Salah satu masalah dalam aspek penjagaan anak adalah apabila bayi kurang berat. Ada beberapa cara menaikkan berat badan bayi yang boleh diamalkan.
Berdasarkan garis panduan umum, seorang bayi harus membesar sekitar 3x ganda berat kelahirannya ketika berusia 1 tahun.
Tetapi ini hanyalah anggaran.
Sebaliknya, aspek penjagaan anak yang melibatkan perkembangan ketinggian, gembira, sihat dan aktif merupakan petunjuk yang lebih baik untuk kesejahteraan daripada berat badannya semata-mata.
Aktif bagi kanak-kanak berumur setahun, bermaksud bahawa dia sedang membesar dan menjelajah dunia sekelilingnya.
Tetapi adakah keadaan anak yang tidak mempunyai berat seimbang itu didasari oleh masalah kesihatan atau penyakit?
Ada cara menaikkan berat badan bayi yang boleh dipraktikkan? Ikuti perkongsian Hello Doktor
Biasanya, apabila anak-anak yang sedang membesar tidak menambah berat badan sebagaimana sepatutnya, keadaan tersebut dikenali sebagai kegagalan untuk berkembang.
Kegagalan untuk berkembang itu sendiri bukanlah 1 penyakit atau gangguan. Sebaliknya, ia adalah tanda bahawa seorang kanak-kanak kekurangan zat makanan – antara aspek berkaitan penjagaan anak.
Secara amnya, si kecil gagal berkembang kerana tidak mendapat cukup kalori untuk membesar dan menambah berat badan dengan cara yang sihat.
Apabila anak tidak dapat menambah berat badan, mereka juga mungkin tidak akan membesar pada ketinggian sasaran.
Anak anda memerlukan kalori cukup untuk proses pembelajaran dan tumbesaran yang baik.
Oleh itu, anak yang gagal berkembang mungkin mula berjalan dan bercakap lebih lambat berbanding kanak-kanak seusia yang lain.
Bahkan, mereka juga cenderung untuk menghadapi masalah pembelajaran di sekolah.
Tetapi usah bimbang, ada cara menaikkan berat badan bayi yang boleh dicuba oleh ibu bapa. Teruskan pembacaan anda.
Berikut 8 tip yang boleh ibu bapa cuba dalam usaha melibatkan penjagaan anak untuk membantu menambah berat badan si manja. Semoga berjaya!
Bagi anak berumur setahun, mereka memerlukan kira-kira 1,000 kalori yang dibahagikan kepada 3 hidangan makanan utama dan 2 makanan ringan atau snek setiap hari.
Ini adalah untuk memenuhi keperluan mereka untuk membesar, memperolehi tenaga serta mendapat nutrisi yang mencukupi.
Anda perlu tahu bahawa tabiat pemakanan anak kecil tidak menentu dan kerap berubah. Ia sukar untuk diramalkan.
Anak anda boleh mempunyai tabiat pemakanan seperti:
Dalam aspek penjagaan anak, anda boleh menggalakkan mereka untuk makan. Tetapi jangan memaksa anak anda makan pada waktu tertentu.
Kedengaran pelik, namun diet pemakanan si kecil akan seimbang dalam tempoh beberapa hari jika anda menyediakan pelbagai makanan sihat.
Salah 1 cara untuk menaikkan berat badan bayi adalah dengan memberikan si manja pilihan kepelbagaian daripada setiap kumpulan makanan asas.
Ini kerana anak berusia setahun memerlukan makanan daripada kumpulan pemakanan asas yang sama seperti individu dewasa.
Berikan mereka peluang untuk bereksperimen dengan pelbagai rasa, warna, dan tekstur. Umumnya, si kecil harus makan makanan seimbang kaya kandungan vitamin.
Jangan hadkan lemak dalam menu pemakanan anak yang berusia setahun. Bayi dan anak kecil harus mendapat kira-kira separuh daripada kalori mereka daripada lemak.
Setelah anak mencapai usia 2 tahun, anda boleh secara beransur-ansur mengurangkan pengambilan lemak (menurunkannya kepada ⅓ kalori harian pada usia 4 hingga 5 tahun).
Pastikan makanan yang diberikan berada pada suhu yang sesuai untuk mengelakkan luka terbakar pada mulut (mouth burn).
Pastikan anda menguji dan menilai sendiri suhu makanan tersebut kerana si manja mungkin akan makan tanpa mempedulikan kepanasan suhu makanan.
Jangan berikan makanan yang tambah perasa berlebihan, terlalu masin atau manis mahupun banyak mentega.
Penambahan ini menghalang anak anda daripada merasa makanan yang semula jadi.
Di samping itu, tabiat pemakanan tersebut boleh membahayakan kesihatannya untuk jangka panjang.
Anak yang masih kecil cenderung untuk tersedak atau tercekik makanan. Ini kerana mereka masih tidak tahu mengunyah dengan gerakan mengisar sehingga berumur sekitar 4 tahun.
Pastikan apa sahaja yang anda berikan kepada anak dilenyekkan atau dipotong kecil untuk mudah dikunyah.
Selain itu, cara menaikkan berat badan bayi yang boleh dicuba adalah dengan memastikan si kecil duduk ketika waktu makan dan diawasi oleh individu dewasa.
Ia adalah 1 kebiasaan untuk anak yang berusia setahun melakukan semuanya sekali gus, seperti makan sambil lari atau semasa bercakap.
Namun, tabiat sebegitu hanya akan meningkatkan risiko untuk tersedak atau tercekik makanan.
Sebaiknya ajar dan latih si manja seawal mungkin untuk menghabiskan makanan di dalam mulut sebelum bercakap.
Sekiranya anda bimbang anak anda tidak menambah berat badan walaupun mencuba petua di atas, berjumpalah dengan doktor.
Mereka akan dapat menilai keadaan dan menetapkan makanan tambahan jika diperlukan oleh si manja.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI