Perasan tak semasa kita hamil, rambut akan menjadi lebat dan kurang gugur. Kalau gugur pun boleh dikira dengan jari. Ini kerana semasa kita hamil, hormon estrogen adalah tinggi dan ini akan meng”awet” rambut daripada membesar. Maksudnya tiada sebarang proses tumbesaran berlaku kepada rambut. Ia kekal seperti mana keadaannya ketika itu. Jadi rambut tidak menua dan tidak gugur.
Tapi sebaik sahaja selepas kita melahirkan anak, paras estrogen dalam badan kita akan mula menurun. Jadi semua rambut yang tadi dalam fasa “berehat” kini mula berguguran satu persatu. Ini selalunya berlaku menjelang 3-4 bulan selepas kelahiran baby kita. Keadaan ini selalunya akan berkurangan apabila anak berusia 6-12 bulan.
Akibatnya, ibu-ibu ramai yang berasa khuatir bila anak-anak mula menyembur, kerana kebiasaannya apabila anak kita mula pandai menyembur pada usia 3-4 bulan, kita akan rasa kepala hampir botak. “Habis la, Zayra dah mula menyembur ni Zarith. Botak la lepas ni” Biasa kan kita dengar ayat penyata seperti ini. Namun kini anda tak perlu risau lagi, kerana anda boleh cuba pelbagai tips di bawah ini.
Tips rambut kekal sihat dan cantik selepas kelahiran anak:
Semasa proses menguruskan rambut seperti syampu dan sikat rambut, lakukan dengan penuh lemah gemalai. Syampu apabila perlu dan gunakan sikat rambut yang bergigi jarang. Elakkan mengikat rambut terlalu ketat dan jangan menggunakan gelang getah yang orang buat pakai bungkus tempeh tu. Pakai getah rambut yang khusus untuk rambut.
Elakkan dari menggunakan pengering rambut serta melakukan proses yang melibatkan bahan kimia seperti mewarna atau apa-apa yang menggunakan haba seperti proses rebonding dan mengerintingkan rambut.
Kekalkan pemakanan sihat dan amalkan pengambilan supplement selepas melahirkan anak.
Sekiranya terlalu teruk dan disertai dengan beberapa simptom penyakit lain, boleh berjumpa dengan pakar. Mungkin ia petanda penyakit lain.
Jadi jelas disini orang dahulukala yang mengatakan bila anak menyembur air liur tu rambut dah mula gugur tidak benar sama sekali. Cuma waktu pembesaran anak dengan kadar hormon estrogen kita yang berkurang itu waktunya hampir sama, jadi ia berlaku secara kebetulan. Apa pun, ibu-ibu jangan stress sangat. Itu adalah perkara normal yang boleh diatasi dengan pengambilan nutrisi yang seimbang.
Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan di Vietnam didakwa menggenggam gegelung kontraseptif yang digunakan ibunya untuk mencegah kehamilan.
Wanita terbabit yang berusia 34 tahun dan mempunyai dua anak sebelum ini dikatakan menggunakan perancang keluarga IUD tersebut kira-kira dua tahun lalu.
Ia didakwa keluar bersama bayi tersebut ketika dia dilahirkan.
Pakar obstetrik, Tran Viet Phuong di Hai Phong International Hospital, utara Vietnam tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar unik tersebut.
“Saya rasa ia foto yang menarik dan tidak menyangka akan mendapat perhatian ramai,” ujarnya.
Menurutnya, IUD tersebut mungkin gagal mencegah kehamilan wanita itu kerana ia telah berubah daripada kedudukan asalnya.
Bayi lelaki sihat itu dilahirkan seberat 3.2 kilogram dan masih berada di bawah pemantauan doktor bersama ibunya.
Difahamkan, IUD yang dimasukkan ke dalam uterus wanita berfungsi untuk melepaskan tembaga atau hormon bagi mengelakkan sperma daripada bersenyawa dengan telur.
Kenali Alat Perancang Keluarga IUD/IUCD, Doktor Kongsi Risiko dan Prosedur Memasangnya. 99% Berkesan Cegah Kehamilan
Terdapat pelbagai jenis alat perancang keluarga. Alat dalam rahim atau IUD/IUCD adalah salah satu daripadanya. Doktor ini kongsi maklumat tepat mengenai IUCD.
IUCD ialah singkatan daripada Intrauterine Contraceptive Device ialah sejenis alat yang mencegah pelekatan janin pada dinding rahim.
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak telah berkongsi info tepat mengenai IUCD. Berikut ialah perkongsian beliau;
IKLAN
Alat dalam rahim ( IUCD )
Alat ni berupa plastik kecil yg bersalut dgn dawai kuprum yang diletakkan dalam rahim. Ianya ada 1 atau 2 benang halus pada hujungnya supaya boleh nampak tergantung pada pangkal rahim ( serviks)
IUCD boleh berfungsi sebagai alat perancangan keluarga selama 3, 5 atau 10 tahun bergantung pada jenisnya. Kalau ada dah berumur 40 tahun atau lebih, bila IUCD ni dipasang, ianya akan berfungsi sebagai perancangan keluarga sehinggalah mencapai umur menopaus.
Dah menopaus, tak perlu lah lagi pakai perancangan keluarga kan. Bukan untuk mereka yang berumur 40 tahun je, mana-mana peringkat usia pun boleh pakai setelah dipikirkan sesuai oleh Dr.
Kadang-kadang IUCD ni dipanggil ‘coil’ atau ‘copper coil’. Ada pelbagai jenis dan saiz
99% berkesan untuk mengelakkan dari mengandung – maka sangatlah sesuai untuk digunakan. Kurang dari 1 dalam 100 wanita yang menggunakan IUCD sebagai teknik merancang keluarga akan mengandung dalam 1 tahun. Jika IUCD digunakan selama 5 tahun, kurang dari 2 dalam 100 wanita yang menggunakan IUCD akan mengandung sepanjang 5 tahun tu. Efektif kan?
IKLAN
TIDAK PERLU LAGI MAKAN PIL PERANCANG
Bila dah pasang IUCD tu boleh digunakan sehingga sekurang-kurangnya 5 tahun(mengikut jenis) dan tak perlu dah nak ingat nak makan ubat hari-hari seperti pil perancang.
HAID MUNGKIN AKAN JADI LEBIH BANYAK ATAU SAKIT
Period mungkin jadi lebih banyak, panjang atau sakit. Tetapi akan beransur seperti sediakala selepas beberapa bulan. Tapi perlu ingat, IUCD tidak melindungi seseorang wanita itu untuk mendapat penyakit bawaan kelamin kerana fungsinya hanya utk mencegah kehamilan terjadi.
RISIKO-RISIKO YANG BERKAITAN DENGAN IUCD
Risiko kecil mendapat jangkitan kuman untuk 20 hari pertama lepas IUCD dimasukkan.
IKLAN
IUCD boleh terkeluar dari rahim. Mungkin anda pun Tak sedar iucd perkara ni berlaku. Nnti misi atau Dr akan ajar macam mana nak periksa IUCD ni masih ada atau tak dengan meraba hujung benang halus pada hujung IUCD tu.
Jarang berlaku, tapi ada risiko kecil IUCD ni boleh tertembus masuk ke dalam dinding rahim dalam proses memasukkan alat ini. Risiko ini terjadi lagi tinggi jika anda baru lepas bersalin. Simptom merangkumi sakit tapi selalunya takda apa-apa sebab bahagian yang tertembus tu boleh baik dan sembuh dgn sendirinya. Walau bagaimanapun, kejadian IUCD tertembus ni dikurangkan jika prosedur dilakukan oleh doktor yang berpengalaman.
Walaupun susah untuk mengandung jika dah dimasukkan IUCD, tapi JIKA MENGANDUNG, risiko untuk mendapat kehamilan luar rahim meningkat. Perlu diingatkan, dengan pemakaian IUCD tidak meningkatkan risiko seorang wanita tu untuk dapat kehamilan luar rahim jika dibandingkan dengan orang yang tak menggunakan apa-apa teknik perancangan keluarga.
BILA BOLEH MASUKKAN IUCD?
Boleh dimasukkan bila-bila masa dalam kitaran haid, dengan syarat anda TIDAK mengandung.
BAGAIMANA DOKTOR NAK MASUKKAN IUCD?
IUCD dimasukkan ke dalam rahim. Pemeriksaan pada bahagian perut dilakukan untuk menentukan kedudukan rahim.
Masukkan IUCD tak lama pun, paling lambat dalam 5 minit. Mungkin akan ada sakit sikit macam cramping pain dan pendarahan sedikit tapi untuk beberapa hari saja lepas IUCD dimasukkan. Kalau perlu baru makan ubat tahan sakit.
Jumpa doktor dan tanya pasal IUCD. Mungkin ini adalah yang terbaik untuk anda dalam membantu menjarakkan kelahiran. Untuk makluman anda, kawan-kawan doktor perempuan saya pun ramai menggunakan kaedah IUCD sebagai teknik perancangan keluarga. Tengok tu, doktor pun menggunakan sekurang-kurangnya kaedah yang berkesan, bukan rancang-rancang sendiri sebab takut ‘melekat’ lagi.
Info tambahan: Kelahiran bayi lelaki tersebut adalah disebakan IUD yang dipasang tersebut mungkin gagal mencegah kehamilan ibu itu kerana ia telah BERUBAH DARI KEDUDUKAN ASAL.
Kredit: Sinar Harian, Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak (Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Demam biasanya satu tanda bahawa sesuatu yang luar biasa sedang berlaku dalam badan anda. Demam biasanya tidak berbahaya melainkan jika suhu dah mula lebih dari 38 darjah celcius ke atas.
Untuk kanak-kanak kecil dan bayi, suhu yang sedikit tinggi mungkin menunjukkan jangkitan yang serius. Tetapi tahap demam tidak semestinya menunjukkan betapa seriusnya keadaan tersebut.
Biasanya demam akan hilang dalam masa beberapa hari dan demam sebenarnya memainkan peranan penting dalam membantu badan melawan beberapa jangkitan.
Namun sekiranya anak tiba-tiba panas tengah malam dan tiada bahan lain di rumah jangan cepat panik.
Ibu kena pastikan basahkan dulu kepala anak dan lap badannya dengan air campuran asam jawa sikit untuk cepat kurangkan suhu badan.
Selain kepala dan badan, basahkan juga di bahagian pelipat (ketiak, pelipat dalam siku/lutut) serta anggota wuduk sebab banyak cooling point terutamanya telinga, kepala, pelipat siku dan tapak kaki.
Masa basahkan telinga tu, lurutkan atau pulas sikit cuping telinga (macam ambil wuduk) untuk rangsang refleks point pada telinga dan regulate suhu badan.
Ada sesetengah ibu yang terpaksa mencampurkan susu ibu dengan susu formula untuk diberikan kepada anak. Kalau pagi dah menyusu badan, mungkin petang nanti akan dibancuh pula susu formula untuk si kecil.
Masalahnya apabila anak sukar membuang air besar. Ketika mahu ‘membuang’ pula, dia akan menangis seperti dalam kesakitan. Mungkinkah ia disebabkan oleh susu formula tersebut?
Mulalah si ibu atau ayah merasakan susu formula yang diberikan kepada anak tidak serasi dengannya dan menyebabkan si kecil sukar membuang air besar. Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui adakah boleh susu ibu dan susu formula bercampur.
Percampuran susu ibu dengan susu formula boleh menyebabkan perubahan kepada sistem penghadaman bayi.
Susah untuk mengatakan susu formula adalah penyebabnya. Ia mungkin juga disebabkan penyediaan sukatan yang tidak mengikut ketetapan. Lalu, mempengaruhi pencernaan usus bayi.
Mungkin dengan cara penyusuan yang betul, anda dapat memberi susu ibu sepenuhnya tanpa perlu dicampurkan dengan susu formula. Anak anda masih kecil, untuk mendapatkan penyusuan ibu sepenuhnya adalah tidak mustahil.
Setiap hospital pasti ada kumpulan sokongan susu ibu. Anda boleh mendapatkan nasihat mereka, bagaimana caranya untuk menambahkan susu ibu. Mereka boleh dipanggil untuk mendapatkan nasihat pada bila-bila masa.
Salah satu cara yang dapat dinasihatkan di sini ialah memastikan setiap payudara dikosongkan selepas penyusuan sama ada dengan pam manual atau elektrik.
Anda juga perlu meminum air yang mencukupi mengikut keperluan iaitu antara dua hingga tiga liter air sehari. Pemakanan yang mengikut gizi makanan yang betul juga adalah penting.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!