukus terlebih dahulu. Namun perlu anda ingat, semakin lama sayuran berada di dalam air, semakin banyak nutrisi yang hilang. Oleh itu, tunggulah hingga air mendidih sebelum anda memasukkan sayuran ke dalam periuk. Cara lain untuk lembutkan sayuran adalah dengan mengukus.
Jika anda menggunakan kaedah rebusan, jangan dibuang airnya, sebaliknya gunakan air tersebut untuk mengisar sayuran tadi. Dengan cara itu nutrisi daripada sayuran yang akan dimakan bayi anda tidak akan hilang begitu sahaja.
Ads
Sebagai makanan pertama bayi, puri yang dibuat perlulah dikisar halus dan cair supaya mudah untuk proses pencernaan si kecil yang sudah biasa dengan susu ibu atau susu formula sahaja. dari masa ke semasa anda boleh mula perkenalkan puri atau bubur yang agak pekat dan kental supaya mereka menjadi biasa.
Untuk membiasakan bayi makan apa yang anda makan, anda juga boleh menambahkan dengan sedikit ramuan yang Selamat seperti bawang putih, jintan dan halia ke dalam puri yang dibuat. Bahkan anda juga boleh mula perkenalkan minyak zaitun kepada si kecil secara berperingkat. Perlu anda ingat jangan sesekali menambah garam atau gula dalam makanan anak anda yang berumur kurang dari 1 tahun!
Ads
Adik jom makan!
Pelbagaikan makanan yang anda beri kepada si kecil dengan cara memperkenalkan 1 jenis bahan sahaja selama 3 hari. selain membiasakan diri si kecil dengan rasa yang baru, ia juga penting untuk anda melihat kemungkinan si kecil alahan terhadap sesuatu makanan itu. Jika tidak suka dengan rasa tersebut dan tiada alahan yang dialami, jangan mudah putus asa teruskan memberi bahan tersebut sehingga 10 kali supaya mereka benar-benar serasi dengan rasa makanan tersebut.
Bayi yang sudah terbiasa menerima pelbagai rasa dalam makanan sudah boleh anda perkenalkan kepada hidangan lain yang menggabungkan lebih daripada 1 bahan. Selain itu, untuk rasa yang tidak terlalu asing pada makanan pertama bayi, adalah baik untuk anda menambah susu ibu atau susu formula ke dalam puri atau bubur yang anda sediakan. Bayi pasti lebih menyukainya kerana rasa yang sama dengan susu yang pernah mereka minum. Semakin bayi anda membesar, anda juga boleh menambahkan daging ayam yang dicincang dalam makanan mereka.
Cara menyimpan makanan bayi
Makanan yang anda buat boleh juga disimpan di dalam peti ais bahagian sejuk beku. Anda boleh menggunakan bekas kecil yang berpenutup atau bekas khas yang banyak dijual di pasaran kini. Bekas ais batu juga boleh anda gunakan tetapi setelah ia mengeras, alihkan ia ke dalam freezer bags dan simpan kembali ke dalam peti ais bahagian sejuk beku. Jangan lupa untuk keluarkan dahulu udara yang ada di dalam plastic tersebut sebelum di meterai.
Bubur sayuran dan buah yang disimpan dengan cara ini dapat bertahan sehingga 4 hingga 6 bulan sementara bahan berprotein seperti ayam, ikan dan daging dapat bertahan sehingga2 bulan. Untuk menghidangkan semula makanan yang disejuk beku, anda tak perlu panaskan semula, cukup merendamnya ke dalam air suam atau air biasa atau biarkan berada pada suhu bilik selama beberapa ketika. Ini kerana makanan bayi tidak disajikan ketika panas tapi pada suhu normal untuk memudahkan bayi anda makan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kentang goreng antara menu yang cukup mudah disediakan pada anak-anak kita. Selain tinggi karbohidrat, kentang juga cukup mengenyangkan jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Solusi untuk anak-anak yang kurang gemar makan nasi dan boleh dijadikan untuk minum petang. Pun begitu, jangan tambahkan dalam garam untuk anak di bawah usia 2 tahun.
Kurangkanlah garam untuk anak-anak yang sudah besar kerana itu adalah yang terbaik. Sikit sahaja sudah mencukupi. Resipi potongan zigzaq yang dikongsikan oleh Fafae Mimie ini rupanya membuatkan kentang jadi lebih rangup. Tak percaya jom kita cuba buatkan petang ini?
Malam-malam buat frozen fries. Beza rupanya ya buat bentuk zigzag ni dia lagi rangup dari potong pisau. Bagi anak yang suka sangat makan fries, boleh la try buat ni, sebjik rasa macam fries frozen tu.
Kentang.. pilih yang bulat dan comel-comel je. Senang nak potong nanti.
Hiris dulu.
Saya guna hujung penyagat ni je, saya search resepi dalam ni baru la tau benda alah ni boleh potong kentang.
Siap potong.
Didihkan air, rebus dalam 6 minit. Toskan.
Gaul dengan tepung gandum sikit dalam 3 4 sudu je dan 1 2 sudu lada sulah. Kalau budak kecik nak makan kurangkan lada sulah, nanti pedas pulak.
Goreng.. untuk frozen goreng separuh masak je. Untuk makan, goreng lama sikit sampai keperangan rangup.
Nak makan gaul dengan secubit garam (kalau bayi tak payah). Siap!
PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA
Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle setiap minggu? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa !
Roti canai antara sajian sarapan kegemaran ramai termasuk anak-anak. Lebih enak kalau dihidang bersama kuah kari serta sambal yang power! Kalau mama nak buat sendiri roti canai untuk keluarga, boleh ikuti resipi ini.
Resipi ini sesuai untuk anak berumur 3 tahun ke atas kerana terdapat garam, gula di dalam bahan adunan. Bagi anak yang mempunyai alahan terhadap telur, roti ini sesuai kerana tiada telur dalam bahan adunanya.
ROTI CANAI (tanpa telur)
Bahan-bahan;
*1 sb gula
*1 sb susu pekat
*1 sb planta ( cairkan dalam kuali )
*1 sudu kecil kfc garam
*1 cawan air sejuk dari peti
4 cawan gandum
Cara penyediaan;
Sebatikan smua bahan bertanda untuk bagi gula larut, pastu masukkan gandum sedikit-sedikit sambil tu uli. Uli sampai sampai doh jadi licin. Lepastu bulatkan ikut besar mana kita nak.
Agak-agak la, saya buat dapat 10 biji. Nak besar lagi boleh buat 8 biji je. Lepas tu sapu minyak, sebenarnya minyak tu sikit je, tapi bila dah tengelam roti tu nampak macam banyak.
Dalam 3-4 jam dah boleh goreng. Masa tebar dengan goreng minyak tak perlu guna banyak sangat dah. Cara tebar boleh google. Saya pun blajar dari google tapi tak. Saya pun tak berapa pandai jugak… Tapi suka mencuba… So selamat mencuba la semua yea…😊
Sumber: Rohani Ibrahim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bulan puasa ni, bosan juga asyik makan menu gulai-gulai dengan nasi putih kan. Apa kata tukar selera sikit. Kadang menu yang kita tak pernah cuba buat, itulah yang boleh menambat hati seisi keluarga.
Apa kata cuba resipi Nasi Khao Mok. Sebenarnya resipi Nasi Khao Mok ni adalah nasi briyani Thailand. Bagi yang biasa pergi ke Thailand sebelum ini pasti dah pernah rasa. Jika yang tak pernah pergi tapi dah rasa menu ni pasti dah tau kesedapannya.
Nasi ni simple je untuk buat cuma wajib ada rempahnya. Nak tahu bahan dan cara membuatnya, resipi yang dikongsikan Nazira Zaini ini mudah dan menarik.
Siapa pernah ke utara sempadan thailand mesti tau nasi ni.. Sos nasi ni saya buat 2 versi.. Bila dicampur kedua-duanya bertambah padu dan cukup rasa.
Resepi lengkap saya sediakan ada pada gambar.
Cara untuk sediakan ayam berempah
Mula-mula perap ayam dan bahan-bahannya..
1/2 ayam
4 ulas bwg putih*
1 biji bwg besar*
2 inci halia*
1 inci lengkuas*
4 batang serai*
1 cawan tepung jagung
1 sb rempah kari
1 sb cili mesin
1 sk serbuk pati aym
2 tangkai daun kari
2 sb ketumbar biji
1 sk garam
Blend bahan *.. Campur semua bahan blend dan lain tu.. Gaul pada ayam.. Perap sekurangnya 1 jam.. Kemudian goreng.. Medium heat..
Resepi nasi saya olah sendiri.. Insyallah sedap.. Rempah ni saya beli kt shoppee je awak..Type je rempah nasi khao mok..
Nasi Khao Mok
3 cawan beras
3 sb minyak sapi
3 sb minyak masak
1 biji bawang merah (hiris halus)
4 ulas bawang putih (hiris halus)
1 inci halia ( hiris halus)
2 daun pandan
1 pek rempah khao mok
1/2 tin susu cair
1/2 sb garam
2 sb gula
Tumis bahan hiris, daun pandan dengan minyak sapi dan minyak masak.. Masukkan rempah khao mok semua sekali dalam pek tu. Tumis sekejap, jangan sampai hangus pulak.
Basuh beras, masukkan bahan tumis tadi, susu cair, garam dan gula dalam beras dan masak nasi macam biasa.. Air kena lebihkan sikit dari tanak nasi biasa.
Sos colek versi 1
5 bji cili merah
7 biji cili api
4 ulas bawang putih
1 batag ketumbar
2 senduk cuka makan
1 1/2 senduk gula
1 sk garam
Daun ketumbar
Blend semua bahan kecuali daun ketumbar. Masak bahan blend atas api sederhana sampai pekat.. Masak sos ni lama sikit tau baru jadi.. Biakan sos reneh dalam 10 minit.. Bila dah pekat tutup api dan masukkan daun ketumbar..
Sos colek versi 2
Kalau di Thailand, sos ni lebih popular makan dengan Nasi Khao Mok.. Pun boleh buat pencicah keropok..
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sb cili flakes
1 senduk cuka makan
1 senduk gula
1/2 sk garam
1 cawan air
1/2 sos tomato
1sb tepung jagung bancuh air
Tumbuk lumat bawang putih dan halia. Masukkan dalam periuk semua bahan.. Bila dah mendidih dalam 5 minit baru masukkan air tepung jagung.. Bergantung pada pekat yang awak-awak nak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Intan Ladyana sebak, anak sulung masuk sekolah,"Anak Mommy dah ready, Mommy yang tak ready." Ramai ibu-ibu bila mana anak sulung mula sekolah, selalunya akan mengalirkan air mata.