Anak Dah Jemu Makan Nasi, Cuba Roti Sosej Ala Auntie Anne’s Pula, Ringkas!

Share

Sama macam kita, adakalanya anak-anak juga sudah jemu makan nasi. Apa kata kita cuba buatkan kelainan pada selera anak dengan hasilkan roti kegemaran mereka.

Roti Sosej Ala Auntie Anne’s ringkas yang dikongsikan olah bapa ini, En Nazri Ahmad boleh mama cuba untuk anak-anak di rumah. Makan panas-panas memang layan. Jom cuba!


Ngap panas-panas sedap juga. Anak-anak jemu makan nasi, papa layan je lah.
Jom pakat cuba Roti Sosej ala Auntie Anne’s.

Bahan-bahan:
500g tepung high protein
11g yis
80g gula halus
80g marjerin
2 sudu besar susu tepung
10g pelembut roti
1 biji telur B
1 sudu teh garam halus
250g air sejuk

Saya uli guna Bread Maker je.

Topping Garlic Butter Spread:
150g butter
8 ulas bawang putih
Sepohon daun ketumbar
2 sudu besar minyak zaitun
1/2 sudu teh garam halus

Masukkan semua bahan-bahan dalam mini chopper.

Kisar hingga lumat.

Uli adunan nipis, letakkan sosej dan gulung kemas.

Sapukan topping garlic butter spread yang dikisar lumat.

Bakar pada suhu 180’C selama 20 minit bergantung pada oven masing-masing ya.

Siap!

Artikel berkaitan: Roti Sardin Gulung Goreng Celup Tepung, Sejuk Pun Tetap Crunchy!

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Published by
SRM