Anak anda dah mula bercakap atau tidak? Semak perkembangannya, dia perlu menguasai pertutturan seiring umur.  Semak dengan carta kemahiran bahasa & pertuturan ini.

Apabila anak tidak mampu untuk bertutur ketika usianya menjelang dua tahun perlu dibimbangi kerana ia mungkin petanda kepada masalah perkembangannya. Ketika usia anak telah menjangkau ke dua tahun dan mereka masih belum boleh bertutur, Ibu bapa perlu berasa bimbang  dengan perkembangan bahasa dan pertuturan mereka.

Anak Dah Mula Bercakap Ikut Tahap Usianya Atau Belum? Periksa Cepat, Semak Guna Carta Kemahiran Bahasa & Pertuturan Ini

Menurut Puan Nawal Mohd Shafie, Juruterapi Bahasa dan Pertuturan  Pediatrik, Sunway Medical Centre. Komunikasi merupakan proses pertukaran maklumat di antara dua pihak dan ia amat mustahak untuk memenuhi segala keperluan serta kehendak.

Anak Dah Mula Bercakap Ikut Tahap Usianya Atau Belum? Periksa Cepat, Semak Guna Carta Kemahiran Bahasa & Pertuturan Ini

Komunikasi yang efektif memerlukan seseorang yang berkebolehan dalam memahami sesuatu perkara sebelum berupaya untuk bertutur mengenai sesuatu. Kemahiran berkomunikasi sudah mula berkembang sejak usia bayi lagi dan diperoleh secara berperingkat mengikut peringkat umur yang tertentu.

CARTA KEMAHIRAN BAHASA & PERTUTURAN NORMAL ANAK

 Umur Kemahiran Bahasa & Pertuturan Normal Anak
0-6 bulan-Melihat ke arah bunyi.

-Menghasilkan bunyi-bunyi yang berlainan seperti ‘uuuu’ dan ‘aaaa’ dan bunyi ini membawa maksud yang berlainan.

7-11 bulan-Banyak ‘membebel’  iaitu menghasilkan bunyi seperti ‘mamama’ dan ‘papapa’ untuk kebanyakan situasi.

Ads

-Mula memahami beberapa perkataan mudah seperti ‘bye’, ‘jom’ dan ‘jangan’

-Mula meniru bunyi mudah seperti bunyi haiwan dan bunyi kenderaan

1 tahun– Memahami sekurang-kurangnya 10-25 patah perkataan.

-Boleh mengenalpasti anggota badan yang asas (Contohnya tangan, kaki, perut, mata, mulut dan sebagainya)

-Boleh memanggil ibu bapa dan ahli keluarga yang terdekat.

-Menggunakan kata-kata sosial seperti (‘Hai’ dan Bye’)

2 tahun-Memahami sekurang-kurangnya 50 patah perkataan.

Ads

-Boleh mengikut arahan tanpa bantuan isyarat

-Menggunakan 2-3 patah perkataan dalam satu ayat.

3 tahun– Mula memahami soalan ‘apa’, ‘siapa’dan ‘mana’

-Mula memahami konsep mudah seperti ‘warna’ dan ‘saiz’

-Menggunakan sekurang-kurangnya 3-4 perkataan dalam satu ayat.

4 tahun–5 tahun-Memahami arahan yang lebih panjang dan kompleks (melibatkan penggunaan konsep)

– Menggunakan ayat yang lebih panjang dengan kata hubung yang tepat untuk berkomunikasi ( lebih daripada 5 perkataan)

Ads

-Bunyi pertuturan (konsonan) 90% jelas.

Jika seseorang individu khususnya kanak-kanak tidak memperoleh kemahiran tersebut mengikut peringkat umur yang sepatutnya , dia boleh digolongkan sebagai mereka yang mengalami speech and language delay atau pun ‘lambat bercakap’.

TOLONG CEPAT BERTINDAK!

Ibu bapa perlu memerhatikan perkembangan bahasa dan pertuturan anak-anak dari semasa ke semasa. Jika pada peringkat umur 12 hingga 18 bulan, anak tersebut masih belum menghasilkan sebarang perkataan yang bermakna, maka ibu bapa seharusnya membawa anak tersebut untuk pemeriksaan lanjut dengan juru terapi bahasa dan pertuturan yang bertauliah. Kata kunci penting dan perlu diingat oleh ibu bapa di sini ialah ‘Jangan Tunggu’!

Anak Dah Mula Bercakap Ikut Tahap Usianya Atau Belum? Periksa Cepat, Semak Guna Carta Kemahiran Bahasa & Pertuturan Ini

Pekalah akan perkembangan pertuturan anak-anak. Tanda-tanda seperti kekurangan atau tiada minat untuk bersosial atau berinteraksi dengan orang sekeliling (gemar untuk bermain bersendirian) dan kurang membuat kontak (pandangan) mata dengan orang sekeliling, ‘lambat bercakap’ juga merupakan salah satu tanda yang tidak boleh dipandang remeh oleh ibu bapa.

Anak Dah Mula Bercakap Ikut Tahap Usianya Atau Belum? Periksa Cepat, Semak Guna Carta Kemahiran Bahasa & Pertuturan Ini

Rancangan Pa&Ma yang akan ke udara esok, 10 Julai 2018 akan membincangkan lebih lanjut mengenai tajuk ini. Jangan lupa tonton di Astro Prima & Astro Maya HD jam 12 tengah hari dan siaran ulangannya pada jam 9 malam.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI