Perasan tak semasa kita hamil, rambut akan menjadi lebat dan kurang gugur. Kalau gugur pun boleh dikira dengan jari. Ini kerana semasa kita hamil, hormon estrogen adalah tinggi dan ini akan meng”awet” rambut daripada membesar. Maksudnya tiada sebarang proses tumbesaran berlaku kepada rambut. Ia kekal seperti mana keadaannya ketika itu. Jadi rambut tidak menua dan tidak gugur.
Tapi sebaik sahaja selepas kita melahirkan anak, paras estrogen dalam badan kita akan mula menurun. Jadi semua rambut yang tadi dalam fasa “berehat” kini mula berguguran satu persatu. Ini selalunya berlaku menjelang 3-4 bulan selepas kelahiran baby kita. Keadaan ini selalunya akan berkurangan apabila anak berusia 6-12 bulan.
Akibatnya, ibu-ibu ramai yang berasa khuatir bila anak-anak mula menyembur, kerana kebiasaannya apabila anak kita mula pandai menyembur pada usia 3-4 bulan, kita akan rasa kepala hampir botak. “Habis la, Zayra dah mula menyembur ni Zarith. Botak la lepas ni” Biasa kan kita dengar ayat penyata seperti ini. Namun kini anda tak perlu risau lagi, kerana anda boleh cuba pelbagai tips di bawah ini.
Tips rambut kekal sihat dan cantik selepas kelahiran anak:
- Semasa proses menguruskan rambut seperti syampu dan sikat rambut, lakukan dengan penuh lemah gemalai. Syampu apabila perlu dan gunakan sikat rambut yang bergigi jarang. Elakkan mengikat rambut terlalu ketat dan jangan menggunakan gelang getah yang orang buat pakai bungkus tempeh tu. Pakai getah rambut yang khusus untuk rambut.
- Elakkan dari menggunakan pengering rambut serta melakukan proses yang melibatkan bahan kimia seperti mewarna atau apa-apa yang menggunakan haba seperti proses rebonding dan mengerintingkan rambut.
- Kekalkan pemakanan sihat dan amalkan pengambilan supplement selepas melahirkan anak.
- Sekiranya terlalu teruk dan disertai dengan beberapa simptom penyakit lain, boleh berjumpa dengan pakar. Mungkin ia petanda penyakit lain.
Jadi jelas disini orang dahulukala yang mengatakan bila anak menyembur air liur tu rambut dah mula gugur tidak benar sama sekali. Cuma waktu pembesaran anak dengan kadar hormon estrogen kita yang berkurang itu waktunya hampir sama, jadi ia berlaku secara kebetulan. Apa pun, ibu-ibu jangan stress sangat. Itu adalah perkara normal yang boleh diatasi dengan pengambilan nutrisi yang seimbang.
Sumber: ibuzarith.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI