Perasan tak semasa kita hamil, rambut akan menjadi lebat dan kurang gugur. Kalau gugur pun boleh dikira dengan jari. Ini kerana semasa kita hamil, hormon estrogen adalah tinggi dan ini akan meng”awet” rambut daripada membesar. Maksudnya tiada sebarang proses tumbesaran berlaku kepada rambut. Ia kekal seperti mana keadaannya ketika itu. Jadi rambut tidak menua dan tidak gugur.
Tapi sebaik sahaja selepas kita melahirkan anak, paras estrogen dalam badan kita akan mula menurun. Jadi semua rambut yang tadi dalam fasa “berehat” kini mula berguguran satu persatu. Ini selalunya berlaku menjelang 3-4 bulan selepas kelahiran baby kita. Keadaan ini selalunya akan berkurangan apabila anak berusia 6-12 bulan.
Akibatnya, ibu-ibu ramai yang berasa khuatir bila anak-anak mula menyembur, kerana kebiasaannya apabila anak kita mula pandai menyembur pada usia 3-4 bulan, kita akan rasa kepala hampir botak. “Habis la, Zayra dah mula menyembur ni Zarith. Botak la lepas ni” Biasa kan kita dengar ayat penyata seperti ini. Namun kini anda tak perlu risau lagi, kerana anda boleh cuba pelbagai tips di bawah ini.
Jadi jelas disini orang dahulukala yang mengatakan bila anak menyembur air liur tu rambut dah mula gugur tidak benar sama sekali. Cuma waktu pembesaran anak dengan kadar hormon estrogen kita yang berkurang itu waktunya hampir sama, jadi ia berlaku secara kebetulan. Apa pun, ibu-ibu jangan stress sangat. Itu adalah perkara normal yang boleh diatasi dengan pengambilan nutrisi yang seimbang.
Sumber: ibuzarith.com