Anak dah bosan makan nasi, ada baiknya mama cuba berkreatif dengan menu roti pula supaya anak lebih kenyang. Roti sosej dengan sos istimewa ini antara yang boleh dicuba.
Resipi sosnya cukup ringkas dan sedap malah kaya dengan sayur-sayuran yang baik untuk anak kita. Nak rasa? Jom cuba resipi roti sosej dengan sos istimewa yang dikongsikan oleh Pn Zurina Zulkiflie ni. Memang awesome!
Roti Sosej Sos ala Oriental untuk minum petang. Dah lama rasa nya saya tak makan sosej. Alang-alang nak makan biarlah makan dengan roti dan sos istimewa saya buat sendiri.
Kali ni sos saya sedikit lain sebab saya lebih suka ada rasa lobak merah dan daun bawang, rasa lebih rangup. Makan roti sosej ni teringat-ingat makan dalam wayang. Huhu.
Bahan-bahan:
Sosej
Bahan untuk sos:
✓ 1 biji lobak merah dipotong dadu *nak lagi sedap, boleh tambah cendawan butang.
✓ 1 biji bawang kuning dipotong dadu
✓ 3 ulas bawang putih dicincang
✓ 1 sudu kecil biji lada hitam ditumbuk hancur
✓ 1 batang daun bawang dihiris halus
✓ 2 sudu besar planta
✓ 1 sudu besar tepung gandum
✓ Air – tuang sedikit demi sedikit
✓ Setengah kiub pati ayam
✓ 2 sudu besar sos tiram
✓ 1 sudu besar kicap pekat
✓ Garam mengikut citarasa
Sediakan sosej. Saya lebih suka masak sosej di atas kuali sehingga hangus-hangus sikit supaya ada rasa grill gitu.
Panaskan planta sehingga cair. Api kecil ya sebab kita tak nak planta cepat hangus.
Ads
Masukkan bawang putih, bawang kuning, tumis hingga harum. Kemudian masukkan lobak merah, masak sebati.
Taburkan tepung gandum dan gaul sebati.
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi kuah.
Masukkan kicap, sos tiram, kiub pati ayam dan akhir sekali taburkan lada hitam. Jangan lupa perasakan dengan garam, sekiranya perlu.
Ads
Padam api dapur dan taburkan hirisan daun bawang. Gaul rata.
Siap sos istimewa saya.
Untuk roti, kita hiris dari tepi ya. Kemudian boleh letakkan sosej.
Ads
Kukus untuk dapatkan tekstur roti yang lembut. Kalau anda gunakan periuk kukus biasa, pastikan roti dialas kain ya, bagi mengelakkan peluh wap jatuh ke atas roti.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila musim durian tiba maka di merata-rata tempat akan kelihatan ramai peniaga menjual buah durian.
Bagi peminat raja buah ini memang tak sah kalau tak membelinya. Selain sedap dimakan begitu sahaja, buah durian juga boleh diolah menjadi pelbagai resipi yang sedap dinikmati.
Antara resipi berasaskan buah durian yang sering mendapat tempat di hati peminatnya adalah Serawa durian, Durian crepe, Bingka durian, kek durian dan macam-macam lagi.
Serawa durian atau ada juga yang memanggilnya kuah durian antara menu olahan raja buah yang sangat popular. Tak sah rasanya kalau musim buah durian kita tak masak menu ini.
Ia biasanya sedap dimakan bersama pulut, roti jala, roti putih, serabai, lempeng atau apa sahaja mengikut selera masing-masing.
Walaupun cara memasak Serawa Durian ini mudah sebenarnya tetapi tak semua orang berjaya mendapatkan hasil yang memuaskan hati di mana kuahnya pekat, likat dan rasa manis sedang elok.
Jom kita belajar cara masak Pulut dan Serawa Durian dikongsi oleh Roslinda Abd Hamid.
Serawa Durian
Bahan-Bahan:
Isi Durian – dari 2 biji durian
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 1/2 ketul gula Melaka
1 sudu teh garam
1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan 1/4 cawan air)
Cara menyediakan:
Masukkan isi durian ke dalam periuk atau kuali bersama gula Melaka dan air.
Masak di atas api perlahan sambil meleraikan isi durian daripada bijinya dan kacau sehingga gula Melaka larut dan sebati.
Masukkan santan pekat dan air. Masak sehingga mendidih dan masukkan sedikit garam.
Biarkan mendidik seketika.
Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan serawa.
Kacau lagi sehingga mendidih perlahan dan tutup api dan siap untuk dihidang.
Pulut
Bahan-bahan:
2 cawan pulut
1/2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan air
1 sudu teh garam
Cara menyediakan:
Rendam beras pulut dengan air yang diletakkan asam keping selama lima jam.
Toskan beras pulut dan letakkan di dalam loyang.
Masukkan santan pekat dan air ke dalam beras pulut.
Pastikan paras pulut sama dengan paras air.
Taburkan sedikit garam dan gaulkan sebati.
Kukus selama 20 minit. Bila sudah masak kacau rata seketika dan sambung kukus semula selama 10 minit.
Angkat dan boleh dicetak menggunakan mangkuk kecil sebelum dihidangkan.
Kek coklat kukus adalah salah satu juadah yang amat mudah disediakan. Bahan-bahannya mudah untuk didapati dan rasanya yang sangat sedap membuatkan kek coklat kukus antara hidangan yang mendapat tempat di hati ramai.
Bagi yang ingin mencuba resipi mudah, ikuti perkongsian ini.
Resipi Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan minyak
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
2 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1 sudu essence vanila
Cara Penyediaan:
Campur minyak, serbuk koko dan tepung gandum dan kacau sampai sebati menggunakan guna whisk atau senduk. Kemudian masuk kan Baking soda dan juga baking powder. Kacau lagi.
Seterusnya masuk kan susu cair dan juga essence vanila dan teruskan kacau supaya sebati.
Selepas sebati dan adunan tidak berketul, masuk kan pula telur, susu pekat dan juga gula dan kacau lagi sehingga betul-betul sebati. Sebati ok bukan sejati.
Diah guna kan bekas plastik dadih yang bersaiz kecil tu dan untuk satu adunan kek kukus ni boleh dapat dalam 17 bekas.
Tuang adunan hanya separuh atau suku sahaja kalau nak letak topping. Kek ni akan kembang dengan jayanya.
Tutup je bekas plastik tu dengan penutup dia masa kukus dalam pengukus.
Kukus kek dalam anggaran 20 minit.
Siap.
Kredit: rodiah amir
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Tindakan yang boleh kita buat apabila dipukul, dikasari dan dicederakan. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.