Bila anak dah masuk umur 6 bulan, ibu kena cara penyediaan makanan yang tepat dan bersesuaian. Tak semua makanan boleh terus diperkenalkan kepada bayi yang baru hendak mengenal makanan pejal.
Ada peringkat yang perlu dipatuhi serta cara penyediaan makanan yang betul serta jenis-jenis makanan yang dibolehkan mengikut peringkat usia bayi. Bagi ibu yang baru mempunyai anak, panduan ini sangat penting untuk diketahui supaya anda tidak salah perkenalkan anak makanan atau silap cara penyediaan yang boleh memudaratkan kesihatan anak untuk jangka masa panjang.
Mengikut panduan oleh Bahagian Pemakanan, KKM bayi berumur 6 hingga 8 bulan mesti diberi makanan yang dipuri, dilecek atau makanan separa pepejal! Mereka juga mesti diberi makanan yang teksturnya bersesuaian bagi mengelakkan daripada tercekik.
Ibu boleh mengubah tekstur serta cara penyediaan makanan secara beransur-ansur mengikut umur bayi dan disesuaikan dengan perkembangan dan keupayaannya.
Penyediaan Makanan Bayi Umur 6-8 Bulan
Sediakan beras (dibasuh bersih) yang dimasak sehingga menjadi bubur nasi yang lembik.
2. Kisar bubur nasi berkenaan bagi mendapatkan tekstur nasi yang lebih halus. Ini merupakan tekstur makanan bayi yang halus dan cukup nilai kalori.
3. Rebus sehingga masak ikan yang telah dibersihkan terlebih dahulu.
4. Keluarkan isi ikan dan pastikan tiada tulang yang tertinggal di dalam isi ikan tersebut.
5. Kisar isi ikan berkenaan untuk mendapatkan tekstur yang lebih halus.
6. Sediakan brokoli atau sayur-sayuran lain sebagai sumber serat dan vitamin dalam menu harian bayi.
7. Basuh bersih brokoli dan rebus sehingga masak dan lembut.
8. Kisar brokoli sehingga mendapat tekstur yang lebih halus.
Sukatan makanan untuk setiap kali waktu makan utama adalah:
1/2 cawan bubur nasi
1 sudu makan brokoli/sawi/bayam
1 sudu teh ikan/ayam
Penyediaan Snek Sihat Untuk Bayi Umur 6-8 Bulan
Ads
Buah-buahan yang digunakan sebagai snek boleh disediakan sama ada dalam bentuk separa pejal atau dilecek. Contoh, pisang, betik dan labu.
Snek sihat disaran untuk diberi kepada bayi sebanyak 1 hingga 2 kali sehari.
Pisang Lecek
2 sudu makan pisang
Lecek pisang sehingga tekstur yang lebih halus dan tidak berketul.
Selain pisang, labu manis atau buah-buahan lain juga boleh dijadikan sebagai snek sihat.
Basuh bersih labu yang telah dibuang kulitnya. Rebus labu sehingga masak dan empuk. Lecek labu yang telah direbus sehingga mendapat tekstur yang halus dan tidak berketul-ketul.
Saiz sajian untuk 1 kali hidangan iaitu sebanyak 2 sudu makan snek sihat.
Kepelbagaian makanan adalah penting semasa penyediaan makanan bayi pada usia ini. Bahan-bahan yang digunakan boleh ditukarkan kepada jenis karbohidrat, protein serta jenis sayur-sayuran yang lain.
Penyediaan Makanan Bayi Berumur 9-11 Bulan
Pada usia 9 hingga 11 bulan, bayi perlu diberi makanan yang dicincang atau dipotong kecil. Makanan jejari (finger food) seperti biskut lembut dan buah-buahan juga boleh diberi.
Basuh lobak yang telah dibuang kulitnya serta rebus sehingga masak dan empuk. Potong kecil lobak berkenaan.
Ads
Pada umur 9-11 bulan, bayi perlu diberi makanan yang dicincang atau dipotong kecil. Makanan jejari (finger foods) seperti biskut lembut dan buah-buahan juga boleh diberi.
Rebus sehingga masak ikan yang telah dibersihkan terlebih dahulu.
Keluarkan isi ikan dan pastikan tiada tulang yang tertinggal di dalam isi ikan tersebut. Hancurkan ikan berkenaan untuk mendapatkan tekstur yang lebih kecil dan halus.
Selain protein ikan, ianya juga boleh digantikan dengan ayam atau daging. Lobak juga boleh digantikan dengan sayur-sayuran yang lain.
Sukatan makanan setiap kali waktu makan adalah:
3/4 cawan bubur nasi pekat
1 sudu teh ikan
1 1/2 sudu makan lobak/sayur-sayuran
Penyediaan Snek Sihat Untuk Bayi Umur 9-11 Bulan
Buah-buahan yang digunakan sebagai snek boleh disediakan sama ada dalam bentuk separa pejal, dicincang halus atau bentuk jejari. Ini membantu bayi untuk belajar memegang sendiri makanan tersebut. Ini
Sukatan untuk snek adalah:
Ads
1 biji pisang bersaiz kecil (pisang emas)
Atau
1/2 biji pisang berangan
Penyediaan tekstur makanan untuk bayi pada usia ini adalah dalam bentuk separa pejal, dicincang halus atau bentuk jejari bagi mengelakkan bayi daripada tercekik. Ia juga membantu bayi dalam menggalakkan perkembangan psikomotor.
Jika sebelum ini kita hanya membeli sahaja jika teringin untuk menikmati Hokaido Creamy Custard Honey ini, kali ini apa kata kita cuba hasilkan sendiri di rumah pada anak-anak.
Resipinya simple dan tidaklah terlalu susah. Superb! Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Dhia Aqilah ini.
Resipi Hokaido Creamy Custard Honey
Bahan A
3 Biji kuning telur gred A
20g Gula kastor/gula halus
35g Minyak canola/jagung/myk masak
60ml Susu segar
15g tepung jagung/tepung kastad *
55g tepung gandum/tepung kek*
1 sk creamy vanilla
1 sk baking powder*
Bahan B
3 biji putih telur gred A
30g gula kastor
1/2 sudu kecil cream of tartar – optional
Panaskan oven suhu 170. Ayak bahan yang bertanda * dan ketepikan.
Dalam mangkuk, satukan kuning telur dan gula kastor/gula halus dan pukul sehingga berkrim. Masukkan creamy vanila, susu segar dan minyak . Kacau sebati.
Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil gaul mesra dan tidak berbiji-biji. Ketepikan. Pukul bahan B hingga bertanduk @ meringue ( terbalikkan tak jatuh ). Ambil 1/3 adunan putih telur dan kaup balikkan dengan adunan kuning telur. Kemudian masukkan baki dan kaup balik rata. 7. Masukkan ke dalam cup 3/4 penuh. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.
RESEPI CREAM CUSTARD HONEY
Bahan-bahan:
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastad
4 sudu besar gula
200ml susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sk creamy vanilla
Penyediaan Cream Custard: Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau sehingga tidak berketul. Masak sehingga pekat. Dalam api perlahan.
Bila dah sejuk paipkan ke dalam hokaido menggunakan pipping beg.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bihun goreng antara menu yang paling mudah nak sediakan untuk sarapan pagi, minum petang atau makan malam. Biasa bihun yang jadi pilihan adalah bihun goreng biasa atau bihun Singapore.
Tapi jika sesekali nak kelainan, bihun tomyam patut anda cuba. Apa yang bestnya bihun ni, aroma daun limau purut itu membangkitkan selera.
Nak lagi sedap, boleh letakkan sotong atau udang untuk menyedapkan rasa bihun selain lauk ayam atau fish ball atau fish cake. Ini resipi yang dikongsikan oleh Noorazila bt Yatim
BIHUN GORENG TOMYAM
Bahan-bahan:
– Isi ayam potong kecil
– Sos black pepper/tiram
– Carrot didadukan
– Daun limau purut
– Bawang merah
– Bawang putih
– Ikan bilis sikit
– Kiub tomyam
– Hotdog
– Cili sikit klu nak pedas
– Cili boh/kisar
– Bihun rendam semalaman
Cara-cara:
1) Blend bawang, bilis dan cili
2) Tumis bahan blender, masuk sos tiram/black pepper dan cili kisar
3) Selepas tu masukkan kiub tom yam, ayam, sosej dan carrot dan daun limau purut.
4) Akhir sekali masukkan bihun. (Untuk dapat bihun yang elok, rendam semalaman)
Tadaaa.!!!!..siap.
**Nak cuci mata sambil santai-santai bersama keluarga, klik promosiini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hidangan sepinggan Char Kue Tiaw sememangnya tidak pernah mengecewakan kita. Apa lagi kala dimakan ketika waktu panas, boleh habis sepinggan besar.
Bosan makan nasi, apa kata kita cuba hidangkan char kue tiaw sedap yang dikongsikan oleh Pn Liza Idris ini pula untuk anak-anak. Pasti anak makan bertambah!
Nah resepi Char Kuey Teaw Air Tangan Kak Liza.
Bahan kuah :-
Udang anggaran 10 ke 15 ekor.
2 biji bawang besar saiz sederhana
7 ulas bawang putih.
4 sdb cili kering kisar.
1 1/2 cube pati ikan bilis.
10 sdb kicap biasa.
2 sdb sos tomato.
2 sdb sos tiram.
1 sbd petis udang.
2 sdb sos ikan.
2 sdb gula.
Sedikit garam jika perlu.
Bahan menggoreng:-
1 paket Kuey Teaw halus
Telur
Taugih
Kuchai
Antara bahannya. Masa ni saya terlupa nak letak botol sos ikan dan kicap. Blend bawang besar dan bawang putih. Simpan dulu, jangan guna lagi ye.
Saki baki bawang dalam blander boleh guna. Campurkan air, kocak dan tuang dalam periuk. Didihkan bersama 5 cawan air.
Rebus udang ni dalam 5 ke 10 minit. Angkat udang yang dah direbus.
Udang yang dah direbus, asingkan bahagian kepala. Saya ambil 10 ekor kepala udang, blend bersama sedikit air rebusan tadi. Kemudian tapis untuk dapat pati udang sejati. Campur pati udang ke dalam air rebusan itu semula. Ketepikan dulu.
Cara masak kuahnya
Now, kita nak mula masak kuahnya. Panaskan minyak masak dan tumis bawang blender. Dah naik bau, masuk cili kering kisar. Kacau sebati sampai pecah minyak.
Masuk pula kicap biasa je anggaran 10 sudu besar ye. Kacau lagi. Letak pula 2 sudu besar sos tiram. Masuk lagi 2 sudu besar sos tomato. Kacau lagi dan lagi.
Dah pecah minyak elok tu, tuang je air rebusan udang. Dah tuang wajib kena kacau.
Letak 1 1/2 cuba pati ikan bilis. 2 sudu besar sos ikan jangan dilupa. Kemudian masuk pula 2 sudu besar gula dan sedikit garam jika perlu. Akhir sekali masuk 1 1/2 susu besar petis udang. Benda ni bagi rasa lagi umphhhh.
Sejukkan dan simpan kuahnya.
Cara goreng char kue tiaw
Bahan nak goreng Char kuey teow dah ready, jom la menggoreng. Ingat ya, goreng ni duration time 3 minit je. Kena laju.
Panaskan minyak masak dalam 4 sudu. Masuk 2 ekor udang dah rebus tadi. Laraskan api paling kuat. Simbah kuah char kuey teow 4 senduk saiz sederhana. Kat sini kena pandai adjust ikut saiz senduk.
Part ni, dapat rasa pengalaman menggoreng Char kuey teow seperti di kedai makan. Hati-hati bila api naik tinggi.
Masuk segenggam kuey teaw dan taugeh dan kucai.
Pecah sebiji telur dalam kuali, terus slowkan api tahan maksimum. Kacau telur kejap je. Tutup api terus.
Siap! Layan beb.
Selamat mencuba.
p/s: Anggaran kuah boleh dimasak lebih 10 pinggan. Ada lebihan boleh simpan dalam peti sejuk. Bila teringin, terus masak je Char Keow Teaw.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jus buah, adakah bagus untuk anak-anak. Walaupun jus berasal daripada buah-buahan, ia tidak semestinya memberi manfaat yang sama seperti memakan buah dalam bentuk asalnya.