Anak dah mula makan mama orang yang paling teruja kan? Tapi sebelum sediakan makanan untuk si manja mama yang comel, mama wajib ambil tahu beberapa informasi berkenaan cara penyediaan makanan bayi.
Jom baca artikel penuh!
Petua Menyediakan Makanan Bayi
- Gunakan ramuan segar dan elakkan penggunaan bahan makanan dalam tin kerana kandungan garam yang tinggi.
- Jangan tambah garam, gula, kicap ke dalam makanan bayi, terutama jika umur di bawah 2 tahun.
- Elakkan pemberian putih telur terlalu awal untuk mengelakkan alahan.
- Makanan boleh dicampurkan dengan susu ibu agar bayi lebih bersedia menerima makanan baru dan menjadikan makanannya lebih berkhasiat.
- Elakkan menggoreng makanan untuk bayi dalam minyak yang banyak.
- Kukus sayur untuk mengekalkan kandungan nutriennya. Sayuran yang dikukus kemudian boleh dijadikan puri dan masukkan ke dalam bubur.
- Buah-buahan lembut boleh dilenyek dengan menggunakan garpu manakala yang lebih keras boleh dikukus dahulu, kemudian dilenyek atau dijadikan puri.
- Anda boleh masak sayuran dan buah-buahan berkulit lembut dengan kulitnya sekali untuk mengekalkan nutrien.
- Daging, ikan atau ayam hendaklah dimasak dengan betul. Cara untuk memasak makanan ini dengan mengekalkan kandungan nutriennya ialah dengan mengukus, mereneh atau merebus.
- Makanan lembut lebih memudahkan bayi menerima dan menghadamkannya.
- Mulakan dengan makanan yang mempunyai tekstur halus, licin dan lembut (seperti makanan yang dijadikan puri, dilenyek).
- Elakkan pemberian makanan yang boleh menyebabkan bayi tercekik, seperti bijian, anggur dan sayuran mentah.
- Elakkan menambah terlalu banyak air ke dalam makanan sebaliknya ibu boleh menambah susu ibu, stok ayam, ikan bilis, sayuran atau sedikit minyak sayuran untuk mencapai kepekatan yang diingini.
- Sediakan lebih daripada yang diperlukan dan sejuk bekukan bahagian lebihan dalam dulang kiub ais atau bekas kecil. Dengan cara ini, anda tidak perlu masak pada setiap hari. Makanan yang dibekukan tahan sehingga 3 bulan.
- Makanan hendaklah dicair-beku di bahagian bawah peti sejuk semalaman, bukan di dalam singki atau dengan merendamnya dalam air.
- Sediakan ramuan seperti air rebusan lebih awal dan sejuk bekukan. Ia menyenangkan kerja bila anda kesuntukan masa.
- Sentiasa jaga kebersihan dan amalkan cara yang betul apabila mengendalikan dan menyediakan makanan.
- Sentiasa gunakan peralatan yang bersih apabila memberi bayi makan.
- Gunakan peralatan memasak yang dikhaskan untuk memasak makanan bayi sahaja, jangan guna mesin pengisar cili untuk mengisar makanan bayi.
- Sebaik sahaja makanan dicair beku, jangan sejuk bekukan sekali lagi untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria. Tindakan ini juga akan menjejaskan tekstur, kesegaran dan juga kandungan nutrien makanan.
Selamat menyediakan juadah dengan penuh kasih sayang buat si manja!
Kredit: #infobabyrmb
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI